Sunday, August 11, 2013

Inilah ucapan Presiden Obama sempena Hari Raya Aidilfitri


Inilah ucapan Presiden Obama sempena Hari Raya Aidilfitri | Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle pada Khamis mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia. Dalam kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House, Obama berkata sejak bebarapa bulan lalu, umat Islam telah memuliakan agama mereka dengan berdoa, beribadah serta berpuasa selain menghabiskan masa dengan orang tersayang. "Michelle dan saya mengucapkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam yang menyambut Aidilfitri di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. "Bagi berjuta-juta rakyat Amerika, Aidilfitri merupakan sebahagian daripada pelbagai tradisi Amerika dan saya berharap agar semua Muslim diberkati dan penuh kegembiraan. Salam Adilfitri," kata Obama.

Beliau berkata iftar di White House tahun ini, beliau bangga dapat menghabiskan masa dengan ramai rakyat Islam Amerika yang mana sumbangan mereka telah menyuburkan demokrasi dan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat. "Ramai daripada kita mempunyai peluang berbuka puasa dengan sahabat Islam dan rakan-rakan - satu tradisi yang mengingatkan kita untuk bersyukur serta menunjukkan belas kasihan kepada golongan kurang bernasib baik dalam kalangan kita, termasuk berjuta-juta rakyat Syria yang dipindah dan berjauhan dari keluarga serta orang tersayang, semasa Ramadan.

Menurut kenyataan itu, Obama berkata bagi membantu rakyat Syria ketika Aidilfitri ini, Amerika telah menyediakan bantuan makanan tambahan sebanyak AS$195 juta (RM643.6 juta) dan bantuan kemanusiaan lain, sekali gus menyaksikan sumbangan AS kepada rakyat Syria mencecah lebih AS$1 bilion (RM3.25 bilion), sejak krisis bermula. -Bernama




.

Inilah cerita sebenar, Anggota Keselamatan Yang Cedera Ditembak Ketika Melakukan Rondaan Di Sempadan



Inilah cerita sebenar, Anggota Keselamatan Yang Cedera Ditembak Ketika Melakukan Rondaan Di Sempadan  | Seorang anggota tentera cedera selepas ditembak di bahagian belakang oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampiran sempadan keselamatan Malaysia-Thailand kira-kira 50km dari Alor Star. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi Sabtu berhampiran pagar yang memisahkan kedua-dua negara jiran.

Anggota tentera yang cedera telah dikenal pasti sebagai Mohd Azam Rudin Azizan, 26, dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-2 yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau bertugas membuat rondaan dengan anggota rejimen lain dengan motosikal di sempadan. The Star difahamkan, beliau dan rakannya mendapati laluan berpagar di kawasan tersebut telah diceroboh dan selepas Mohd Azam bergerak ke hadapan daripada membaiki pagar yang rosak beliau ditembak dari belakang.

Beliau mengalami tiga luka akibat tembakan di belakang dan dikejarkan ke Hospital Kangar pada pukul 6.00 pagi untuk rawatan. Keadaan beliau dilaporkan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan mengenai kejadian itu. "Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Mohd Nashir yang enggan mengulas lanjut kerana "sebab-sebab keselamatan". -thestar





.

Inilah kadar BR1M untuk tahun depan



Inilah kadar BR1M untuk tahun depan | Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. Katanya, perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial. "Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!