Tuesday, August 27, 2013

Seorang Profesor Kehormat sebuah Universiti maut dipukul isteri hingga maut dengan cawan kerana kantoi curang


Seorang Profesor Kehormat sebuah Universiti maut dipukul isteri hingga maut dengan cawan kerana kantoi curang | Gara-gara berlaku curang, seorang lelaki berumur 70 tahun di Jepun maut selepas isterinya memukul kepala dan mukanya lebih 10 kali dengan menggunakan cawan. Akhbar tempatan melaporkan kepada AFP, mangsa yang merupakan Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Yokohama disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Hasil siasatan polis mendapati suspek berang selepas mendapati suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.-AP




.

Gempar : China membiakkan berjuta lipas untuk tujuan perubatan?



Gempar : China membiakkan berjuta lipas untuk tujuan perubatan? | Kira-kira sejuta lipas dilaporkan terlepas dari sebuah ladang di timur wilayah Jiangsu, China, di mana serangga itu dibiakkan untuk tujuan perubatan tradisional. Akhbar Modern Express melaporkan insiden tersebut dipercayai berlaku selepas penutup plastik di sekeliling ladang itu dimusnahkan individu tidak bertanggungjawab. Difahamkan, pihak berkuasa kawalan penyakit telah menghantar lima pegawai mereka untuk menghapuskan serangga perosak itu.



P/S - Euww, ada seekor kat rumah pun dah geli, ni kan pula sejuta?? Cuba bayangkan





.

Lelaki berusia 26 tahun di baham buaya



Lelaki berusia 26 tahun di baham buaya | Polis pada Isnin menjumpai mayat seorang lelaki yang dipercayai dibaham buaya di utara Australia. Sean Cole, 26, disambar buaya ketika cuba menyeberangi sungai yang berlumpur bersama seorang rakannya pada Sabtu. Konstabel polis wilayah tersebut, Wade Rodgers berkata mayat tersebut dijumpai awal pagi Isnin di kawasan terakhir mangsa dilihat. Saksi yang melihat kejadian itu berkata, buaya sepanjang lima meter itu membawa mayat mangsa ke hulu sungai. Cole dikatakan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran seorang rakannya dalam satu majlis dekat Mary River Wilderness Retreat yang terletak kira-kira 110km dari bandar Darwin. -AP





.

Misteri remaja selamat berada di ruang tayar pesawat dalam penerbangan 35 minit


Misteri remaja selamat berada di ruang tayar pesawat dalam penerbangan 35 minit | Seorang remaja yang bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat ditemui selamat selepas jet itu melakukan penerbangan domestik selama 35 minit, kelmarin, kata pegawai syarikat penerbangan dan pihak berkuasa. Remaja itu memasuki ruang tayar selepas berlari ke tengah landasan di sebuah lapangan terbang Nigeria. Penumpang dan kru kapal terbang memaklumkan juruterbang bahawa seorang budak lelaki berlari ke arah pesawat itu yang bersedia untuk berlepas Sabtu lalu dari Benin City di selatan, kata jurucakap Arik Airline, Ola Adebanji.

Juruterbang kemudian memaklumkan agensi dan pihak berkuasa penerbangan negara itu, katanya. Insiden itu memperkuat kebimbangan berhubung keselamatan di lapangan terbang Nigeria yang menghadapi kebangkitan puak militan agama yang sebahagian besarnya dibendung di bahagian timur laut negara itu selepas perintah darurat dikuatkuasakan. #Penerbangan singkat Kami bimbang dengan kecuaian berterusan dari segi kawalan keselamatan di lapangan terbang, kata pengarah urusan Arik Airline, Chris Ndulue.

Negara Afrika Barat itu selain menghadapi cabaran keselamatan juga mempunyai sejarah bencana besar sektor penerbangan. Meskipun budak lelaki itu mungkin bersembunyi di ruang berkenaan, juruterbang masih memilih untuk meneruskan penerbangan, kata jurucakap Agensi Penerbangan Persekutuan Nigeria (FAAN), Yakubu Dati. Sejurus pesawat berlepas, pasukan keselamatan FAAN sekali lagi melakukan pemeriksaan tetapi tidak menemui sebarang perkara luar biasa di landasan, kata Dati. Apabila pesawat tiba di Lagos, ibu kota komersial Nigeria, budak lelaki berusia 13 atau 14 tahun itu melompat ke tanah daripada tayar dan ditahan kakitangan Arik, kata Adebanji. Katanya, remaja itu mungkin terselamat kerana penerbangan singkat dan pesawat mungkin tidak sampai 25,000 kaki (7,620 meter). AP





.

Hukum menghias dan buat ubahsuai secara berlebih-lebihan ke atas pusara


Hukum menghias dan buat ubahsuai secara berlebih-lebihan ke atas pusara | Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf. “Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal. "Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya. Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000. Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini. Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh. Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan. "Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya. Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat. “Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya. Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati. -Mstar





.

Akibat buruk tonton video lucah


Akibat buruk tonton video lucah | Akibat sering menonton video lucah, seorang remaja lelaki tergamak melampiaskan nafsu terhadap anak saudaranya yang baru berusia lima tahun di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung baru-baru ini. Kejadian kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu berlaku di bilik remaja berusia 15 tahun itu ketika keluarganya tiada di rumah. Bagaimanapun perbuatan terkutuk remaja berkenaan terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu mengadu kepada ibunya mengalami kesakitan di bahagian kemaluan semasa membuang air kecil.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kanak-kanak tersebut memberitahu perkara sebenar selepas disoal ibunya semalam yang hairan dengan kesakitan dialami mangsa. "Susulan itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis terhadap adiknya itu yang bertindak merogol kanak-kanak berkenaan. "Siasatan awal polis mendapati suspek ketagihan menonton aksi-aksi seks di telefon bimbit dan sering memuaskan nafsunya sendiri dua kali sehari," katanya ketika dihubungi hari ini. - Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!