Tuesday, September 3, 2013

Pelajar tingkatan satu parah dalam cubaan bunuh diri di Kuantan


Pelajar tingkatan satu parah dalam cubaan bunuh diri di Kuantan | Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari. "Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya. Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian. "Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti," katanya. - BERNAMA





.

Lelaki malang ini disambar petir, digigit ular Dan jerung.. Namun masih tetap hidup


Lelaki malang ini disambar petir, digigit ular Dan jerung.. Namun masih tetap hidup | Erik Norrie nampaknya masuk kategori Lelaki paling malang atau boleh juga paling beruntung di dunia. Setelah mengalami berbagai insiden maut, lelaki berasal dari Florida itu masih bertahan hidup sampai saat ini. Ketika berusia 10 tahun, Erik pernah terlempar setelah pohon oak tempatnya berdiri kena sambar petir ketika ribut. Namun saat itu, dia tak mengalami sebarang kecederaan. Tiga tahun kemudian, kaki Erik digigit ular ketika dia berjalan-jalan dengan teman-temannya di Seminole Lake Country Club, Florida. Tak hanya itu, Erik juga pernah diserang monyet di Amazon dan Honduras. Bahkan yang terbaru, lelaki yang kini berusia 40 tahun ini terpaksa dirawat setelah seekor jerung di Pulau Abaco cuba memakan kaki kirinya.

Tetap saja, pemilik usaha pembuat cat kapal itu berhasil bertahan hidup dari peristiwa berbahaya yang terjadi akhir minggu lalu. "Aku hanya merasa ada kekuatan hebat yang melukakan kakiku," sahut Erik yang mengaku insiden itu terjadi ketika dia sedang berenang. "Ketika aku melihatnya, kelihatan seekor jerung merobek bahagian kakiku. Dia menggoyangkan kepala dan memakannya." Menurut rancangan, doktor di hospital Tampa akan membuat pembedahan keatas kaki Erik. Doktor akan mengambil daging di paha Erik untuk menambal bahagian betisnya. Dan sebulan masa diperlukan untuk pulih. Meskipun merasa kesakitan, Erik bersyukur kerana dia masih hidup. -AP





.

Inilah hukuman pihak Arab Saudi kepada jemaah haji yang tiada permit menunaikan haji


Inilah hukuman pihak Arab Saudi kepada jemaah haji yang tiada permit menunaikan haji | Arab Saudi akan mengusir jemaah asing serta-merta jika didapati tiada permit untuk menunaikan haji pada tahun ini. Selain itu, pihak berkuasa juga memberi amaran, orang berkenaan juga akan diharamkan masuk ke Arab Saudi selama 10 tahun. Arab Saudi mengumumkan peraturan dan hukuman lebih berat kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan musim haji tahun ini, kelmarin.

Orang yang didapati bersalah juga boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya setahun, kata pihak berkuasa ketika pelancaran kempen memastikan jumlah jemaah kekal paras minimum pada musim Haji akan datang. Kempen itu bertujuan mengelak kesesakan di Tanah Suci ketika kerja pembesaran masih berjalan terutama di kawasan mataf (tawaf) di Masjidilharam. Antara langkah itu termasuk mengurangkan bilangan jemaah asing dengan memotong kuota setiap negara. Kemasukan jemaah tidak diluluskan dikhuatiri mencetuskan huru hara, sama seperti yang berlaku tahun lalu. Musim haji dijangka bermula pada minggu kedua Oktober. - AGENSI






.

Kepala kucing ini tersangkut dalam tin


Kepala kucing ini tersangkut dalam tin | Seekor kucing lapar harus diselamatkan oleh petugas pemadam kebakaran setelah mendapati kepala kucing itu tersangkut didalam tin makanan kucing. Kucing itu ditemukan berkeliaran di jalan raya pada awal pagi oleh seorang wanita ketika dia sedang bergegas untuk ke satu lokasi di Crawley, West Sussex. Wanita itu melihat muka kucing itu menyembul keluar dari hujung tin yang terbuka. Petugas pemadam awalnya cuba untuk menggeser kepala kucing itu keluar dengan sabun cair, tetapi gagal dan akhirnya pemotong cincin digunakan untuk membebaskan haiwan malang itu. -AP





.

Penjelasan Johan As'ari mengenai 'hubungannya' dengan penyanyi Shila Amzah?


Penjelasan Johan As'ari mengenai 'hubungannya' dengan penyanyi Shila Amzah? | Pelakon Johan As'ari menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan penyanyi yang sedang mencipta nama di Shanghai, China iaitu Shila Amzah seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini. Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, berkata, kemesraan itu hanya sekadar teman biasa tambahan pula ibu-bapa mereka saling mengenali di antara satu sama lain. "Tiada apa yang istimewa di antara kami kerana saya dan Shila hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu. "Saya ada bertemu dengannya di beberapa buah majlis selain saya bertandang ke rumahnya untuk beraya dan dia pula membalas lawatan itu ke rumah saya dan ditemani oleh ibu kami. "Keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain sudah lama dan sering berjumpa tanpa kehadiran kami," jelasnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka WireFame Entertainment Sdn Bhd di sini pada malam Ahad.

Tambah Johan, berita itu mendapat perhatian disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang komitmen dalam perhubungan selain status sebagai artis menyebabkan ramai membuat spekulasi. Tentang perkhabaran dia bakal bertunang dengan seorang petugas stesen televisyen pada penghujung tahun ini, Johan berkata, ia cuma perancangannya dan hubungan dengan wanita dimaksudkan sekadar teman biasa.Jelas Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih namun masih berharap dapat merealisasikan hasrat untuk bertunang. "Saya memang merancang untuk bertunang pada akhir tahun ini tetapi siapakah wanita tersebut saya sendiri belum tahu. Ia cuma perancangan dan saya berharap ia akan terlaksana," katanya. Johan menambah, isu kononnya Shila menjadi perampas dalam hubungannya dengan wanita berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan berharap soal itu tidak dibangkitkan lagi.


"Saya faham orang cuba menyalahkan Shila dengan mengatakan dia perampas hanya kerana kami rapat sebagai kawan tetapi isu itu tidak timbul kerana saya dan wanita berkenaan juga hanya rakan biasa. "Kenyataan saya ingin bertunang hujung tahun ini bukan bermakna saya akan bertunang dengan wanita berkenaan kerana saya sendiri belum tahu siapa jodoh saya," katanya. Sementara itu, Shila yang turut ditemui pada majlis sama turut senada dengan Johan dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan biasa. Jelas Shila, buat masa ini dia langsung tidak memikirkan soal cinta kerana ingin menumpukan perhatian penuh kepada kerjayanya yang sedang berkembang di China. "Seperti mana saya pernah beritahu sebelum ini, saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang saya terima. "Tetapi biarlah orang yang merisik itu di kalangan orang yang saya kenali dan direstui oleh ibu bapa saya," katanya. -Mstar





.

Bapa kejam dengan anak kerana anaknya sakit mental


Bapa kejam dengan anak kerana anaknya sakit mental | Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling. Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya.


"Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. "Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao dipetik dari laporan MailOnline. Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu.-MO




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!