Thursday, October 10, 2013

Tips menghilangkan jerawat di belakang badan



Tips menghilangkan jerawat di belakang badan | Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung. Baca tips kami dan belajar bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang anda untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik.


Basuhan kerap 

Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.


Pengelupasan 

Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.


Rawatan menggunakan ubat 

Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.


Utamakan pakaian anda 

Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.




.

Siapa sangka, nasibnya akan berubah menjadi begitu bertuah..



Siapa sangka, nasibnya akan berubah menjadi begitu bertuah.. | Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membeli satu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan. Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit. Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3.2 juta).

Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong. Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu. Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.- AGENSI





.

Penumpang pesawat keracunan selepas makan makanan tamat tempoh dalam penerbangan


Penumpang pesawat keracunan selepas makan makanan tamat tempoh dalam penerbangan | Air China, satu-satunya syarikat penerbangan nasional China, dilapor menghidangkan makanan yang sudah tamat tempoh dalam pesawat pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 30 penumpang mengalami cirit-birit yang teruk dan muntah-muntah. Beijing Evening News melaporkan syarikat penerbangan terbabit menghidangkan biskut yang sudah tamat tempoh empat hari sebelum itu dalam penerbangan dari bandar Hami di Xinjiang ke Beijing pada Ahad walaupun atendan penerbangan telah menerima aduan daripada penumpang bernama Zhang. Zhang menulis dalam twitternya seperti laman Weibo, China bahawa atendan penerbangan bersetuju menggantikannya tetapi enggan memaklumkan penumpang lain dengan berkata "tugas utama kru kabin ialah bagi memastikan keselamatan anda."

"Sesetengah penumpang mengalami loya, cirit-birit dan sakit perut selepas memakannya dengan begitu ramai berbaris di depan tandas, demikian luahan Zhang dalam media sosial yang menarik perhatian media tempatan. Sementara itu, jurucakap Air China menafikan tuduhan berhubung kejadian menghidangkan makanan yang sudah tamat tempoh pada Selasa dengan menyatakan siasatan menunjukkan pembungkusan yang tidak betul untuk dipersalahkan bagi 'salah faham itu'.

South China Morning Post melaporkan beliau memberitahu SCMP.com bahawa secara rutin syarikat penerbangan akan membuang lebihan makanan dan makanan usang dan tidak akan dikitar semula untuk digunakan semula. Pada hari yang sama, Air China juga mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa siasatan menunjukkan para pekerja telah secara salah membungkus penkek dengan beg yang digunakan untuk makanan yang dihidangkan dalam penerbangan domestik jarak dekat. Makanan yang dihidangkan bagi laluan Xinjiang-Beijing adalah berbeza dan tahan lebih lama, menurut kenyataan itu. - BERNAMA




.

Tergamak seorang ibu diperlakukan sebegitu oleh anak, menantu dan cucu..


Tergamak seorang ibu diperlakukan sebegitu oleh anak, menantu dan cucu.. | “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain." Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah. Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar. Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu. Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu. Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah. “Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam. Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari. Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.

"Mangsa turut mengakui sering dipukul menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui. “Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya. Mohamad berkata, dia pernah menemui anak lelaki mangsa untuk bertanyakan keadaan mangsa, bagaimanapun anak lelaki mangsa hanya memberitahu ibunya mengalami gangguan mental. “Atas nasihat ketua kampung, kami membuat laporan polis mengenai keadaan ibu mangsa di Balai Polis Bagan Serai pada Jumaat lalu dan perkara itu turut dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian pada keesokan harinya,” katanya.

Mangsa diselamatkan JKM Sementara itu, Pegawai JKM Kerian, Noor Kamaruzzaman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan kes penderaan melibatkan mangsa pada Sabtu lalu. Susulan itu, pihaknya membuat lawatan ke rumah mangsa sebanyak tiga kali untuk menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan dibuat. “Dalam dua lawatan permulaan, kami difahamkan anak lelakinya terpaksa mengurung mangsa kerana mengalami gangguan mental. “Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan mangsa yang mengaku didera dan direkodkan jiran terdekat, JKM mengambil keputusan mengambil mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Kata Noor Kamaruzzaman, jika terbukti terdapat unsur penderaan ke atas mangsa, tindakan akan diambil ke atas kesemua suspek terlibat. "Tetapi jika mangsa terbukti mengalami gangguan mental, satu cadangan rawatan pemulihan akan dikeluarkan ke atas mangsa,” katanya. Katanya, mangsa diambil di rumahnya dengan diiringi polis lebih kurang jam 1 tengah hari semalam. “Selepas itu, JKM mungkin akan mencari tempat perlindungan sesuai kepada mangsa sehingga siasatan kes selesai,” katanya. Mangsa yang ditemui pemberita mengakui dipukul menantunya pada sebelah malam susulan selepas menerima kunjungan pegawai JKM, kelmarin. Sewaktu ditanya pegawai JKM semalam, mangsa mengakui tidak diberi makan semalaman. Tinjauan Sinar Harian di rumah mangsa mendapati keadaan bilik tidur mangsa amat menyedihkan apabila terpaksa tidur di atas lantai tanpa disediakan tilam. -SH




.

Tragis : Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu yang sedang alih kenderaan



Tragis : Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu yang sedang alih kenderaan | Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini. Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.

"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini. Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.

Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya. "Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital. "Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!