Tuesday, October 15, 2013

Tips kecantikan dengan menggunakan uncang teh


Tips kecantikan dengan menggunakan uncang teh | Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh.


Spa wap teh

Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya.


Surutkan mata bengkak

Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata.


Betulkan kuku yang patah

Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.




.

Pengantin lelaki salah kamar tidur, masuk dalam bilik pengapit


Pengantin lelaki salah kamar tidur, masuk dalam bilik pengapit | Mahkamah mendapati tidak bersalah seorang pengapit lelaki yang melakukan hubungan seks dengan pengantin perempuan secara tidak sengaja. Berikutan itu, pengapit terbabit terlepas daripada dakwaan rogol, kata Mahkamah Rakyat Daerah Napo di sini. Pengantin perempuan itu, Huang dan pengantin lelaki, Wu, mengadakan majlis perkahwinan pada 30 Ogos lalu di Napo, sebuah wilayah autonomi di Guangxi Zhuang . Pada malam perkahwinan, salah seorang pengapit Wu yang bernama Ruan, tinggal di rumahnya selepas majlis berakhir. Pada jam 2 pagi, Huang bangun dan keluar bilik pengantin untuk menggunakan bilik air.


Tersilap masuk bilik 

Bagaimanapun, dia tersilap apabila masuk semula dalam rumah ke dalam bilik Ruan dan tidur di sebelahnya. Oleh kerana percaya Ruan suaminya, Huang dan pengapit menjalin hubungan seks dalam keadaan gelap.


Menjerit minta tolong 

Pagi keesokannya, apabila Huang mendapati dirinya di sebelah Ruan, dia menjerit meminta tolong kerana percaya menjadi mangsa rogol. Wu dan keluarganya menyerbu masuk dan menuntut Ruan membayar pampasan atas perbuatannya. Bagaimanapun, Ruan berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak ada wang untuk diberi.


Lapor polis 

Huang dan Wu kemudian pergi ke sebuah balai polis tempatan untuk mengemukakan tuduhan tetapi pegawai berkata kes itu bukan rogol dan enggan memfailkannya. Oleh kerana marah, Huang dan Wu meminta mahkamah membuat keputusan. Mahkamah berkata, Ruan sedang tidur apabila Huang tersilap masuk ke biliknya dan merangsangnya. “Oleh itu, hubungan seks itu adalah secara sukarela, kata hakim. Meskipun Ruan bersalah dari segi moral, tiada jenayah berlaku,” katanya lagi. AGENSI




.

Inilah gambar penyanyi Yuna yang mendapat kritikan hebat daripada peminat


Inilah gambar penyanyi Yuna yang mendapat kritikan hebat daripada peminat | STATUS sebagai seorang artis sememangnya berat. Tanggungjawab yang dipikul seorang insan bergelar selebriti tidak boleh dianggap mudah -- hampir segala perbuatan, percakapan mahu pun pergerakan mereka menjadi topik perbualan peminat. Terbaru, penyanyi Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai telah mendapat kritikan hebat dari peminatnya selepas dia memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang penyanyi rap kelahiran Trinidad, Theophilius London di laman Facebook peribadinya Khamis lalu. Imej berkenaan menunjukkan London memeluk bahu penyanyi berkenaan di satu majlis, namun tidak dinyatakan di mana ia diadakan. Imej berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat penyanyi berusia 26 tahun itu. Kebanyakkan dari komen yang diberikan seolah-olah tidak berpuas hati kerana Yuna telah dipeluk London yang “bukan muhrimnya.

” Komen Nur Hazlinda Burhan berbunyi, “hilang respect pd Yuna sbgai wanita islm yg bertudung…” “Hanya skadar teguran dr hamba yg lemah... Kak yuna..sy respect akak..sbb akak bayk sumbang name malaysia d mate dunia. Tp sy harap akak jugak bole bangge kan name islam walaupun dimana kita berada. Bak kata pepatah"bagai benih dicampak ke laut menjadi pulau" Jgn kite tuding orang yg melakukan perkara yg salah ye leja tapi tuding orang yg melakukan kebaikan... Teguran untuk anda semua juga untuk diri yg daif ini. Wallahu 'alam,” kata Afzal Sainul Affath. Komen Biebie Arereypha berbunyi: “Opps ... Yuna kenapa benarkan dipeluk oleh lelaki itu?ermm..jatuh maruah org islam yg btudung..Meme Lina pula sekeras-kerasnya menyuarakan protes dengan komen yang berbunyi, “apa nie Yuna. Haram sentuhan dengan llaki bukan mahram kita. Napa nie Yuna?” “Rezeki yg dicari melalui nyanyian tu hilang keberkatannya bila dah brcampur dosa ... nikmat Tuhan nk tarik tu kejap je..kalau tk kena tarik nikmat yg tuhan beri jadi skrin play la gamba tu kat padang masyar renung2 kan,” kata Jak Yori.

Apa yang memeranjatkan apabila ada peminat yang memberikan komen berbau perkauman. Ahmad Azman Faqir berkata,“this Negro should respect yuna, who wearing hijab. And yuna should know that she still Malaysia artis and not American artis. Everyone will judge her about small mistake. But who are we wanna judge her right. Antara komen yang diterima, ada peminat tegar Yuna yang turut memberikan sokongan dengan menegur komen negatif yang ditulis di laman Facebook penyanyi itu. “Teguran secara makian adalah sangat betul dan tak mendatangkan dosa, malah mendapat pahala dgn melimpah ruah..dan harus lagi wajib membela mereka2 ini dari membela Yuna,” kata Ariza “Ieja” Mohamed Saleh. Luis Camela dalam komennya berkata, “Y'all are fake Muslim pretending and covering your sin with the Holy Hijab, Do you know how many of your girls sleep around with while they have their Hijab on, Yuna I love your Music and I buy every of your Album on iTunes. Your country people lack exposure to the world. If they could travel out of their caged country and see how the world is then they will realize the world is against racism, I can't blame y'all cause you haven't love your fellow chinese and India how can you love another color then. Yuna is the only singer who is representing your country in the world of music so appreciate her.”

Penyanyi yang sekarang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu baru saja selesai menjayakan sebuah persembahan bertaraf antarabangsa bersama kumpulan National Symphony Orchestra di Istana Budaya pada bulan lalu. Selesai saja persembahan itu, pelantun lagu "Terukir Di Bintang" itu banyak menjelajah ke sekitar benua termasuk Australia bagi memenuhi komitmen nyanyian. Yuna terus melakar nama di persada antarabangsa selepas mendapat jemputan membuat persembahan di Anugerah Pelarian Nansen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland awal bulan ini.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!