Tuesday, November 5, 2013

Ketahui bahaya botox kepada diri


Ketahui bahaya botox kepada diri | Toksin Botulinum atau Botox yang ditemui selepas 40 tahun, diyakini memudaratkan kesihatan hingga boleh membawa kepada kematian. Editor Jurnal Penyakit Berjangkit, Dr David Hooper berkata, sesetengah maklumat telah diterbitkan dan selebihnya terpaksa dirahsiakan. "Maklumat penuh mengenainya kekal rahsia sehingga penawar ditemui. Ia sangat beracun dan saintis masih belum berjaya meneutralkannya," katanya pada laporan Daily Mail. Botox adalah protein dan neurotoksin yang dihasilkan bakteria Clostridium botulinum boleh menjadi sangat bahaya apabila berada pada jangkitan luka. -AP



.

Serius: Remaja Mati, Kemungkinan Kerana Bermain Komputer Tanpa Henti


Serius: Remaja Mati, Kemungkinan Kerana Bermain Komputer Tanpa Henti  | Seorang remaja, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin. Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya. Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.

Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal. "Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu. "Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya," katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa. Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung. -Mstar




P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Anda gemarkan cabaran? Mungkin anda wajar mencuba ini..



Anda gemarkan cabaran? Mungkin anda wajar mencuba ini.. | Jika anda seorang yang gemarkan cabaran, mungkin boleh mencuba kereta api Funicular Gelmerbahn (yang digerakkan menggunakan tali) paling curam di Eropah dengan kecuraman 106 peratus terletak di Switzerland. Dalam keadaan terbuka dan tanpa tali pinggang keselamatan, 24 pelancong dibawa menikmati pemandangan indah Tasik Gelmer pada ketinggian 1829 meter dari paras laut selama kira-kira 12 minit. Seorang jurugambar Monika Fluckiger, 48, berkata, bagi mereka yang ingin mencari aksi gambar ‘kecut perut’, di sinilah tempatnya.

“Kereta api ini masih belum terkenal dan ramai pelancong masih belum mengetahui tentang kewujudannya. “Wajah kanak-kanak yang dirakam juga kelihatan seperti tidak takut tetapi mereka pasti kecut perut,” katanya. Gelmerbahn dibina pada tahun 1926 untuk membantu kerja pembinaan empangan Tasik Gelmer, dan pada 2001 ia ditukar menjadi kereta api penumpang. -DM




.

Inilah gambar mesra Hafiz dan Adira yang mencetus tanda tanya peminat


Inilah gambar mesra Hafiz dan Adira yang mencetus tanda tanya peminat | Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu. "Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya. Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.

Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu."Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan. "Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.


Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band). Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi rakaman sekali gus penggambaran klip video di sana. "Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya. "Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati. Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang," tuturnya. -Mstar





.

Giliran Dafi harumkan nama negara



Giliran Dafi harumkan nama negara | BEKAS pelajar Akademi Fantasia, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi berjaya meraih tempat ketiga dalam Crystal Stars Music Festival di Romania, baru-baru ini. Dafi merupakan peserta tunggal negara Asia yang bertanding dalam kategori 19 tahun ke atas. “Alhamdulillah tempat ketiga untuk saya dan Malaysia di Crystal Stars Music Festival,” tulisnya di laman mikro Twitter miliknya. Penyanyi berusia 25 tahun ini menyampaikan single terbarunya, Dalam Hati ini. Peserta tuan rumah, Romania dinobatkan sebagai juara, tempat kedua milik Ukraine. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!