Friday, November 8, 2013

Gambar Taufan Haiyan yang membawa puting beliung terkuat didunia tahun ini melanda Filipina



Gambar Taufan Haiyan yang membawa puting beliung terkuat didunia tahun ini melanda Filipina | Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca. Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis. Presiden Benigno Aquino semalam memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.



“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katamya dalam pengumuman di stesen televisyen. “Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya. Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan herta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki. Lebih 125,000 penduduk di kawasan beririko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.



Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai. Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup hari ini. Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP




.

Mari baca keluhan hati Datuk Lee Chong Wei..


Mari baca keluhan hati Datuk Lee Chong Wei.. KELETIHAN antara faktor kemerosotan prestasi Datuk Lee Chong Wei sehingga gagal meraih gelaran juara pada dua kejohanan yang disertainya sebelum ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan prestasi merosot dipamerkan Chong Wei kerana kurangnya rehat sehingga menjejaskan tumpuannya. “Baru-baru ini Chong Wei ada beritahu saya secara peribadi, yang dia dah penat dan perlukan rehat. Dia dah tak bertenaga seperti dulu. Agak susah juga untuk dia bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda. “Namun dia terpaksa juga memenuhi kesemua kejohanan badminton kerana terikat dengan pihak penaja. Jadi dia tiada pilihan dan harus menyertai kesemua kejohanan,” katanya dalam sidang media pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan Majlis Sukan Negeri di Putrajaya, semalam.

Menurut Khairy, beliau akan cuba membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu dengan mengadakan perbincangan lanjut selepas ini. “Saya akan berbincang lebih lanjut lagi bersama Chong Wei dan pihak penajanya selepas ini bagi membantunya yang kini jelas keletihan,” katanya. Berdasarkan keputusan pada kejohanan Terbuka Denmark dan dan Terbuka Perancis baru-baru ini, Chong Wei memberikan aksi kurang memberangsangkan apabila pada pusingan separuh akhir Terbuka Perancis diketepikan oleh pemain Jepun, Kenichi Tago dengan keputusan 21-17, 16-21, 12-21. Chong Wei juga tewas kepada Chen Long dari China pada final Terbuka Denmark dengan kekalahan straight set 22-24 dan 19-21. -SH




.

Mari baca surat cinta yang menjadi sensasi di internet


Mari baca surat cinta yang menjadi sensasi di internet | Surat cinta seorang kanak-kanak lelaki menjadi sensasi di Internet selepas ‘kekasih hatinya’ itu memberi tindak balas cukup pragmatik. Surat budak itu yang dimuat naik ke Reddit kelmarin berbunyi: “Kepada Ashley sudikah anda menjadi teman wanita saya? Saya sangat sukakan anda.” Dia kemudian memberikan tiga pilihan ‘ya, tidak dan mungkin’ dengan meminta Ashley memilih salah satu daripadanya. Ashley membulatkan perkataan ‘tidak’ dan menjawab dia tidak dapat menjadi kekasih budak itu kerana sudah mempunyai teman lelaki bernama Kyle.


Bagaimanapun, lebih menarik lagi Ashley turut menambah kanak-kanak itu akan menjadi pilihannya untuk apabila dia dan Kyle memutuskan hubungan satu hari nanti. “Itu mungkin berlaku dalam sebulan atau dua lagi,” katanya mengakhiri surat itu. Surat cinta monyet itu menjadi popular sebaik dimuat naik ke Reddit, semalam dengan lebih 1.25 juta pembaca setakat ini. - Agensi




.

Kegiatan yang menjadi kebiasaan disana ini sangat menjijikkan


Kegiatan yang menjadi kebiasaan disana ini sangat menjijikkan | Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini. Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula. Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.

Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis. Lebih menjijikkan, 'minyak longkang' yang dihasilkan ini bukan sahaja tidak sihat, malah ia turut mengandungi pelbagai toksin berbahaya termasuk 'carcinogen' yang menjadi punca kepada penyakit barah. Pihak berkuasa China yang sedar tentang amalan buruk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba menghapuskan kegiatan kurang sihat itu bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap makanan tradisional China.


Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlibat dalam perniagaan 'minyak longkang' ini, pula agak ramai, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak, sehingga hukuman penjara seumur hidup tidak mendatangkan gerun kepada dalang aktiviti itu. Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai. Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah. - AGENSI





 .

Remaja hina Islam dalam laman Facebook ditahan di Melaka



Remaja hina Islam dalam laman Facebook ditahan di Melaka | Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi, dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan. Zainuddin berkata, remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer. - Bernama




.

Ngeri : Warga Myanmar maut dihempap 100 keping kaca yang setiap satu seberat 20 kilogram


Ngeri : Warga Myanmar maut dihempap 100 keping kaca yang setiap satu seberat 20 kilogram | Seorang warga Myanmar maut selepas dihempap kira-kira 100 keping kaca yang setiap satu seberat 20 kilogram dalam kejadian di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh, di sini Khamis. Dalam kejadian 2.15 petang itu, Thang Ngaih Lian, 22, maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah di leher dan kepala akibat terkena kepingan kaca yang berkecai. Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, sebelum kejadian mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ditugas memunggah 500 keping kaca dari sebuah lori ke dalam kedai berkenaan.

"Sebelum kejadian itu mereka berempat sudah menurunkan 350 keping dan mangsa mahu berehat seketika di atas lori dan yang lain duduk di depan lori," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Katanya dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian mendengar dentuman yang kuat diikuti bunyi berkecai menyebabkannya bergegas ke bahagian belakang kedai. "Saya cuma nampak timbunan kaca yang berkecai di dalam longkang dan tubuh mangsa langsung tidak kelihatan," katanya.

Katanya dia percaya baki kepingan kaca itu menggelongsor dan menghempap mangsa sebelum terjatuh ke dalam longkang bersama-sama mangsa. "Kami yang tidak dapat mengeluarkan mangsa segera menghubungi pihak bomba yang datang dengan enam anggota dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkanya daripada timbunan kaca," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!