Saturday, November 9, 2013

Motor 'kembali' kepada pemilik selepas 46 tahun hilang


Motor 'kembali' kepada pemilik selepas 46 tahun hilang | Pihak berkuasa melaporkan seorang lelaki dari Nebraska bakal mendapat kembali motosikalnya 46 tahun selepas kenderaan itu dicuri dari rumahnya. Kastam AS berkata Isnin lalu motosikal Triumph Tiger 100 1953 berwarna hitam dan biru itu ditemui minggu lalu di Pelabuhan Los Angeles untuk dihantar ke Jepun dengan nilai disenaraikan sebagai AS$9,000 (RM29,000).

Ketika dilaporkan hilang pada Februari 1967, motosikal itu bernilai AS$300 dan tidak diinsuranskan. Peronda Lebuh Raya California akan memulangkan motosikal itu kepada pemilik asalnya yang kini berusia 70-an di Omaha, Nebraska. Namanya tidak didedahkan. - AP





.

Daging kucing dikatakan daging arnab


Daging kucing dikatakan daging arnab | Kegiatan sekumpulan sindiket penipuan yang menjual daging kucing di restoran dengan mendakwa ia sebagai daging arnab tumpas selepas pihak berkuasa menyerbu gudang penyimpanan. Memetik laporan Daily Mail, kumpulan itu beroperasi di seluruh China sejak setahun lalu dan membuat penghantaran ratusan daging kucing setiap dua atau tiga kali seminggu.

Mereka juga menggunakan rangkaian pengangkutan rahsia bagi mengelakkan kegiatan itu terbongkar. Dalam serbuan, pihak berkuasa merampas 60 kucing liar yang masih hidup dan 30 kucing yang telah mati serta menahan beberapa orang suspek. Menurut penduduk setempat, laporan dibuat sejak lama dahulu, namun baru kini tindakan diambil. -DM




.

Wah, Yuna bakal cipta sejarah lagi..


Wah, Yuna bakal cipta sejarah lagi.. | PENYANYI terkenal Yunalis Zarai yang sedang melebarkan sayapnya ke Amerika Syarikat (AS) dikhabarkan bakal muncul dalam program bual bicara terkenal, Jimmy Kimmel Live!. Perkara itu dikhabarkan Yuna sendiri ketika ditemui pada majlis Yuna-'Nocturnal' Listening Party yang berlangsung di Google Malaysia. "Ada lah 'talk show'. Biasanya, apabila keluar album baru...ada lah dalam perancangan (untuk muncul) di Jimmy Kimmel, Januari ini. "Dalam rangka promosi. Jadi, memang cara mereka di sana," katanya kepada media. Album terbaru Yuna, Nocturnal baru saja dilancarkan di Malaysia selepas dilancarkan di AS.

Berkongsi sedikit tentang album tersebut, Yuna akui ianya istimewa. "Istimewanya Nocturnal ini adalah pendengar dapat dengar kematangan dalam lagu ini berbanding album sebelum Nocturnal. "Album ini berdasarkan pengalaman saya di AS dan saya banyak bertemu dengan orang yang memberi inspirasi," katanya. Yuna berharap agar peminatnya dapat menikmati pengalamannya itu melalui album Nocturnal. "Saya juga lihat banyak benda di luar sana yang saya nak kongsi dengan peminat-peminat menerusi lagu-lagu saya. "Saya harap peminat dapat ‘enjoy’ semua itu (pengalaman) dalam lagu-lagu saya," katanya. -SH



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!