Sunday, November 17, 2013

Inilah antara foto seksi dan ghairah pelakon Ammar Alfian untuk tarik pelanggan



Inilah antara foto seksi dan ghairah pelakon Ammar Alfian untuk tarik pelanggan | Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan. Ammar berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan. "Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja.


"Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut," katanya yang kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA. Tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan. Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen. -Mstar




.

Larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki cipta rekod Guiness


Larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki cipta rekod Guiness | PELARI Jepun memecahkan rekod buku Guiness peribadi bagi larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki. Kenichi Ito, 30, berjaya menamatkan larian dengan catatan 16.87 saat berbanding 17.47 saat tahun lalu. Menurut Ito, dia belajar mengenai pergerakan itu melalui buku, video, lawatan ke zoo dan berlatih menggunakan keempat-empat anggota badan itu setiap hari sejak 10 tahun lalu. "Diharap cara larian ini menjadi acara trek utama kelak," katanya dipetik USA Today Sementara itu, wakil rekod buku Guiness, Carlos Martinez hadir bagi menyaksikan percubaan sekali gus mengumumkan rekod terbaru itu. -AP




.

Isu Nasi Kandar Guna Najis Manusia Di Ipoh


Isu Nasi Kandar Guna Najis Manusia Di Ipoh | Ipoh : Wanita yang mendakwa sebuah kedai nasi kandar popular di sini menggunakan najis dalam penyediaan makanan mereka pada Sabtu membuat permohonan maaf secara terbuka. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, dia tidak sepatutnya membuat dakwaan tidak berasas seperti itu di laman Facebook miliknya. "Saya harap penjelasan saya ini mengakhiri semuanya," katanya. Ze Aida, 24, menerusi akaun Facebook miliknya mendakwa najis manusia ditemui dalam penyediaan 'nasi ganja' iaitu nama samaran bagi nasi kandar yang dijual di kedai kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom di sini.

Menerusi posting yang sudahpun dipadamkan pada Jumaat, dia mengaitkan 'nasi ganja' dengan nasi kandar yang dijual di Restoran Nasi Vanggey di Greentown di sini. Sebelum ini dilaporkan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. -Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!