Saturday, November 30, 2013

Kebaikan menonton sukan


Kebaikan menonton sukan | Hanya dengan menonton sukan boleh membantu seseorang menjadi cergas, kata kajian terbaru yang mendedahkan bahawa dengan menonton orang lain bersenam ia mampu meningkatkan denyutan jantung seseorang. Kajian yang disiarkan jurnal antarabangsa Frontiers in Autonomic Neurscience menunjukkan bahawa apabila seseorang menonton video orang lain melakukan aktiviti berlari, denyutan jantung, pernafasan, aliran darah pada kulit dan pengeluaran peluh akan meningkat.

Ia kembali kepada keadaan normal ketika di akhir jogging. Penyelidik berkata, satu penemuan penting ialah untuk pertama kali ia menunjukkan bahawa aktiviti saraf simpatik otot akan meningkat apabila seseorang menonton orang lain melakukan aktiviti fizikal.




.

Cara unik bantu penghidap arachnophobia elak fobia


Cara unik bantu penghidap arachnophobia elak fobia | Bagi golongan yang takut pada labah-labah atau arachnophobia, perkataan 'sarang' sudah cukup untuk menggerunkan mereka. Malah dalam sesetengah kes yang serius, penghidap arachnophobia boleh mengalami serangan panik disebabkan ketakutan terhadap labah-labah. Namun kini mereka tidak perlu bimbang lagi apabila satu aplikasi dalam telefon pintar boleh membantu golongan terbabit mengatasi perasaan fobia mereka. Aplikasi Phobia Free yang mendapat kelulusan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Britain, berfungsi dengan menampilkan kaedah interaktif baharu melalui gabungan aplikasi permainan dan teknik santai bagi membantu golongan arachnophobia.

 Pengguna boleh mencapai kemajuan berdasarkan matlamat yang ditetapkan melalui beberapa peringkat sehingga berjaya mengatasi perasaan takut terhadap labah-labah. Pada peringkat awal, pengguna akan mengatasi masalah fobia dengan melihat labah-labah yang comel dalam bentuk animasi sebelum bertukar menjadi labah-labah berbahaya seperti tarantula. Pengasas aplikasi berkenaan, Andres Fonseca berkata, Phobia Free merupakan cara terbaik membantu pesakit mengatasi masalah fobia yang dialami. "Kelulusan yang diberikan NHS terhadap Phobia Free memudahkan orang ramai mendapatkan aplikasi yang berkualiti kepada mereka," katanya. - AGENSI




.

Inilah gambar buku paling mahal di dunia


Inilah gambar buku paling mahal di dunia | Buku pertama dicetak di Amerika Syarikat (AS) pada 1640, berjaya dilelong pada harga AS$14.2 juta (RM45.44 juta), sekali gus menjadikannya buku termahal di dunia. Buku terjemahan kitab Injil The Bay Psalm Book itu dihasilkan oleh penduduk Puritan di Cambridge, Massachusetts yang datang ke AS untuk mencari kebebasan beragama. Naskhah berkenaan dilelong di sini oleh sebuah syarikat jualan lelong multinasional, Sotheby's, dan ia sebelum ini dianggarkan mencatat nilai bidaan antara (RM48.43 juta) dan AS$30 juta (RM 96.86 juta). Sebelum ini rekod buku termahal dipegang oleh buku karya John James Audubon bertajuk Birds of America yang dijual pada harga AS$11.5 juta (RM37.13 juta) pada 2010.

 Pengarah Sotheby's, David Redden berkata, nilai sejarah yang terdapat pada buku tersebut memberi makna yang lebih besar daripada menjadi buku pertama dicetak atau ditulis di AS. "The Bay Psalm Book merupakan naskhah mitos yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran lebih daripada dua generasi. Ia merupakan satu khazanah yang begitu bernilai. "Buku kecil yang diterbitkan pada 1640 itu digunakan di kawasan Lexington dan Concord, khususnya oleh ahli politik bebas AS.

Buku ini juga telah membawa kepada New England mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Church of England,'' jelas Redden. Sementara itu, Pegawai Jabatan Projek Khas Sotheby's, Selby Kiffer menyifatkan buku tersebut sebagai satu ikon dan juga artifak sejarah AS. Terdapat 1,700 salinan buku tersebut dan hanya 11 naskhah yang masih terselamat dan kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan Kongres di New York dan Perpustakaan Kolej Harvard. - AGENSI
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!