Saturday, December 14, 2013

Tips bagaimana nampak cantik dimata teman lelaki



Tips bagaimana nampak cantik dimata teman lelaki | Istilah cantik itu luas dan subjektif tetapi apabila seseorang wanita itu hendak bertemu dan keluar dating bersama buah hatinya anda haruslah sentiasa kelihatan menarik dan paling cantik pada saat itu supaya matanya tidak akan mengalih melihat wanita lain. Jadi di sini ada tips bagaimana untuk cantikkan diri anda sebelum bertemu kekasih hati anda supaya dia akan tersenyum lebar dantertarik melihat personaliti dan gaya anda itu. Nak memikat teman lelaki haruslah bijak berfesyen.


Lentikkan bulu mata 

Tips pertama untuk menarik perhatian teman lelaki anda cubalah melentikkan bulu mata kearna mengikut kajian sesetengah lelaki sukakan melihat wanita yang mempunyai bulu wanita yang lentik dan kata pujangga pun pernah menyebut cinta itu dari mata turun ke hati bukan. Bulu mata yang lentik itu juga akan menambah keyakinan apabila bertentang mata dengan seseorang dan percaya apabila anda merenung wajah kekasih anda, pastinya teman lelaki anda terasa dup dap jantung dia.


Warna gincu tahan lama 

Penggunaan gincu sangat dan harus dipakai tidak kira apa jua warna dan pilihan asalkan bibir anda tidak kelihatan kering dan pucat. Apabila mulut anda sentiasa berkilat dan berseri pasti orang yang melihat akan terpikat melihat karisma dan pesona yang anda miliki kerana wanita yang bergincu itu kelihatan sangat menawan sebenarnya. Tip untuk mengekalkan warna gincu yang dipakai, anda haruslah calitkan sedikit foundation sebelum memakai gincu.


"Eyeliner" tidak mudah luntur 

Pemakaian Eyeliner sering membuatkan seseorang itu siap lambat kerana nak cepat dan sebagainya. Untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku sebaiknya anda gunakan pensil "eyeliner" untuk memudahkan anda untuk berfesyen kerana jika anda berhadapan dengan "candle light dinner" bersama teman lelaki anda tidaklah boleh membiarkan kekasih anda ternanti-nanti kehadiran anda.


Peranan pengilat bibir 

Pengilat bibir mampu untuk memberikan kesan seksi dan feminin kepada si pemakai yang mana ianya berfungsi untuk melembapkan dan menambah kecantikan bibir wanita itu. Berbeza dengan gincu, pengilat bibir dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kerana sifatnya yang kedap air.


Sediakan kertas minyak dan tisu 

Ini antara salah satu tips penting yang harus diingat semasa hendak bertemu kekasih hati iaitu janganlah lupa untuk membawa tisu atau kertas minyak yang khas untuk muka anda. Ianya boleh digunakan untuk menyerap minyak yang melekat di wajah dan sebolehnya janganlah menggunakkan bedak muka ketika kulit wajah sedang berminyak kerana ia boleh menyebabkan liang pori akan tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat tumbuh di wajah.




.

Satu-satunya negara yang membenarkan


Satu-satunya negara yang membenarkan | Uruguay semalam menjadi negara pertama membenarkan penduduknya terbabit dalam aktiviti penanaman, penjualan dan penggunaan marijuana di negara itu. Dewan Senat meluluskan rang undang-undang berkenaan yang cuba merampas perniagaan daripada penjenayah di negara-negara Amerika Selatan, selepas 16 undi menyokong, manakala 13 undi lagi menentang. Di bawah rang undang-undang tersebut, pengguna boleh membeli sehingga 40 gram marijuana setiap bulan dari farmasi berlesen. Bagaimanapun, hanya warga negara ini dan berumur 18 tahun dibenarkan berbuat demikian, selain berdaftar dengan kerajaan yang akan memantau pembelian berkenaan. - REUTERS




.

Kejam : Anak cederakan bapa dalam satu kejadian ngeri



Kejam : Anak cederakan bapa dalam satu kejadian ngeri | Seorang lelaki didakwa atas tuduhan melakukan serangan ganas tahap kedua selepas dia menggigit kening bapanya hingga putus dalam satu perkelahian. Kejadian mengerikan itu berlaku minggu lalu ketika suspek, Joel Salmeron-Ciprian berada di tempat duduk belakang trak bapanya bersama-sama anggota keluarga lain, dalam perjalanan pulang daripada menghadiri satu majlis perkahwinan. Menurut polis, Salmeron-Ciprian yang mabuk mula menceceh dan menggesa bapanya menghentikan kenderaan di tepi jalan kira-kira jam 7.45 malam.

Timbalan polis King county, berkata apabila bapanya tidak menghiraukannya, Salmeron-Ciprian menolak bapanya dari belakang sebelum kedua-dua beranak itu keluar dari trak dan bergaduh. Akhbar Seattle Post Intelligencer melaporkan apabila polis yang dihubungi tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki berusia 30 tahun itu dihempap bapanya yang berlumuran darah di muka. Menurut polis, Salmeron-Ciprian mengunyah kening kanan bapanya hingga putus ketika dia bergelut dengan mangsa.

Polis terpaksa menggunakan ‘stun gun’ untuk menghentikan pergelutan itu. Bapanya yang cedera segera dikejarkan ke pusat perubatan Harborview untuk rawatan. Sementara itu, suspek dipenjarakan kerana cuba menendang alat sulit polis dan mengancam untuk menggigit kening anggota itu. Salmeron-Ciprian juga ditahan dengan ikat jamin AS$100,000 (RM321,649) ekoran kejadian itu.- AFP




.

"Black Hawk Down" : Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


"Black Hawk Down" : Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) | Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku. Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM. Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

"Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu. "Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,'' katanya, Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!