Tuesday, December 24, 2013

7 Gambar beribu-ribu ikan yang timbul di Pantai Tambisan, Sabah



7 Gambar beribu-ribu ikan yang timbul di Pantai Tambisan, Sabah  | Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kg Tambisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda yang bakal berlaku hujung tahun ini.


Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan Tamban.


Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini telah berlaku sejak tiga tahun dulu.


"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," jelasnya.


 Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.


Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu ataupun ke daerah lain.


Ikan Tamban memang terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut. -Mstar




.

Catat sejarah : Lelaki terima jantung tiruan pertama


Catat sejarah : Lelaki terima jantung tiruan pertama | Sepasukan doktor Perancis mencatat sejarah baharu dalam bidang perubatan apabila berjaya melaksanakan pemindahan jantung tiruan ke atas seorang pesakit lelaki di sebuah hospital, di sini pada minggu lalu. Pengarah Firma Bioperubatan Carmat, Marcello Conviti berkata, pesakit itu telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan pemindahan tersebut dilakukan di Hospital Georges Pompidou pada Rabu lalu. Conviti berkata, jantung tiruan seberat 900 gram yang tiga kali lebih berat berbanding jantung sebenar itu, mampu berdenyut untuk tempoh lima tahun. Jelasnya, jantung itu yang dibangunkan oleh sepasukan jurutera anak syarikat aeroangkasa EADS, Airbus, mempunyai otot tiruan jantung dan sensor yang mampu menyesuaikan aliran darah mengikut pergerakan pesakit.

 "Bahagian dalam jantung itu diperbuat daripada tisu lembu, bukannya bahan sintetik seperti plastik yang boleh menyebabkan darah beku. "Saya berbangga dengan kejayaan pemindahan jantung tiruan pertama di dunia ini, walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan memandangkan ini adalah pembedahan pertama seumpamanya," kata Conviti. Seorang daripada pakar bedah yang terlibat dalam pemindahan itu, Alain Carpentier berkata, pencapaian hebat tersebut boleh membantu pesakit jantung yang sebelum ini menunggu lama untuk mendapatkan organ berkenaan.

"Penggunaan jantung tiruan memberi peluang kepada pesakit untuk menjalani kehidupan yang normal tanpa perlu terlalu bergantung kepada bantuan perubatan. "Jantung ini juga boleh memberi kelebihan kepada pesakit untuk bergerak lebih banyak dan meminimumkan risiko darah beku," jelasnya. Kos pemindahan jantung itu dianggarkan berharga kira-kira 150,000 pound (RM804,145) jika dihasilkan secara meluas di seluruh dunia. Malah syarikat Carmat mampu menghasilkan jantung tiruan yang lebih kecil untuk digunakan oleh pesakit wanita, begitu juga dengan pesakit di Asia. - AGENSI




.

Cara aneh memastikan orang tersayang terus bersama anda



Cara aneh memastikan orang tersayang terus bersama anda | Sekiranya anda tidak dapat melepaskan orang yang anda sayang, peluk saja mereka. Sebuah syarikat Switzerland dapat membantu anda untuk memastikan orang yang anda sayang itu terus berada bersama anda. Syarikat itu pakar dalam mengubah mayat menjadi berlian. Dalam kes terbaru, seorang lelaki yang kematian anaknya yang masih muda kini boleh memeluknya, dalam bentuk berlian, lapor akhbar tempatan, The Local.

 Apabila anaknya yang berusia 20 tahun terbunuh dalam satu kemalangan kereta, mayatnya dibakar supaya abunya boleh diubah menjadi berlian. Kes itu adalah pertama seumpamanya di Itali. “Berlian’ itu dihasilkan dengan menapis karbon yang ditemui dalam abu mayat berkenaan sebelum dibakar menggunakan suhu yang sama panas dengan gunung berapi, bagi menghasilkan berlian tiruan. Kos untuk memproses itu ialah antara RM15,800 hingga RM59,000, bergantung kepada bentuk berlian yang dikehendaki. - Agensi




.

Wanita ini percaya dia berasal dari dunia berbeza..


Wanita ini percaya dia berasal dari dunia berbeza.. | Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti orang bunian. Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu. Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu. Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing.Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings.

Pembedahan itu mengambil masa dua jam. Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda. Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya. “Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi. “Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya.

Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik. Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing. Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan. “Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang,” katanya.- AFP




.

Kejam : Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri


Kejam : Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri | Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun. Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu. Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam. Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya. “Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya. Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan. “Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya. - SH



P/S - Sekadar gambar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!