Thursday, December 26, 2013

Harimau Malaya jadi korban..


Harimau Malaya jadi korban.. | Seekor harimau betina dibaham hingga mati oleh pasangannya ketika percubaan untuk membiakkan spesies jarang ditemui itu di Zoo San Diego. Harimau Malaya berusia empat tahun benama Tiga Tahun itu mati akibat kecederaan di leher dan kesukaran bernafas selepas kejadian Sabtu lalu. Ia usaha pembiakan pertama membabitkan kedua-dua haiwan itu dan Tiga Tahun ialah satu-satunya harimau Malaya betina yang terdapat di situ. “Interaksi pertama kedua-dua haiwan itu begitu positif.

 “Kedua-duanya berlaga hidung ketika dipisahkan oleh kawat penghadang. “Interaksi itu menyebabkan penjaga zoo percaya masanya sudah tiba untuk mereka mengawan. “Malangnya, keadaan berubah serta-merta apabila kedua-duanya diletakkan dalam satu kandang. “Penjaga zoo tidak dapat menyelamatkan Tiga Tahun apabila dibaham oleh harimau jantan itu,” menurut kenyataan zoo itu. -AP



.

Pelajar kolej menanggung malu akibat perbuatan lucah melalui skype


Pelajar kolej menanggung malu akibat perbuatan lucah melalui skype | Akibat melakukan onani sambil menunjukkannya kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi panggilan video Skype, seorang pelajar lelaki sebuah kolej, di sini, menanggung malu apabila aksinya itu dimuat naik di YouTube peribadi wanita terbabit sebelum diugut menyerahkan wang sebanyak RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadamkan dan tidak disebarkan. Dalam kejadian yang bermula jam 8 malam pada Ahad lalu di rumah pelajar terbabit berusia 19 tahun di Kubang Kerian, di sini, mangsa yang ketakutan meminta bayaran itu dikurangkan sehingga RM4,000 dan wanita yang mengugutnya bersetuju sebelum memintanya memasukkan wang pendahuluan RM2,000 menerusi akaun sebuah bank.

 Bagaimanapun, mangsa meminta untuk membayar RM1,000 terlebih dulu dan berjanji melunaskan baki RM3,000 kemudian. Sumber berkata, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum diminta bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, kelmarin. Katanya, sebelum kejadian, mangsa membuka Facebooknya dan melihat akaun Facebook seorang wanita menggunakan nama Nickaah Nayss’ dan menjadi rakannya jam 8 malam, Ahad lalu. “Mereka berbual di Facebook sebelum wanita itu mempelawa mangsa berbual menggunakan panggilan video Skype pada jam 1.48 pagi keesokan harinya (kelmarin). Mangsa melakukan onani dan wanita itu meminta mangsa menunjukkan perbuatan berkenaan kepadanya. “Mangsa berbuat demikian, namun wanita itu hanya menunjukkan wajahnya yang kabur. Aksi itu berlangsung selama satu jam bermula jam 5 hingga 6 pagi,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan perbuatan mangsa dirakam dan dimuat naik ke dalam YouTube peribadinya sebelum mengugut mangsa menyerahkan wang RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan. Katanya, mangsa yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 dan wanita itu bersetuju sebelum meminta mangsa memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM2,000 menerusi akaun sebuah bank. “Mangsa minta jumlah wang pendahuluan itu dikurangkan kepada RM1,000 sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapanya dan diminta bapanya supaya membuat laporan polis,” katanya.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. “Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan tidak senonoh sebaik mengenali rakan baru menerusi laman sosial kerana boleh terjerumus kepada penipuan,” katanya.-MD



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Itu cara Fasha Sandha melindungi Nora Danish


Itu cara Fasha Sandha melindungi Nora Danish | Sekitar minggu lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Bagaimanapun, video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir terjatuh.

Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim. Banyak yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fasha memuat naik video berkenaan. Bercakap kepada akhbar Kosmo! Fasha berkata, beliau tidak kisah dengan komen-komen tersebut memandangkan kebanyakan komen ditujukan kepada Nora. Namun Fasha turut memberitahu dia telah pun memadamkan video tersebut.

"Komen-komen tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebaliknya menyakitkan hati pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram saya. "Sebab saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia. Maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubungan kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan, sebaliknya pengurus saya", katanya. -MD




.

BERMUSIM BADAI CINTA - ZARA RYANA




BERMUSIM BADAI CINTA - ZARA RYANA | Siapa sangka, teman lelaki curang dengan sahabat karib sendiri. Pengalaman itu membuatkan Arissa serik bercinta lagi. Hatinya sakit mengenangkan dia di khianati begitu. Tapi siapa sangka, anak bos tempat dia bekerja, Hezriq jatuh hati pandang pertama padanya. Walaupun ada perjanjian antara Hezriq dan mamanya, Datuk Marina, Hezriq benar-benar tidak mampu menidakkan perasaannya. Dia sememangnya sudah jatuh hati pada Arissa.

Hezriq melakukan pelbagai cara, asal dapat bersama buah hatinya. Yelah asyik merindu saja kerjanya. Namun, cinta dalam diam itu nampaknya tercabar apabila ada lelaki lain yang juga menyimpan rasa pada Arissa. Dan lelaki itu bukanlah orang lain melainkan sepupu Hezriq, Rayyan. Apabila Arissa sedar dia mencintai salah seorang daripada mereka, dia mula ditimpa pelbagai masalah. Dan kali ini cintanya diuji lagi.. Siapakah pilihan Arissa? Dan apakah perjanjian antara Hezriq dan mamanya, yang membuatkan dia terpaksa menyintai Arissa dalam diam?


Aku cuba berfikir bahawa jodoh
kita kuat dan pasti akan bersatu.
Tapi apa yang perlu aku lakukan seandainya
keraguan itu masih utuh dalam hati?




Tajuk : Bermusim Badai Cinta
Penulis : Zara Ryana
Halaman : 839 muka surat
Harga : RM30/RM33





.

Gambar kambing bertanduk 4


Gambar kambing bertanduk 4 | “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam. Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk. “Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.

 Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu. “Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.

“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang. Sementara itu, Pengarah Verterinar negeri Dr Azman Shah Abd Manaf berkata, pihaknya akan meninjau biri-biri berkenaan dalam tempoh terdekat ini sebelum memberikan ulasan lanjut. “Berkemungkinan ia terjadi (bertanduk empat) akibat faktor genetik,” katanya ketika dihubungi. -HM




.

Lelaki mabuk buat rompakan paling bodoh



Lelaki mabuk buat rompakan paling bodoh | Seorang lelaki mabuk masuk ke sebuah kedai runcit di Dubai petang semalam, menumbuk tuan kedai sebelum melarikan wang berjumlah 1,800 dirham (RM1,600) dan kad prabayar telefon bimbit bernilai 2,000 dirham (RM1,800). Sejam kemudian, dia kembali ke kedai sama, mengancam seorang pekerja dengan pisau sebelum ditangkap polis yang tiba untuk menyiasat rompakan pertama.

 “Ini rompakan paling bodoh tahun ini. Perompak itu merompak kedai yang sama, seolah-olah mahu menyerah diri kepada polis,” lapor akhbar Alkhaleej. Menurut akhbar itu, perompak yang namanya tidak disiarkan itu kembali ke kedai yang dirompaknya sejam kemudian selepas mengetahui tuan kedai membuat laporan polis. Polis datang untuk menyiasat kes pertama menemui perompak itu di kedai berkenaan. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!