Tuesday, January 7, 2014

9 Gambar tebing Jalan Mahameru runtuh


9 Gambar tebing Jalan Mahameru runtuh | Sebahagian laluan Lebuhraya Mahameru, iaitu dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ditutup sementara berikutan kejadian tanah runtuh di tebing berhampiran kawasan berkenaan, Selasa.



Jurucakap polis dari Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata runtuhan tebing bukit jalan itu yang berlaku kira-kira 5.20 petang dipercayai berpunca daripada hujan lebat pada sebelah petang.


Runtuhan seluas 10x10 meter persegi itu juga didapati menutupi jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk terutama di kawasan sekitar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


"Orang ramai yang hendak ke kawasan itu ketika ini dinasihat menggunakan laluan alternatif di Jalan Duta dan Parlimen sebelum mereka tembus di Bulatan Segambut di sini," katanya ketika dihubungi.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata sejumlah 17 anggota dan pegawai serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hartamas dikejar ke tempat kejadian setelah dimaklumkan tentang kejadian tanah runtuh berkenaan.


Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi kejadian bagi memantau dan membersihkan runtuhan serta mengawal lalu lintas.


Runtuhan ini merupakan yang kedua di kawasan itu selepas kejadian pada Mei lepas. - Bernama





.

Itulah pilihan raya paling ganas dalam sejarah negara itu



Itulah pilihan raya paling ganas dalam sejarah negara itu | Parti pemerintah Bangladesh semalam menang dalam pilihan raya antara paling ganas dalam sejarah negara itu, yang dicemari pertempuran jalanan, kadar keluar mengundi rendah dan pemulauan oleh pembangkang yang menjadikan keputusan satu rumusan yang diketepikan. Walaupun kemenangan Liga Awami sudah dijangka, kekecohan ketika pilihan raya kelmarin meletakkan Bangladesh ke dalam kancah kekacauan dan kelembapan ekonomi, dan membawa kepada lebih banyak keganasan di negara miskin seramai 160 juta penduduk itu.

Semalam, pertempuran berkaitan pilihan raya mengorbankan tiga orang di Dohar, di luar Dhaka, kata polis. Sekurang-kurangnya 18 maut kelmarin apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dan aktivis pembangkang membakar lebih 100 pusat pengundian. -AP





.

Bahana ada kekasih sadis dan kejam


Bahana ada kekasih sadis dan kejam | Seorang ibu muda dipenjara kerana menikam teman lelakinya apabila mangsa gagal menelefonnya ketika keluar menghadiri majlis. Rhiann Burnie, 21, menumbuk Shane McMullen, 23, sebelum menikam bahu buruh kasar berkenaan. Rhiann kemudian menghisap rokok sambil dengan selamba memandang McMullen yang berlumuran darah akibat arteri utama terputus. McMullen bernasib baik kerana terselamat walaupun kehilangan banyak darah namun mengalami masalah ingatan selain kerap mengalami mimpi ngeri ditikam. Rhiann mengaku salah dan dipenjara dua tahun lapan bulan bagi kesalahan itu. Ketika menjatuhkan hukuman, Pendaftar Mahkamah Burnley Andrew Long berkata:

“Kamu sengaja mencari gaduh dengannya.“Sepanjang hubungan itu terjalin, McMullen tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap kamu walaupun diberi provokasi terus-menerus. “Saya berpuas hati kamu memang menyedari perbuatan kamu memudaratkannya. “Malah, kamu tidak langsung berusaha mendapatkan bantuan perubatan atau ambulans, sebaliknya menyalakan rokok,” katanya. Menurut Long, ketika mangsa berdepan maut, dia amat bernasib baik kerana pasukan perubatan terlatih berjaya menyelamatkannya. “Namun dia mengalami kesan fizikal dan psikologi hasil perbuatan kamu,” katanya ketika menjatuhkan hukuman. Menurut fakta kes, McMullen menghadiri majlis pada malam kejadian namun pergaduhan terjadi apabila dia pulang ke rumah.


Rhiann menumbuknya mengakibatkan hidungnya patah sebelum keluar minum bersama rakannya. Dia kemudian pulang pada jam 3 pagi dan memberitahu McMullen sudah meniduri lelaki lain. McMullen cuba beredar dari situ namun sebaliknya ditikam menggunakan pisau yang diambil dari dapur. Apabila polis tiba di tempat kejadian, Rhiann mendakwa teman lelakinya pulang dari pub dalam keadaan cedera. Malah dia enggan memberikan nama sebenar McMullen walaupun polis memaklumkan mahu menghubungi ahli keluarga terdekat mangsa.

Mahkamah diberitahu pasangan berkenaan menjalinkan hubungan sejak setahun lalu. Mereka pada mulanya bahagia, namun Rhiann semakin menunjukkan personaliti yang lebih ganas apabila menyerang kekasihnya menggunakan pisau sebanyak dua kali. Rhiann turut memecahkan perabot dan peralatan di dalam rumah mereka ketika marah sehingga pernah dinasihatkan menjalani kursus pengurusan kemarahan. - Agensi





.

Bapa terjun tingkat 9 kerana gagal hak penjagaan anak


Bapa terjun tingkat 9 kerana gagal hak penjagaan anak | Gara-gara berebut hak penjagaan anak, seorang bapa di Chenove nekad terjun dari tingkat sembilan bersama anak lelakinya berusia tiga tahun di timur Perancis. Polis tempatan berkata kepada AFP, sebelum kejadian, lelaki berkenaan bertindak kejam apabila membakar ibu kanak-kanak tersebut. "Suspek, berusia 25 tahun meninggal dunia serta merta manakala anaknya meninggal dunia tidak lama kemudian akibat parah di kepala," katanya.-AP





.

Ada bukti penyanyi Shila Amzah sudah kahwin? gosiplah......



Ada bukti penyanyi Shila Amzah sudah kahwin? gosiplah...... | PELANTUN lagu Masih Aku Cinta, Shila Amzah ‘meletup’ ekoran satu akaun palsu di laman sosial Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya. Sebelum ini, kewujudan akaun palsu tersebut tidak diendahkan namun Shila menyifatkannya melampau selepas foto itu dimuat naik dengan kapsyen berkahwin. Rata-rata peminat menuduh penyanyi yang kini menetap di Shanghai itu sengaja mencetuskan kontroversi. Namun, menerusi akaun Instagramnya, Shila menjelaskan bahawa dirinya belum berkahwin dan tidak pernah untuk menimbulkan kontroversi.

Malah Shila yang geram dengan perbuatan melampau itu juga memberitahu bahawa perkara tersebut akan disiasat malah tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat. "Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini. "Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan," katanya.

Katanya lagi, "untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan. Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!