Saturday, January 11, 2014

Koma 8 tahun, Bekas PM Israel, Ariel Sharon akhirnya meninggal dunia



Koma 8 tahun, Bekas PM Israel, Ariel Sharon akhirnya meninggal dunia | Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Tel Aviv hari ini pada usia 85 tahun, selepas lapan tahun berada dalam keadaan koma, kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Bagaimanapun, tiada pengesahan serta-merta dari Hospitam Sheba, di mana meliau dirawat tetapi seorang jurucakap hospital berkata, satu kenyataan rasmi akan diberikan pada jam 3 petang (waktu tempatan).

Sharon berada dalam keadaan koma sejak 4 Januari 2006 selepas mengalami strok. Namun, keadaan beliau dilaporkan semakin parah sejak 1 Januari lalu apabila mengalami masalah buah pinggang yang serius selepas menjalani pembedahan. - AFP





.

Wanita nekad saman restoran makanan segera McDonald's


Wanita nekad saman restoran makanan segera McDonald's | Seorang wanita di Amerika Syarikat memfailkan saman ke atas restoran makanan segera McDonald’s Corp. setelah melecur terkena kopi yang tumpah di sebuah rangkaian restoran itu di Los Angeles. Paulette Carr mendakwa dia melecur pada 12 Januari 2012 selepas memesan kopi melalui kaunter pandu masuk McDonald’s dan menuntut ganti rugi yang tidak ditetapkan, lapor The Los Angeles Times. “Penutup cawan kopi panas itu telah diletakkan dengan tidak betul dan dengan cuai … menyebabkan ia tertanggal semasa di kaunter penyerahan dan kopi tumpah terkena plaintif," kata Carr dalam saman tersebut.

Saman itu bagaimanapun tidak menyatakan tahap kecederaan yang dialami oleh Carr. The Los Angeles Times juga melaporkan peguam Carr dan jurucakap McDonald's enggan memberikan komen lanjut. Saman berkenaan difailkan 20 tahun selepas juri menganugerahkan AS$2.9 juta kepada seorang wanita yang melecur teruk terkena kopi panas yang tumpah ke ribanya di sebuah restoran McDonald di Albuquerque. Keputusan itu bagaimanapun dikritik hebat dan mencetuskan kempen untuk pembaharuan undang-undang. Hakim kemudian mengurangkan ganti rugi kepada AS$640,000 dan kes itu diselesaikan di luar mahkamah untuk satu jumlah pampasan yang tidak didedahkan. -AP




.

Irma Hasmie hamil anak kedua


Irma Hasmie hamil anak kedua | Pengacara, Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua. Berita gembira ini dikongsi oleh Redza Syah Azmeer menerusi gambar di Instagram yang memaparkan gambar bayi yang telah 'discan’. “Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!

“Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,” tulisnya di instagram. Pasangan ini dikurniakan anak sulung pada 29 Mac tahun lalu yang diberi nama Redza Syah Irfhan Shah Redza. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!