Sunday, January 12, 2014

Maklumat penting buat pengguna Facebook



Maklumat penting buat pengguna Facebook | Kebanyakan kita sedar terdapat sejumlah pengguna laman web sosial akan menyiarkan sesuatu mengenai diri mereka di akaun-akaun laman web tersebut setiap 10 minit. Penyelidik Amerika Syarikat (AS) mendakwa, perbuatan itu mempunyai kecenderungan memuja diri sendiri atau narsisistik kerana tindakan itu dilihat mengharapkan perhatian pengikut akaun mereka di laman web seperti Twitter dan Facebook. Penyelidik turut mendapati orang dewasa yang suka memuja diri sendiri, lebih memilih untuk menyiarkan sesuatu mengenai diri mereka di Facebook berbanding Twitter.

 Penyelidik dari Universiti High Point di sini, Shaun Davenport berkata, narsisisme dilihat merupakan pencetus utama keinginan untuk bermegah diri di Twitter. Beliau mendapati pelajar yang mempunyai kecenderungan itu memilih Twitter untuk menarik perhatian dan mahu mempunyai ramai pengikut. Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang disiarkan di dalam jurnal Computers in Human Behaviour, orang dewasa memilih untuk menyiarkan cerita mereka di Facebook, mencadangkan berlakunya perbezaan antara generasi. Penyelidik mendapati mereka yang dilahirkan antara awal 1980-an dan awal 2000 sering menyiarkan status di Facebook dan kurang memaparkan kecenderungan memuja diri sendiri. - AGENSI





.

Dengan hanya menggunakan kompas dan kaki



Dengan hanya menggunakan kompas dan kaki | DENGAN hanya menggunakan kompas dan kaki, seorang artis sanggup berjalan lebih 40 kilometer dalam masa 10 jam di atas permukaan salji untuk menghasilkan corak yang unik dan menarik. Simon Becks, 55, dari Brecknell, Berkshire yang juga seorang pereka peta melakarkan reka bentuk tersebut di sebuah kawasan pergunungan di Perancis ketika musim salji. Mengambil kira beberapa aspek, corak geometri besar yang dilukis memaparkan imej yang berbeza jika dilihat dari pelbagai sudut.

 "Selalunya saya meniru reka bentuk seperti lingkaran misteri pada ladang tanaman atau bentuk geometri yang terkenal. Sebahagian bentuk yang lebih rumit memerlukan banyak kajian bagi menghasilkan corak yang menakjubkan," katanya dipetik Daily Mail Selepas melukis corak dikehendaki pada kertas graf, Beck akan mengira jarak setiap titik dari bahagian pusat bagi menentukan berapa langkah yang perlu diambil untuk menghasilkan garisan, lengkungan dan lekuk tersebut. -AP



.

Kelantan dilanda banjir lagi


Kelantan dilanda banjir lagi | Kelantan kini kembali dilanda banjir buat kali kedua untuk musim ini apabila seramai 897 orang dipindahkan membabitkan dua jajahan di negeri ini malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa, Soleh Nasir berkata, 832 orang daripada 180 buah keluarga dipindahkan di jajahan Jeli. Ia membabitkan penduduk beberapa kampung di Ayer Lanas yang mula berpindah sejak tengah hari hingga malam ini berikutan limpahan air Sungai Golok, Jenob yang kini melepasi paras bahaya.

 "Mereka dipindahkan ke Bangunan Umno Sungai Satan, Sekolah Kebangsaan Legeh, Masjid Kampung Gemang dan Sekolah Menengah Ayer Lanas,” katanya kepada pemberita. Turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ialah 65 orang dari Kampung Lawang dan Batu Gajah di Tanah Merah. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!