Saturday, January 25, 2014

Tips memilih baju kemeja untuk lelaki



Tips memilih baju kemeja untuk lelaki | Jika kaum Hawa berasa tidak lengkap tanpa dress atau skirt dalam almari, kaum Adam juga sebenarnya sama juga begitu, tetapi bukan dengan dress tapi pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip bagaimana untuk memilih kemeja yang terbaik supaya anda tampak menarik dan segak bergaya; Saiz Ini adalah perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya.

Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. 'Slim fit' antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, 'slim fit' membuatkan anda tampil segak bergaya.


Fabrik 

Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Fabrik yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. 'Italian Cotton' adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan jenis fabrik, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat.


Warna 

Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.


Kolar 

Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar 'narrow' yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.


Corak 

Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti 'Windowpanel' dan 'Pastel'.




.

Tahukah anda, kurma boleh langsingkan badan..


Tahukah anda, kurma boleh langsingkan badan.. | Setiap kali hampir bulan Ramadan, pasti buah kurma menjadi pilihan sebagai juadah bersahur atau berbuka. Kenapa jadikan kurma sebagai 'buah bermusim' sahaja sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh anda perolehi termasuklah untuk menguruskan badan. Apa kata anda jadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Gantikan makan malam anda seperti nasi dan lauk pauk dengan kurma. Cuba amalkan ini dalam masa sebulan pasti anda akan nampak hasilnya. Bukan sahaja akan menjadi kurus tetapi juga sihat. Ini kerana buah kurma kaya dengan 'potassium' yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya.

Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah. Siapa sangka dengan buah kurma dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Selamat mencuba!




.

Tips segarkan mata yang lesu



Tips segarkan mata yang lesu | Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan manusia. Sesungguhnya, mata berperanan penting dalam kehidupan seharian manusia. Mata dapat menggambarkan keadaan sebenar anda samada anda sedang gembira atau pun sedang sedih, dan ia juga tidak terkecuali jika anda keletihan sepanjang hari dengan kerja seharian. Keletihan pasti akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan.

• Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.

• Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.

• Seterusnya, gabungkan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.

• Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.

• Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan menggunakan jari.

• Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.

• Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!