Saturday, February 8, 2014

Gambar ular sawa Burma sepanjang 5.5 meter, hampir pecah rekod ular terbesar di negeri Florida



 Gambar ular sawa Burma sepanjang 5.5 meter, hampir pecah rekod ular terbesar di negeri Florida | Seorang jurutera menjumpai seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 5.5 meter (m) yang hampir memecah rekod ular terbesar di negeri Florida. Dia menjumpai reptilia tersebut semasa sedang memeriksa sebuah tambak di kawasan paya Everglades dekat sini pada Selasa lalu. Menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida , ular tersebut memiliki panjang kurang 0.4m daripada ular terbesar yang pernah direkodkan di negeri itu. Ular terbesar di Florida sepanjang 5.9m dan ditemui oleh seorang pengumpul ular di sini pada tahun lalu," kata jurucakap suruhanjaya berkenaan, Katie Johnson.

Spesies sawa Burma yang boleh membesar sehingga melebihi panjang 6m dan berasal dari rantau Asia Tenggara merupakan haiwan pemangsa yang mengganggu ekosistem Everglades. Ular sawa itu membiak dengan cepat ekoran iklim panas lembap di kawasan paya tersebut. Beberapa pegawai berkata, populasi ular sawa Burma di Everglades sudah melebihi 150,000 ekor, sekali gus mengancam spesies tempatan. - Reuters





.

Gambar wartawan kacak Jepun yang mencuri tumpuan di tengah-tengah krisis politik berpanjangan di Thailand



Gambar wartawan kacak Jepun yang mencuri tumpuan di tengah-tengah krisis politik berpanjangan di Thailand | Kehadiran seorang wartawan dari Jepun yang kacak di tengah-tengah krisis politik berpanjangan di Thailand menenggelamkan suhu tunjuk perasaan serta pilihan raya umum 2 Februari di negara itu.


Banyak gambar Daijiro Enami dikongsi melalui laman media sosial, Facebook, Twitter dan Instagram oleh rakyat Thailand selepas rakan-rakan media dan penunjuk perasaan memuatnaik gambar Daijiro membuat kerjanya atau tersenyum dengan wanita-wanita, lapor Bangkok Post.


Daijiro yang berusia 28 tahun itu merupakan wartawan untuk Fuji Television Network.



Dia telah menemubual pemimpin tunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban dan membuat liputan ketika pilihan raya umum di daerah Bung Kum, di mana Perdana Menteri Sementara, Yingluck Shinawatra mengundi.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!