Tuesday, February 25, 2014

Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan Pengsan Di Istana Budaya


Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan Pengsan Di Istana Budaya | Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan jatuh pengsan ketika menghadiri majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada petang Selasa. A. Rahman rebah semasa sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu disebelahnya. Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut kira-kira pukul 3.30 petang. Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

 Sebelum itu, kakitangan Istana Budaya sempat memberikan bantuan kecemasan kepada penyanyi itu sebelum dibawa ke hospital. A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama dengan Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli. Sementara itu, anak lelaki A. Rahman iaitu Khir Rahman ketika dihubungi tidak mengetahui keadaan sebenar bapanya dan sedang dalam perjalanan ke hospital. -Mstar




.

Cara baru atasi alahan



Cara baru atasi alahan | KANAK-kanak lelaki yang mengalami alahan melampau ini hanya boleh mengambil gula-gula Glacier Mints sebagai makanan hariannya. Keadaan itu disebabkan oleh penyakit eosinophilic enterocolitis dialami Finley Ranson, 3, yang menyebabkan dia tidak boleh menjamah sebarang makanan. Menurut ibunya, Rhys, 27, anaknya akan mengalami pendarahan dalaman jika dia termakan makanan pejal kerana tubuh Ranson melawan objek di dalam sistem pencernaannya seperti virus.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut diberikan nutrien sebanyak enam kali sehari melalui tiub khas yang disambungkan terus ke perutnya. "Sejak lahir, Ranson menjalani 10 pembedahan untuk merawat penyakit gangguan makan tersebut," katanya. Pada setiap tahun, sebanyak 3,650 gula-gula perlu diambil sebagai pengganti makanan pejal, laporan dipetik dari DailyMail.




.

Gambar dan keadaan pelakon Juliana Evans yang terbabit kemalangan di luar negara


Gambar dan keadaan pelakon Juliana Evans yang terbabit kemalangan di luar negara | Menerusi laman Instagram, pelakon Juliana Evans yang kini sedang menyambung pelajaran di Universiti Michigan, Amerika Syarikat mengkhabarkan dirinya mengalami kemalangan. Beliau juga memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan keretanya yang remuk di bahagian hadapan dan belakang. Kemalangan tersebut berlaku pada 22 Februari lalu. Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk melanggar lampu merah dan merempuh kereta dipandu Juliana.


Dalam masa yang sama, Juliana seperti berang apabila terdapat seorang pengikutnya di laman sosial tersebut melabel dirinya sebagai wanita yang tidak memandu dengan berhemah. Namun, Juliana bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan parah kecuali berlaku sedikit pendarahan di telinga akibat terkena beg udara dan beberapa kesan lebam di badan. Difahamkan lelaki yang melanggarnya telah ditangkap dan Juliana turut berhasrat untuk menyaman individu yang tidak bertanggungjawab itu. -MD




.

Misteri kebenaran seorang Ustaz yang miliki `kuasa sakti' gandakan wang di Jawa Timur



Misteri kebenaran seorang Ustaz yang miliki `kuasa sakti' gandakan wang di Jawa Timur | Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu. Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya. Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi. Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain. Rakaman video itu bertajuk, 'HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli'. -Utusan




.

4 tahun untuk dapat lesen memandu dan selepas 27 kali ujian, akhirnya dia lulus


4 tahun untuk dapat lesen memandu dan selepas 27 kali ujian, akhirnya dia lulus | Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu. Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu. Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.

Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus. “Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu. Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.

Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu. “Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan. “Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. “Mungkin saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk mendapatkan lesen memandu. “Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan,” katanya. - Agensi





.

Lelaki 47 tahun gali kubur remaja dan cuba berasmara dengan mayat



Lelaki 47 tahun gali kubur remaja dan cuba berasmara dengan mayat  | Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu. Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean. Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. “Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. - Agensi




 P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Akibat tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan


Akibat tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan | Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu. Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya. Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.

Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook. Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube. “Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.

“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya. Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. -HM




.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud Bakal Terima Watikah Sebagai YDP Sarawak


Tan Sri Abdul Taib Mahmud Bakal Terima Watikah Sebagai YDP Sarawak | Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua (YDP) Negeri Sarawak ketujuh, Jumaat ini. Bernama difahamkan istiadat penyerahan watikah pelantikan itu akan diadakan di Istana Negara di ibu negara kira-kira 3 petang. Taib, yang akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 28 Feb ini, kemudiannya dijadual pulang ke Kuching pada hari yang sama. Menurut kenyataan Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Ketua Menteri yang dihantar ke Bernama di sini hari ini, acara sambutan YDP baharu akan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, 8 malam. Keesokannya, istiadat mengangkat sumpah YDP baharu dijadual diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya.

Bernama juga difahamkan, majlis istiadat mengangkat sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu oleh Tan Sri Adenan Satem akan turut diadakan pada 28 Feb di hadapan Yang Dipertua Negeri ketika ini, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng kira-kira jam 9 pagi di Astana Negeri, di sini. Ini merupakan acara terakhir Tun Abang Muhammad Salahuddin sebagai YDP Sarawak sebelum tugas tersebut diambil alih oleh Taib. Pelantikan Taib sebagai YDP akan menyaksikan beliau perlu melepaskan semua jawatan politik, termasuk presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Balingian. Bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Adun.

Pengosongan kerusi itu akan menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) Balingian perlu diadakan. Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula 21 Jun 2014. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh. Pada Pilihan Raya Negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi itu dalam persaingan tiga penjuru menewaskan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!