Wednesday, February 26, 2014

Kenapa seekor harimau bintang cetuskan panik penduduk setempat?


Kenapa seekor harimau bintang cetuskan panik penduduk setempat? | Kemunculan seekor harimau bintang di tengah-tengah bandar di utara India telah mencetuskan panik penduduk setempat. Pihak berkuasa memaklumkan mereka terpaksa menutup sekolah di Meerut terletak kira-kira 60 kilometer dari timur laut ibu negara selepas haiwan karnivor itu dilihat berkeliaran di sekitar laluan utama, Ahad lalu. Majistret daerah, S K Dubey memberitahu, harimau bintang tersebut ditemui di dalam wad kosong di sebuah hospital tentera. "Bagaimanapun, ia bertindak memecahkan gril untuk melepaskan diri dan menyelinap masuk ke dalam dewan panggung wayang dan turut memasuki sebuah blok apartmen. Selepas itu, kami kehilangan jejak haiwan tersebut," katanya pada DailyMail.

Menurutnya, pihak berkuasa bersama kakitangan pusat hidupan liar telah melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu harimau bintang terbabit selepas enam orang dilaporkan cedera akibat diserang haiwan tersebut. Minggu lalu, seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun terkorban selepas seekor harimau bintang membaham mangsa dalam kejadian menggemparkan di tengah Chhattisgarh. -DM




.

Hidangan penerbangan MAS dikritik lagi


Hidangan penerbangan MAS dikritik lagi | Ini bukan kali pertama makanan yang disajikan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mendapat kritikan. Selepas nasi lemak yang dihidangkan mendapat perhatian chef tersohor negara, nasi berlaukkan asam pedas pula mendapat perhatian. Seorang lagi chef terkemuka negara, Chef Zam memuatnaik gambar yang didakwa dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur itu di laman Instagram miliknya. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut. Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.


"Ia sesuatu yang memalukan bukan sahaja untuk penumpang domestik tetapi yang paling penting kepada tetamu luar negara," tulis beliau pada kapsyen gambar yang dimuatnaik itu. Sebelum ini, Chef Wan menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi MAS sebagai 'telanjang'. "Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau. -SH





.

Awal Ashaari akui isteri, Scha Al-Yahya sudah berubah 'jadi orang lain' sejak hamil


Awal Ashaari akui isteri, Scha Al-Yahya sudah berubah 'jadi orang lain' sejak hamil | Sama seperti kebanyakan suami lain, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui terdapat perubahan ketara yang berlaku kepada isterinya, Scha Al-Yahya sejak aktres itu disahkan hamil. "I lost my wife! Rasa macam kahwin dengan orang lain (gelak)", itu reaksi pertama Awal Ashaari saat diminta berkongsi mengenai perasaannya bakal bergelar bapa, tidak lama lagi. Kembali menyambung perbualan, kata Awal, dalam pada dia seronok untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya, dia juga berasa pelik dan ada lucu apabila melihat perubahan sikap isterinya itu. "Dia (Scha) jadi orang lain. Karakter dia bertukar. Kalau dulu dia seorang yangg aggresif, sekarang ni dia menjadi lebih feminin. Dia jadi lemah lembut dan penyabar. Saya perasan dia beli bantal bunga-bunga. Tak pernah-pernah pakai kasut warna merah jambu, dia beli kasut warna merah jambu.

"Saya rasa pelik dengan perubahan karakter dia itu (tahan gelak). Tapi itu mungkin perubahan hormon, kan. Dia ada juga mengidam nak makan macam-macam dan setakat ni saya mampu turutkan. Kalau sebelum ni dia suka makan otak-otak dan nasi lemak, sekarang dia tak makan dah. Kalau dulu dia tak minum air soya, sekarang dia minum", kongsi Awal serba sedikit mengenai kerenah isteri kesayangannya itu. Menurutnya lagi, mereka berdua belum membuat imbasan bagi mengetahui jantina bakal cahaya mata mereka itu. Bahkan dari segi persiapan juga masih belum dibuat. "Sekarang ni kandungan Scha hampir mencecah lima bulan. Sebenarnya masa usia kandungannya 14 minggu, dia ada buat imbasan, tapi ketika tu tak nampak lagi jantina anak kami. Sejak tu Scha tak buat apa-apa scan, tapi kami berdua terima apa saja pemberian Allah, tak kira sama ada bayi lelaki atau perempuan.

"Dari segi persiapan, Scha tak nak beli barang awal-awal. Dia cakap tunggu dulu bila dah masuk tujuh atau lapan bulan nanti baru dia nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami", kata hos 'Melodi' ini. Awal juga memaklumkan Scha mahu berpantang di rumah ibunya yang terletak di Mount Kiara, selepas melahirkan nanti. Dalam perkembangan lain, Awal bakal muncul sebagai pengacara program realiti terbaru, 'The Band'. Program realiti pencarian bakat ini bertujuan membentuk dua kumpulan The Band iaitu kumpulan pop lelaki dan pop wanita terhebat di Malaysia ini. 'The Band' akan bersiaran di saluran Mustika HD (Saluran 134) mulai 31 Mac ini. Selain, Awal juga terlibat dalam mengacarakan program masakan, 'How To Make It' yang disiarkan di saluran Asian Food Channel. - mD





.

Ustaz rogol gadis 17 tahun, kononnya cara mengubat gadis itu yang terkena sihir


Ustaz rogol gadis 17 tahun, kononnya cara mengubat gadis itu yang terkena sihir | Ustaz rogol gadis 17 tahun, kononnya itu cara mengubat gadis itu yang dikatakan terkena sihir | Seorang ustaz ditahan oleh polis di sini atas tuduhan merogol seorang gadis berumur 17 tahun yang juga anak muridnya semasa kononnya mengubat gadis itu yang dikatakan terkena sihir. Ustaz itu, Mulyadi, yang berumur 44 tahun ditahan di Bekasi di Jawa Barat pada Isnin selepas gadis berkenaan membuat laporan polis. Siasatan awal polis mendapati gadis tersebut yang percaya dirinya terkena sihir telah pergi kepada ustaznya itu untuk mendapatkan pertolongan pada pagi Ahad. Menurut polis, mereka telah saling kenal-mengenali sejak dua tahun lalu. "Mangsa mendakwa dia terkena ilmu hitam," kata jurucakap polis Bekasi, Ajutan Komander Siswo seperti dipetik oleh The Jakarta Globe.

"Kemudian (Mulyadi) yang juga guru agamanya meminta dia datang untuk rawatan." Ustaz itu menjemput gadis itu ke rumahnya yang juga merupakan Sekolah Islam Yayasan Anwarul Istiqomah pada pukul 11 pagi Ahad. Apabila gadis itu tiba, dia mendakwa Mulyadi melakukan serangan seksual di ruang tamu rumah itu dengan merogolnya. Isteri dan tiga anaknya ketika itu tiada di rumah. "(Dia menyerang) mangsa dengan menutup mulut mangsa dengan tangannya dan (memaksa gadis itu) melakukan hubungan intim," kata Siswo. Ustaz itu kemudian menghantar gadis itu pulang. Gadis itu segera membuat laporan polis yang selanjutnya memulakan siasatan. Mulyadi dituduh mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun. -MD




P/S - Sekadar gambar hiasan



.

Pelajar perempuan maut dilanggar bas sekolah di Beluran, Sabah


Pelajar perempuan maut dilanggar bas sekolah di Beluran, Sabah | Seorang pelajar perempuan maut selepas dilanggar bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah di Km38, Jalan Sapi-Nangoh dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hajidah Ajid, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi Beluran. "Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa dilanggar sebuah bas sekolah milik sebuah syarikat perladangan yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun. "Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," kata beliau. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!