Tuesday, March 4, 2014

Kisah dan gambar ular makan buaya di Australia


Kisah dan gambar ular makan buaya di Australia  | Seekor ular besar telah terselamat selepas bergelut menentang seekor buaya di Australia dengan menelan haiwan tersebut. Travis Corlis, yang menyaksikan pergelutan yang berlaku di Tasik Moondarra, Queensland, berhampiran bandar perlombongan Gunung Isa, pada Ahad berkata ular itu, dipercayai ular sawa, mempunyai panjang kira-kira 10 kaki (tiga meter) dan 'kelihatan sihat'. Buaya tersebut, yang dibelit ular adalah kira-kira tiga kaki panjang, katanya. "Mereka bergelut habis-habisan di dalam air," katanya kepada AFP. "Ia adalah satu 'peperangan' yang berterusan. "Kami hanya berdiri dengan penuh kagum sambil menyaksikannya."

Corlis berkata beberapa jam selepas dia pertama kali melihat adegan tersebut, dia mendapati ular itu telah menarik buaya ke tebing tasik dan membebaskan mangsa yang mana pada ketika itu telah mati. "Kira-kira 10 minit kemudian buaya tersebut hilang," katanya, merujuk kepada buaya yang telah dimakan. Isterinya, Tiffany menggambarkan pertempuran sebagai 'sukar dipercayai'. "Kami berfikir ular itu mungkin menggigit sedikit demi sedikit kemudian mengunyah," katanya. "Tetapi ia sebenarnya menelan buaya itu."

Dia menambah: "Jika anda melihat ular itu betul-betul, anda sebenarnya boleh melihat bentuk buaya, kaki buaya dan segala-galanya di dalam perutnya." Tiffany berkata buaya itu telah bergelut supaya kepalanya dapat keluar ke air dan ketika kedua-duanya jelas letih selepas bergelut untuk terus hidup, "akhirnya, buaya seolah-olah mengalah". Travis Corlis berkata walaupun biasanya buaya dan ular kedua-duanya berada di kawasan itu, dia tidak pernah melihat pertarungan seperti itu. Buaya air tawar biasanya ditemui di Tasik Moondarra dan Travis Corlis berkata kemarau baru-baru ini menyaksikan penurunan paras air, menjadikan buaya-buaya lebih kelihatan. -AP




.

Pengarah Syamsul Yusof sakit menjelang hari pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana



Pengarah Syamsul Yusof sakit menjelang hari pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana  | Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi. Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu. "Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. "Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini. "Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. "Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti," ujarnya. Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin. Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi. -Mstar




.

Reaksi Hanez Suraya mengenai kontroversinya dan sebagai duta AuraWhite


Reaksi Hanez Suraya mengenai kontroversinya dan sebagai duta AuraWhite  | "DALAM kemelut yang berlaku ini saya minta semua pihak tidak mengait dan melibatkan AuraWhite dengan hal peribadi saya kerana saya hanya duta produk tersebut," ujar Hanez Suraya mengenai kontroversi yang sedang hangat berlaku melibatkan dirinya. Hanez berkata, dia kesal apabila mengetahui ada pihak cuba menghasut pengguna AuraWhite untuk memboikot produk tersebut hanya kerana dia menjadi duta produk itu. "Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut," ujarnya.

 Hanez berkata, di sebalik segala kontroversi yang berlaku, dia bersyukur kerana karier seninya tidak terjejas dan masih mendapat tawaran daripada beberapa produksi. "Alhamdulillah setakat ini saya rasa karier saya tidak terjejas. Masih ada beberapa tawaran yang datang tapi kerana masalah ini saya terpaksa tolak. "Saya tidak mahu bekerja dalam keadaan tertekan, biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum kembali bekerja," jelasnya.


Heret Mr. R 

Menerusi sebuah akhbar mingguan kelmarin, isteri Mr R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan Hanez juga didakwa merampas suaminya. Dek pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter. "Tidak adil jika mereka hanya dengar penjelasan sebelah pihak. Mereka harus dengar penjelasan saya dan juga pihak yang sepatutnya bersuara (Mr. R). Selepas itu nilailah sendiri dan jika benar mereka rasa saya bersalah, saya tidak kisah andai mereka menghukum saya. "Saya tenang menerima semua ini, namun saya sedih dengan orang yang mendengar dan menghukum saya menerusi cerita sebelah pihak sahaja. Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna.

"Tapi tidak adil mereka menghukum saya tanpa bukti yang sahih, bagi peluang saya menjelaskan perkara sebenar dan saya juga amat berharap peminat saya dapat beri masa untuk saya," katanya. Menurut Hanez, satu sidang media akan diadakan secepat mungkin bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Namun lokasi sidang media tersebut masih belum ditetapkan. "Saya sudah ada tarikh dan masa untuk mengadakan sidang media, cuma sekarang hanya ada masalah dengan lokasi. Sebaik sahaja semuanya lengkap, saya akan panggil semua media dan jelaskan segalanya pada sidang media berkenaan. "Namun saya tidak ada hak untuk menceritakan segala hal yang sebenar dan yang ada hak adalah tuan punya badan (Mr. R). Namun apa yang penting sekarang biarlah keadaan semua reda terlebih dahulu," katanya.


Sokongan keluarga 

Pelakon drama bersiri Ruby ini berkata, di sebalik segala kontroversi yang berlaku ini, dia amat bertuah kerana keluarga amat memahami dan memberi sokongan moral kepadanya. "Keluarga saya tidak ada apa-apa masalah. Bukanlah nak kata mereka menyokong apa yang terjadi, tapi mereka mengetahui dan sudah diberitahu mengenai kedudukan sebenar. "Malah, orang yang rapat dengan saya juga memahami segala yang berlaku dan mereka memberi sokongan kepada saya untuk menghadapi situasi yang berat ini," katanya. -SH




.

Apa yang pendaki Gunung Everest harus buat ketika mendaki gunung tertinggi di dunia itu?



Apa yang pendaki Gunung Everest harus buat ketika mendaki gunung tertinggi di dunia itu? | Pejabat Renjer Banjaran Himalaya di sini akan memaksa para pendaki Gunung Everest membawa turun lapan kilogram sampah di bawah peraturan baru permit daki dalam usaha Kerajaan Nepal untuk membersihkan banjaran itu. Peraturan baru itu buat permulaan akan dikenakan kepada pendaki yang menuju ke khemah induk Everest mulai April ini. Menurut pegawai dari Kementerian Pelancongan Nepal, Madhusudan Burlakoti, kerajaannya membuat keputusan itu sebagai satu cara untuk membersihkan banjaran Everest daripada timbunan sampah terutamanya tangki oksigen kosong yang semakin bertimbun. Kata Burlakoti, pendaki yang gagal berbuat demikian akan tertakluk kepada tindakan undang-undang.


Bagaimanapun masih belum jelas, apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar - sama ada penalti atau hukuman lain dari itu. Everest bukan sahaja menjadi 'tong sampah' kepada peralatan yang digunakan sewaktu mendaki malah ia menjadi tempat peninggalan mayat kerana mereka yang terbunuh sewaktu pendakian tidak pernah dibawa pulang kerana mayat tidak reput dalam kesejukan yang ekstrem. Sebagai permulaan satu kawasan pengumpulan sampah akan ditempatkan di khemah induk yang mana setiap anggota ekspedisi akan disyaratkan membawa turun lapan kilogram sampah ke tempat yang disediakan itu. Musim mendaki Everest biasanya bermula pada April dan Mei.




.

Misteri mayat hidup balik dari dalam keranda


Misteri mayat hidup balik dari dalam keranda | ORANG ramai yang menghadiri satu majlis pengkebumian bertempiaran lari apabila lelaki yang disahkan mati tiba-tiba bangun dari dalam keranda di Lexington, Mississippi. Ketika Walter Williams bangun dari kerandanya, pekerja di tempat pengkebumian tersebut sedang bersiap sedia untuk menurunkan mayatnya ke dalam kubur. Williams disahkan mati pada 9 pagi Rabu sebelum dia bangun pada majlis pengkebumian yang dilakukan pada 2.30 petang hari sama.


"Mereka telah meletakkan mayat Wiliam di dalam beg mayat untuk dibawa kebumi," kata saudara Williams iaitu Eddie Hester. "Saya bertanya kepada pihak yang mengesahkan kematian dan dia hanya menjawab kejadian itu aneh," kata Sheriff Holmes County, Willie March. Williams yang kini sedang dirawat semula memberitahu keluarganya bahawa dia gembira selepas dihidupkan semula. -Reuters





.

Suami cemburu bertindak pukul dan bakar isteri


Suami cemburu bertindak pukul dan bakar isteri | Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu. Dalam kejadian 11.30 pagi semalam di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Superintendan Idris Rafar berkata, sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu. "Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. – Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!