Saturday, March 8, 2014

Senarai Nama Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang 8 Mac 2014



Senarai Nama Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang 8 Mac 2014  | Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.  


Senarai krew dan anak kapal 

1. Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2. Farid Ab Hamid (Pembantu Juruterbang)
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin
7. Wan Swaid Wan Ismail
8. Junaidi Mohd Kassim
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10.Ng Yar Chien
11.Foong Wai Yueng
12.Tan Size Hiang


Senarai Penumpang Malaysia 

1. Anne Cathrine Daisy,56
2. Biby Nazli Mohd Hassim,62
3. Chan Huan Peen,46
4. Chen Wei Hoing,43
5. Chew Kar Mooi,31
6. Chong Mei Ling,33
7. Dina Mohamed Yunus Ramli,30
8. Guan Hua Jin,34
9. Hue Pui Heng,66
10. Jee Jing Hang,41
11. Lee Kah Kin,32
12. Lee Sew Chu,55
13. Maria Mohamed Yunus Ramli,32
14. Mohamad Sofuan Ibrahim,33
15. Mohd Khairul Amri Selamat,33
16. Muhamad Razahan Zamani,29
17. Muzi Yusop,50
18. Ng May li,37
19. Noorida Mohd Hashim,57
20. Norfadzillah Mat Rahim,39
21. Norlia Akmar Hamid,33
22. Ramlan Safuan,32
23. Sim Keng Wei,53
24. Suhaili Mustafa,31
25. Tan Ah Meng,46
26. Tan Chong Ling,48
27. Tan Sioh Peng,32
28. Tan Wei Chew,19
29. Tee Lin Keong,50
30. Teoh Kim Lun,36
31. Tong Soon Lee,31
32. Wan Hock Khoon,42
33. Wong Sai Sang,53
34. Yap Chee Meng,39
35. Koh Tiong Meng
36. Tan Teik Hin
37. Lim Pow Chua
38. Puspanathan Supramaniam


 Senarai Sebahagian Penumpang Luar Negara 

Bai Xiaow (CAN)
Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
Brooskii Nikolath (RUS)
Burrows Rooney (AUS)
Chuang Hsiu Ling ((TWN)
Chustrak Oleg (UKR)
Deineka Sergii (UKR)
Gu Naijun (AUS)
Huang Tianjui (CHN)
Jiang Cuiyun (CHN)
Kolekar Chetana Vinod (IND)
Kolekar Vinod Suresh (IND)
Kozel Christian (AUT)
Lawton Catherine (AUS)
Lawton Robert (AUS)
Li Hongjing (CHN)
Li Yuan (AUS)
Lui Ching (CHN)
Maraldi Luigi (ITA)
Meng Leoinf (USA)
Meng Nicole (USA)
Mukherjee Muktesh (CAN)
Sharma Chandrika (IND)
Shirsath Kranti Pralhad (IND)
Siregar Firman Chandra (IND)


Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka:

Jumlah : 239 orang
Penumpang : 227 orang
Anak Kapal : 12 orang

1) China : 152 dan seorang bayi
2) Malaysia : 38 orang
3) Indonesia : 12 orang
4) Australia : 7 orang
5) Perancis : 3 orang
6) Amerika Syarikat : 3 orang
7) New Zealand : 2 orang
8) Ukraine : 2 orang
9) Kanada : 2 orang
10) Rusia : seorang
11) Itali : seorang
12) Taiwan : seorang
13) Belanda : seorang
14) Austria : seorang



UNTUK SENARAI PENUH PENUMPANG MH370  [KLIK DI SINI]




.

Ahli perniagaan batal perjalanan terkejut pesawat MH370 hilang


Ahli perniagaan batal perjalanan terkejut pesawat MH370 hilang | Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS)terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan. Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.

"Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai. Jika mereka ke Shanghai saya yakin mereka selamat," katanya ketika dihubungi di sini. Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang. - Bernama



.

Misteri 16 mayat ditemui dalam satu kubur di Mexico


 Misteri 16 mayat ditemui dalam satu kubur di Mexico | Enam belas mayat telah ditemui dalam dua kubur besar di dua buah negeri di sini yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai mangsa kepada kartel dadah. Daripada jumlah itu 13 mayat telah ditemui di negeri Michoacan manakala tiga lagi di Sinaloa. Dalam penemuan pertama, pihak berkuasa mengali keluar enam mayat mangsa lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak.

Identiti mereka masih belum diketahui tetapi pihak berkuasa mengesyaki mereka terdiri daripada sebuah keluarga yang diculik dan dilaporkan hilang Ogos tahun lalu. Kumpulan kartel dadah itu dikatakan mengawal beberapa kawasan pekan kecil dan perkampungan. Dalam satu lagi penemuan, tiga mayat yang dipercayai remaja telah dibawa keluar dari kubur yang dipercayai baru tiga bulan. -AP



.

Fenomena siber : Ramai penderma pahala di internet


 Fenomena siber : Ramai penderma pahala di internet | "Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet," demikian tulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang menggunakan alam siber untuk mencerca orang lain. Menurut Dr Asri, 'derma' yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan mencerca orang lain. "Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik 'keyboard' mereka. Namun ALLAH tidak lupa," tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini. Tambah Dr Asri, golongan tersebut mungkin berasa puas hati dengan memaki ataupun mencerca orang yang tidak disukai, namun hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'. "Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak. "Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa," katanya lagi.


 Dr Asri turut berharap pengguna media sosial agar segera sedar atas perbuatan yang dilakukan. Katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah bertanya para sahabat baginda : 'Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? "Jawab mereka: 'Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta'," katanya. Tambahnya lagi, "...sabda Baginda: 'Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka" (Riwayat Muslim)," tulis Dr Asri lagi. -SH




.

TERKINI : Pesawat MAS MH370 ke Beijing dilapor hilang hubungan



 TERKINI : Pesawat MAS MH370 ke Beijing dilapor hilang hubungan | Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini. Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas pesawat. Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat. MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini. -UTusan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!