Sunday, March 16, 2014

Remaja nekad bakar diri selepas pihak berkuasa bebas lelaki yang merogolnya



Remaja nekad bakar diri selepas pihak berkuasa bebas lelaki yang merogolnya | Seorang remaja Pakistan mati akibat kecederaan yang dialaminya selepas membakar diri di luar sebuah balai polis berikutan tindakan pihak berkuasa membebaskan lelaki yang didakwa merogolnya. Aamna Bibi, 18 membakar diri di luar balai polis di daerah Muzaffargarh di Punjab selepas perogolnya berjaya merasuah pihak polis untuk membebaskan diri, lapor media tempatan. Mangsa dibawa ke hospital dengan mengalami 80 peratus kesan kebakaran pada tubuhnya tetapi meninggal dunia pada hari berikutnya berikutan kecederaan parah yang dialaminya. Aamna disahkan mati kelmarin selepas kejadian yang berlaku di kampung Beit Mir Hazar Khan, kata ketua polis daerah Muzaffargarh, Usman Akran Gondal.

Gondal berkata abang mangsa memfailkan laporan kepada pihak polis pada Januari mengatakan adiknya itu diculik dan penyerang cuba merogolnya. Katanya pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu tetapi tidak menemui bukti untuk menyokong dakwaan menyebabkan suspek dibebaskan. Bagaimanapun media tempatan melaporkan bahawa seorang daripada penyerang dibebaskan selepas merasuah pihak polis dengan sejumlah wang yang besar. Suspek kemudian diisytiharkan tidak bersalah oleh pegawai penyiasat, Zulfiqar Ahmed selepas membayar sejumlah 70,000 rupee (RM2,300), lapor International Business Times. Suruhanjaya Hak Asasi Pakistan berkata wanita terbabit ke balai polis untuk membantah kejadian itu tetapi akhirnya memutuskan untuk membunuh diri kerana ketidakadilan itu. – AGENSI




.

MH370 : Operasi mencari memasuki era baharu dan semakin sukar


MH370 : Operasi mencari memasuki era baharu dan semakin sukar | Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sembilan hari lalu kini menjadi lebih sukar dengan peluasan kawasan pencarian dan pertambahan negara yang terlibat di dalam operasi tersebut. Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, negara yang terlibat di dalam operasi itu telah bertambah kepada 25 negara dan melangkau 11 sempadan negara. "Operasi pencarian semakin sukar kerana ia membabitkan dua koridor laluan. Walau bagaimanapun, kami masih komited dalam mencari pesawat berkenaan," kata Hishamuddin pada sidang akhbar di sini hari ini. Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan sedang berunding dengan beberapa buah negara mengenai bentuk bantuan yang diperlukan dalam operasi SAR pesawat MH370 yang sudah masuk hari kesembilan.

 Kenyataan tersebut turut berkata, bentuk bantuan yang diperlukan bukan sahaja terdiri daripada aset laut dan udara tetapi termasuk data satelit berserta analisis, data radar dan kepakaran pencarian darat. Negara-negara tersebut ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgystan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis. Pada 8 Mac lalu, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dari menara kawalan udara (ATC) Subang. Selepas lapan hari operasi SAR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu telah diubah haluan oleh seseorang di dalam pesawat berkenaan. - Utusan




.

Pasangan di tangkap khalwat, lepas rindu dalam bilik hotel


Pasangan di tangkap khalwat, lepas rindu dalam bilik hotel | Dua pasangan kekasih ditahan dalam Operasi Bersepadu membabitkan beberapa agensi penguat kuasa yang diadakan di sekitar daerah ini bermula malam kelmarin dan berakhir pagi semalam. Kedua-dua pasangan terbabit ditahan bersama pasangan masing-masing di lokasi berbeza kerana didapati berdua-duaan dalam bilik tanpa sebarang ikatan yang sah. Pasangan pertama yang berusia 21 tahun dan kedua-duanya beralamat di Pahang ditahan di sebuah hotel, di bandar Jertih. Difahamkan wanita terbabit datang dari Kuala Lumpur untuk bertemu kekasihnya yang sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan, dekat sini. Mereka yang menyewa sebuah bilik hotel, dekat sini, diberkas hasil pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota polis yang turut disertai anggota Penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Daerah dan Penguatkuasa Daerah Besut.

 Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 11.30 malam selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan suami isteri atau mahram. Manakala pasangan kedua pula ditahan ketika berdua-duaan di sebuah chalet di Pantai Air Tawar, kira-kira jam 11.45 malam oleh pasukan lain. Lelaki berusia 21 dan teman wanitanya berusia 20 tahun yang beralamat di Kampung Gaung, Jertih dan Apal, Jabi itu menyewa bilik tersebut semata-mata untuk bertemu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kedua-dua pasangan terbabit diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah untuk tindakan lanjut. Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Negeri Terengganu 2001. “Dalam operasi sama polis turut menahan empat suspek kerana disyaki mengambil dadah dan mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -HM



Sekadar gambar hiasan



.

MH370 : Lokasi terakhir pesawat itu menurut pasukan penyiasat USA



MH370 : Lokasi terakhir pesawat itu menurut pasukan penyiasat USA | Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan ketika berada di sebuah zon kira-kira 1,609 kilometer dari barat Perth, Australia, kata pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS). Laman web berita Bloomberg melaporkan, petunjuk terbaharu itu dimaklumkan oleh sumber kerajaan AS berdasarkan keputusan analisis data transmisi satelit oleh pasukan penyiasat tersebut. - AGENSI



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!