Wednesday, April 2, 2014

MH370 : Apa maksud Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan "berakhir" bagi menjelaskan kehilangan pesawat?



MH370 : Apa maksud Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan "berakhir" bagi menjelaskan kehilangan pesawat? | Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang meminta semua pihak memahami mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan berakhir bagi menjelaskan kehilangan pesawat MH370. Beliau memahami Najib telah secara berhati-hati memilih menggunakan perkataan berakhir pada sidang akhbar 24 Mac lalu. "Kenyataan itu memberi pelbagai makna dan kadang-kala disalah tafsir. Ada yang anggap ia bermaksud sebagai kehilangan, ada yang memahami sebagai terhempas, ada yang mentafsir tidak ada yang selamat.

"Saya faham Perdana Menteri (Najib) berhati-hati memilih perkataan. Tujuannya hanya untuk menggelakkan sebarang makna yang menyakitkan kepada keluarga penumpang," jelas Huikang.
Huikang dalam sidang akbar khas kepada media di Kedutaan China hari ini berkata, ramai ahli keluarga penumpang China yang berharap masih ada harapan orang yang mereka sayangi terselamat dan pesawat berkenaan dirampas oleh seseorang. "Kalau anda menyatakan secara terbuka bahawa pesawat terhempas dan tidak ada yang terselamat, ini akan memberi kesan mendalam kepada keluarga. "Jadi, tolong faham tujuan (pengunaan perkataan berakhir) kepada perasaan keluarga penumpang," rayu Huikang.

Tegas beliau, orang ramai tidak sepatutnya terlalu fokus kepada makna perkataan berakhir, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mencari. Huikang berkata, beliau juga telah mendapatkan kepastian daripada pakar dan pegawai Malaysia mengenai maksud perkataan ‘berakhir’ yang dibuat oleh Najib itu. "Ia bermaksud penerbangan dari Kuala Lumpur selama 8 jam dan akhirnya tamat di selatan Lautan Hindi. "Perkataan ini memberi panduan signifikan. Sebelum ini operasi mencari di koridor utara dan selatan. Dengan kesimpulan itu, kita hanya fokus usaha di koridor Selatan sahaja," kata Huikang. - Utusan




.

Inilah gambar antara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan pelakon tampan Keith Foo. yang mengundang rasa kurang senang peminat



Inilah gambar antara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan pelakon tampan Keith Foo. yang mengundang rasa kurang senang peminat | Sejak kebelakangan hubungan diantara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan pelakon tampan Keith Foo dilihat agak mesra dan akrab. Meskipun hubungan mereka bagaikan adik dan kakak dek kerana perbezaan jarak usia namun timbul cerita kurang elok mengenai kemesraan mereka itu. Lebih-lebih lagi apabila Ziela tanpa berselindung berkongsi gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya. Niatnya lain namun tanpa disangka, gambar-gambar ini mencetuskan sensasi dalam kalangan peminat hingga ada yang mengkritik tindakan Ziela. Lebih teruk, ada yang menganggap beliau mempermainkan agama kerana sanggup bergambar begitu sedangkan penampilannya nampak Islamik.

Lebih biadap, segelintir mereka sanggup mengeluarkan ayat yang berunsur menghina terhadap ibu tunggal kepada tiga anak iaitu Puteri Julia Nabilah, 21; Megat Jufri Nasrullah, 19; dan anak angkat Ibrahim Junid Abdullah yang berusia setahun.Bercakap kepada Harian Metro, Ziela berkata beliau berhubungan baik dengan semua pelakon drama Ariana Rose dan tidak bersikap pilih kasih. Beliau juga memberitahu baru sekali berjumpa dengan Keith Foo, itupun selepas drama popular yang mencetuskan fenomema itu. "Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

"Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat. Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang. "Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau", jeasnya dengan panjang lebar. -HM




.

Akhirnya selepas setahun, punca nahas pesawat Asiana Airlines didedahkan


Akhirnya selepas setahun, punca nahas pesawat Asiana Airlines didedahkan | Nahas sebuah pesawat Asiana Airlines yang terhempas ketika mendarat di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Julai tahun lalu dan menyebabkan tiga penumpang mati kemungkinan berpunca daripada kesilapan juruterbang yang terbang terlalu perlahan. Dalam satu laporan yang diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan disiarkan kelmarin, syarikat itu turut menyalahkan satu sistem amaran kelajuan pesawat jenis Boeing 777-200ER milik syarikat penerbangan Korea Selatan tersebut yang tidak berfungsi dengan sempurna. "Kemungkinan kemalangan ini berpunca daripada kegagalan kru penerbangan untuk mengawasi dan mengekalkan kelajuan minimum sebelum melakukan pendaratan," kata syarikat itu.

Syarikat itu turut menyalahkan satu sistem amaran kelajuan yang tidak berfungsi dengan sempurna. Sistem amaran tersebut akan memberi amaran kepada juruterbang sekiranya pendikit kelajuan automatik telah berhenti berfungsi mengikut kelajuan yang ditetapkan. Syarikat Boeing dalam laporanya kepada NTSB pula memberitahu, terdapat petunjuk pesawat itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan yang tidak sesuai untuk melakukan pendaratan. "Kemalangan ini terjadi kerana juruterbang gagal mengawal kelajuan dan kuasa enjin serta arah pesawat sebelum melakukan pendaratan.


"Kemalangan ini boleh dielakkan sekiranya kru penerbangan mengikut prosedur ditetapkan dan membuat pusingan semula selepas mendapati pesawat tidak stabil untuk membuat pendaratan," kata syarikat itu. Pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan terhempas ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 6 Julai tahun lalu. Kapal terbang yang membawa seramai 291 penumpang dan 16 anak kapal itu melanggar satu tembok di landasan sebelum terhempas. Kejadian itu menyebabkan tiga penumpang maut dan 181 lagi cedera. - Reuters




.

Kejam!! Suami cipta neraka buat isteri sendiri


Kejam!! Suami cipta neraka buat isteri sendiri | Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang. Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa. Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu. Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran. Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan. Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan. “Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya. “Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin. Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.


“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya. Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan. Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya. Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya. -HM




.

MH370 : Pesawat dan peralatan paling canggih pun masih gagal mengesan pesawat itu


MH370 : Pesawat dan peralatan paling canggih pun masih gagal mengesan pesawat itu | Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia. Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu. Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.

Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.agaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370. Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan. Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya.


 "Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut. "Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil," katanya. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. - Reuters




.

Cucu pukul nenek hingga mati dalam kejadian menyayat hati di Rawang


Cucu pukul nenek hingga mati dalam kejadian menyayat hati di Rawang | Hanya kerana ingin menyamun barang kemas milik neneknya, seorang cucu berusia 18 tahun sanggup memukul bertalu-talu kepala neneknya dengan batu sehingga mati. Dalam insiden menyayat hati kira-kira pukul 2 petang ini di Kuala Garing, Rawang dekat sini, Yatim Murtalah, 65, seorang warga Indonesia mati di tempat mati akibat kecederaan parah. Kejadian itu disedari seorang lagi cucu mangsa, Mohd. Faizal Edi, 8, yang ketika itu baru pulang dari sekolah. "Masa pulang dari sekolah, saya nampak motosikal abang diletakkan di hadapan rumah tetapi dia melarang saya masuk ke rumah dan menutup pintu. "Saya nampak abang kelam-kabut mengelap darah di bahagian tangan dan mukanya lalu saya sembunyi di belakang pokok di hadapan rumah. Saya kemudian ternampak abang melarikan diri menaiki motosikal.

"Apabila saya masuk ke dalam rumah, nenek sudah terbaring di ruang tamu berlumuran darah," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, menurut anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, anaknya tersebut baru setahun berhijrah ke Malaysia selepas enggan meneruskan persekolahannya di negara asal mereka. Maryaton Rai, 49, yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) berkata, suspek merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya ketika di Indonesia.

"Sebelum datang ke Malaysia, dia menetap di Madura, Jawa Timur bersama ahli keluarga lain. "Dia memang anak yang degil dan tidak mahu mendengar kata, malah tidak mahu meneruskan persekolahannya," katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kini memburu suspek yang dikenali sebagai Pandi. "Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebahagian barang kemas seperti rantai dan loket berada pada badan mangsa hilang," katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!