Thursday, April 24, 2014

Misteri sepucuk surat yang baru diterima setelah 45 tahun dikirim menggunakan setem 6 sen


Misteri sepucuk surat yang baru diterima setelah 45 tahun dikirim menggunakan setem 6 sen | Sepucuk surat berusia 45 tahun tiba di peti surat seorang wanita di Kanada selepas ia dikirimkan oleh adik perempuannya beberapa dekad lalu. Ia dihantar pada tahun 1969 menggunakan setem enam sen ketika pengirimnya berumur sembilan tahun.


Penerimanya, Anne Tingle memberitahu surat yang dibungkus dengan plastik itu turut disertakan kiriman nota meminta maaf dari Canada Post di atas kerosakan sampul surat berkenaan. "Pelanggan yang dihormati, kami meminta maaf di atas kerosakan kiriman yang diterima. Ia ditemui dalam keadaan seperti ini di saluran penghantaran kami," menurut nota tersebut kepada AFP.




.

Indonesia ada cara untuk memastikan skuad badmintonnya tidak menghadapi sebarang masalah dalam saingan Piala Thomas dan Uber di India


Indonesia ada cara untuk memastikan skuad badmintonnya tidak menghadapi sebarang masalah dalam saingan Piala Thomas dan Uber di India | Bagi memastikan pemain bebas daripada sebarang masalah termasuk dalam aspek makanan ketika saingan Piala Thomas dan Piala Uber, skuad badminton Indonesia akan turut disertai tukang masak khas sepanjang berada di New Delhi, India bulan depan. Pengerusi Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) Gita Wirjawan berharap dengan disediakan makanan khas Indonesia, kesemua pemain tidak akan berdepan masalah dalam soal makanan yang mungkin boleh menjejaskan prestasi mereka. "Kami akan berkoordinasi dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia di India berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau latihan pusat skuad Piala Thomas dan Piala Uber Indonesia di Kudus, pada Rabu.

Beliau berkata langkah PBSI menyediakan tukang masak khas itu kerana terdapat perbezaan rasa antara makanan di India dengan makanan yang biasa dimakan oleh pemain di tanah air. "Kami perlu berhati-hati. Jangan sampai ada pemain yang mengalami cirit-birit gara-gara mengambil makanan yang tidak biasa dimakan," katanya. Misalnya jika mengambil makanan kari, beliau berkata bagi pemain yang tidak tahan dengan cita rasa makanan tersebut boleh mempengaruhi keadaan dan prestasi mereka, terutama sebelum turun ke gelanggang. Selain meminta pemain berhati-hati dalam soal makanan, Gita Wirjawan juga mengingatkan mereka agar mempersiapkan diri dengan keadaan cuaca panas di New Delhi yang dijangka berlaku, mulai bulan depan.

"Saya pernah tinggal di India sehingga mengerti soal cuaca dan jenis makanan yang ada di sana," katanya. Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di New Delhi dari 18 hingga 25 Mei depan. Skuad Piala Thomas Indonesia diletakkan sebagai pilihan pertama diikuti China, Malaysia, Jepun dan Denmark pada kejohanan badminton berprestij itu. Sejak Piala Thomas diperkenal pada 1949, rekod pencapaian Indonesia adalah yang terbaik dengan meraih 13 gelaran, diikuti China yang menjuarainya sebanyak sembilan kali. Kali terakhir Indonesia menjuarai Piala Thomas ialah pada 2002 di Guangzhou, China. Selepas itu, China menguasai Piala Thomas dengan muncul juara lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010, dan 2012. -Mstar




.

Kisah sedih dan ngeri dari penyelam Korea Selatan yang dalam usaha mengesan mangsa kapal Sewol yang tenggelam


Kisah sedih dan ngeri dari penyelam Korea Selatan yang dalam usaha mengesan mangsa kapal Sewol yang tenggelam | Penyelam Korea Selatan meredah gelap dan kedinginan air laut untuk masuk ke kapal Sewol yang tenggelam seminggu lalu dengan terpaksa bergantung kepada tangan masing-masing untuk meraba-raba mengesan ramai lagi mangsa yang belum ditemui. Berbekalkan oksigen dan alat komunikasi, mereka hanya boleh melihat beberapa sentimeter di depan. Kebanyakan mangsa adalah pelajar yang diberitahu supaya jangan berganjak dari kabin masing-masing pada detik awal kemalangan itu. Arahan itu menyebabkan ramai mangsa terperangkap dan terbunuh. Akhbar Donga Ilbo melaporkan, kebanyakan mayat yang ditemui dua hari lalu mengalami patah di bahagian jari, dipercayai kerana cuba memanjat lantai atau bumbung kapal bagi menyelamatkan diri di saat akhir.


Seorang penyelam, Hwang Dae-sik berkata, selama ini mereka dilatih untuk berhadapan situasi berbahaya. “Namun, sukar untuk memberanikan diri untuk berdepan dengan mayat dalam air gelap,” katanya. Kapal Sewol itu tenggelam pada 16 April lalu ketika dalam perjalanan rutin dari Pelabuhan Incheon ke selatan Jeju. Daripada 476 penumpang dan anak kapal yang ada, hanya 174 dapat diselamatkan. Jumlah kematian rasmi setakat ini ialah 150 orang. Hwang berkata, kumpulannya menjumpai 14 mayat. “Kami terpaksa menyentuh semuanya dengan tangan. “Ia menggerunkan dan menjadi pengalaman paling menyedihkan sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.- Reuters




.

[Gambar] Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 diiktiraf sebagai paling tinggi di dunia



[Gambar] Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 diiktiraf sebagai paling tinggi di dunia | Menara Kawalan Trafik Udara klia2 kini menjadi mercu tanda baharu Malaysia apabila diiktiraf sebagai paling tinggi di dunia mengatasi menara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand.


Ketinggian menara tersebut yang mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut melayakkannya diiktiraf dalam Guinnes Book of Records sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, menara tersebut yang dinamakan sebagai Tower West mula dibina pada 1 Mei 2012 dan mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. - Utusan




.

Ayunya penyanyi Juliza Adzlizan yang tampil sopan dengan imej bertudung


Ayunya penyanyi Juliza Adzlizan yang tampil sopan dengan imej bertudung | Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini. Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna. "Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung. "Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut. "Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap. "Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia. "Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," katanya yang mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan. Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, tambah Juliza, sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang. Katanya, dia kini banyak membeli baju yang besar seperti baju kurung dan jubah yang senang untuk dipakai. "Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai. "Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana," katanya. Sementara itu, Juliza berkata dia kini sibuk dengan perniagaan kek secara dalam talian. Pada mulanya, dia mengambil tempahan secara 'suka-suka', bagaimanapun ia menjadi perniagaan serius apabila kek tersebut mendapat permintaan ramai.

"Saya buat untuk anak-anak sahaja dan bila ada kawan yang ingin tempah saya buat juga. Namun apabila orang bercakap daripada mulut ke mulut kata kek saya sedap, ramai pula yang ingin buat tempahan. "Tiga bulan pertama sejak Oktober tahun lalu saya sudah buat lebih 100 biji kek dan saya sangat tidak sangka ia menjadi semakin serius ketika ini," katanya yang terpaksa mengambil kelas seni dekorasi kek. Juliza berkata, dia kini sedang mencari pembantu bagi membuat persiapan untuk tempahan kek pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti. Dia mengakui bersyukur kerana minat tersebut mendapat sokongan suami yang banyak membatu melakukan kerja-kerja rumah apabila dia sibuk di dapur. "Pada awalnya memang suami saya tidak faham dan rimas melihat rumah bersepah bila saya sibuk membuat kek, namun lama kelamaan dia pula yang bantu saya. "Dia tahu saya hanya sibuk pada akhir minggu sahaja, jadi dia akan balik awal dan banyak tolong buat kerja-kerja rumah," katanya. -Mstar




.

Kisah pemuda yang ikhlas beribadat dan berbakti di masjid tanpa sebarang ganjaran



 Kisah pemuda yang ikhlas beribadat dan berbakti di masjid tanpa sebarang ganjaran | Seorang pemuda sanggup mengabdikan dirinya tinggal di masjid semata-mata ingin beribadat dan berbakti dengan ikhlas tanpa sebarang ganjaran sejak lebih lima tahun lalu. Berbekalkan sebuah almari yang menempatkan pakaian bersama sebahagian sejadah masjid, dia tidak menganggap kekurangan kelengkapan harian buatnya sebagai alasan untuk tidak berbakti kepada masjid terbabit.

Malah, walaupun masih mempunyai ibu bapa yang tinggal di sebuah taman berdekatan, Mohd Syafiq Yusof, 29, jelas teruja dan meninggalkan keselesaan dinikmati untuk tinggal dan tidur di beranda masjid setiap malam serta menjaga kebersihan rumah ibadat itu. Menurut Mohd Syafiq, dia berpeluang bertemu dengan bapanya, Yusof Yasin, 60, ketika menunaikan solat Jumaat dan mengakui jarang pulang ke rumah.“Selepas Isyak saya akan keluar bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah kedai makan berhampiran dan pulang semula ke masjid selepas selesai tugas jam 1 pagi.  -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!