Saturday, April 26, 2014

[Gambar] Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Bernikah


[Gambar] Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Bernikah | Pelakon Fizz Faizruz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan olehPendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim. Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. "Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. "Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya. Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5. -Mstar



.

Artis ini ada cara aneh untuk memulihkan masalah kulit muka yang dideritainya



Artis ini ada cara aneh untuk memulihkan masalah kulit muka yang dideritainya | AHLI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha. Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya. Sumber memberitahu akhbar Daily Star, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.


Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul. Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera. Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya. -AP




.

Pelawak popular, Saiful Apek dijatuhkan hukuman atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan


Pelawak popular, Saiful Apek dijatuhkan hukuman atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan | Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas pelawak dan pelakon popular Saiful Apek sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, empat tahun lalu. Hakim Datuk Nurchaya Arshad turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap tiga lagi tertuduh, yang juga pekerja di syarikatnya, Gitu-gitu Production, iaitu Shah Zainatul Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30.

Hakim Nurchaya memerintahkan kesemua tertuduh menjalani enam bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan serta menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun. Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. -Metro




.

Penumpang mabuk ditangkap kerana mencabul penumpang wanita yang sedang tidur dalam pesawat



Penumpang mabuk ditangkap kerana mencabul penumpang wanita yang sedang tidur dalam pesawat | Seorang penumpang lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini. Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas buah dada mangsa. Dia melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di hadapan penumpang-penumpang yang lain.

Yang menghairankan ialah walaupun insiden itu disaksikan oleh beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan suspek. Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta merta. Insiden itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285 berlepas dari sini pada 15 April lalu. Pochampally dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika itu. Menurut portal itu lagi, mangsa menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya. Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke bahagian belakang pesawat. Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu. Sebaik sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan. Kes itu sekarang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco. British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. -AP




.

CONTEST BR1M RM30





contest BR1M review RM30 sponsored by http://bantuanrakyat1malaysia.com



Contest Bantuan Rakyat 1Malaysia Review ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran pemberi mahupun penerima BR1M bagaimana pemindahan bantuan BR1M boleh dilaksanakan dengan lebih baik pada masa yang akan datang. Kami terbuka kepada pendapat / idea yang berguna agar BR1M 2015 boleh direalisasikan dengan lebih memuaskan.
 
Kami ingin mengundang blogger sekalian tampil dengan sebuah karya yang berkenaan BR1M di blog masing-masing. Semua peserta yang memenuhi syarat akan menerima coupon prepaid (Digi / Celcom / Maxis dan UMobile sahaja) yang bernilai RM30.

Contoh idea yang boleh dicoret seperti :

"bagaimanakah bantuan rakyat 1Malaysia harus diberi agar keperluan semua pihak dapat dijaga"
"apakah bentuk bantuan yang lain selain BR1M dapat kerajaan beri"
"sikap penerima mengenai pemberian BR1M oleh kerajaan"
"cara terbaik penerima BR1M menggunakan bantuan rakyat 1Malaysia"
"Pandang terhadap kad sistem BR1M 2015 yg sedang dikaji oleh kerajaan"
"Sistem pertanyaan BR1M yang lebih lengkap untuk orang ramai"
* Blogger sekalian dijemput menulis apa jua idea yang berkaitan, idea di atas cuma sebagai contoh sahaja.


Syarat-syarat dan fakta contest:

- Post mestilah merupakan coretan sendiri dan tidak copy dari mana-mana sumber.
- Artikle mestilah tidak kurang daripada 500 patah perkataan.
- Entri wajib terdapat anchor link "BR1M 2015" dan "BR1M 4.0" ke http://bantuanrakyat1malaysia.com
- Coretan boleh dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Cina.
- Blog / website mestilah berumur setahun ke atas.
- Satu entri penyertaan maximum dari sebuah blog sahaja.
- Hantarkan penyertaan ke contest@bantuanrakyat1malaysia.com bersertakan maklumat seperti nama, blog post link, dan jenis telco telefon (Digi / Celcom / Maxis dan UMobile sahaja).





.



 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!