Sunday, April 27, 2014

[3 Gambar] Bas UIAM Yang Membawa 30 Orang Pelajar Terbabas Di Lebuh Raya PLUS



[3 Gambar] Bas UIAM Yang Membawa 30 Orang Pelajar Terbabas Di Lebuh Raya PLUS  | Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad. Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam.


"Menurut saksi, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri lebuh raya dan melanggar penghadang pembinaan sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan. "Seramai lima pelajar UIAM parah terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan," katanya.Sumber itu berkata, operasi menyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jalan Hang Tuah pada pukul 9.40 pagi.


Menurut sumber lagi, pemandu bas yang membawa 30 pelajar UIAM itu ada mengadu kurang sihat sebelum memulakan perjalanan. Mengenai mangsa yang cedera parah, katanya, seorang pelajar lelaki dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur manakala empat lagi serta mereka yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. "Pemandu bas dibawa ke klinik di UIAM untuk diberikan rawatan," kata sumber. -Mstar




.

Ini penjelasan penumpang yang didakwa 'rampas' pesawat di Bali



Ini penjelasan penumpang yang didakwa 'rampas' pesawat di Bali | Seorang penumpang warganegara Australia yang mencetuskan amaran berlaku rampasan ke atas pesawat ke Denpasar, Bali pada Jumaat, menafikan mabuk sebaliknya mendakwa tersilap menghempas pintu kokpit yang disangka pintu tandas. Jurucakap polis Bali, Hery Wiyanto berkata, berdasarkan keterangan suspek, Matt Christopher Lockley, 28, beliau mendakwa berada dalam keadaan tertekan semasa dalam pesawat Virgin Australia itu ke pulau peranginan berkenaan. "Suspek datang ke Bali mencari isterinya yang berasal dari Bandung (Indonesia).

Beliau sudah dua minggu terputus hubungan dengan isterinya dan keadaan itu menyebabkan beliau tertekan," kata Hery seperti dipetik agensi berita Antara, Sabtu. Tambahnya, lelaki terbabit memberitahu polis bahawa beliau mengambil dua biji pil Voltaren dan empat biji Panadol yang kedua-duanya ubat penahan sakit, serta dua botol minuman bersoda sebelum berlepas ke Denpasar. "Beliau (suspek) menafikan dia mabuk tetapi mengalami tekanan kerana masalah keluarga," kata Hery, sambil menambah bahawa polis masih menunggu keputusan ujian alkohol terhadap lelaki berkenaan. - Bernama




.

Ranger Hutan cedera diserang biawak Komodo


Ranger Hutan cedera diserang biawak Komodo | Renjer hutan, Tarzan yang diserang seekor biawak komodo di Pos Jagawana Loh Baru, selatan Pulau Rinca, dekat sini pada Ahad lalu tidak mati seperti laporan awal, sebaliknya hanya mengalami cedera parah. Nasib malang yang menimpa Tarzan itu berlaku ketika dia memberi makan rusa liar di Taman Nasional Komodo. Sementara itu, Tribun Bali yang menemui Tarzan di Hospital Sanglah, Bali Selasa lalu, melaporkan hasrat renjer hutan itu untuk meminta maaf kepada komodo berkenaan. "Jangan-jangan memang ada yang salah dengan diri saya sehingga komodo tersebut menerkam saya," katanya yang dipetik dalam laporan Tribun Bali.

Menurut Tarzan sejak kejadian itu kakinya sering berasa sakit dan sukar untuk tidur. Mengimbas kejadian itu Tarzan berkata, telah menjadi rutin bagi renjer yang bertugas di pos kawalan memberi rusa liar makan. "Seperti biasa, sebelum turun dari pos kawalan, kami akan melihat di dalam kolong, takut-takut ada komodo. Melihat tiada komodo, saya turun dan memberi rusa makan. "Tidak sampai 10 minit, rusa tersebut kelihatan takut lalu lari ke dalam hutan. Pada saat itu kaki saya disambar komodo. Dengan menggunakan baldi, saya memukul komodo itu. Setelah memukul dua kali di hidung, komodo melepaskan gigitan dan saya terus lari ke pos kawalan,'' katanya.

Tarzan kemudiannya dibawa ke Klinik Labuan Bajo untuk mendapatkan rawatan, sebelum dihantar ke Hospital Sanglah, Bali. Mengulas lanjut, Tarzan berkata, mungkin komodo tersebut sebenarnya ingin menerkam rusa. "Oleh kerana saya seperti menghalang komodo itu daripada menerkam rusa, maka saya yang kemudian menjadi sasaran. "Saya mungkin tidak akan bertugas di Pulau Rinca lagi. Tetapi saya akan datang ke sana dan mengucapkan permohonan maaf dari jauh di atas parahu," kata Tarzan. - AGENSI




.

[Gambar] Belut gergasi air tawar di Sungkai Mangkaladom, Kiulu


[Gambar] Belut gergasi air tawar di Sungkai Mangkaladom, Kiulu | Melihat belut hidup yang banyak dijual di pasar raya memang menggelikan. Namun, bagaimana pula jika melihat belut air tawar di Sungai Mangkaladom, di sini, yang kadang kala bersaiz gergasi sehingga boleh mencecah berat hampir 10 kilogram (kg). Namun, belut air tawar sebesar betis orang dewasa atau lebih dikenali sebagai sinsilog bagi masyarakat tempatan, dianggap hidupan sungai yang sangat istimewa selain memiliki 1,001 khasiat. Sekali pandang, bentuknya saling tak tumpah seperti ular sawa, tetapi ia ternyata tidak menggentarkan penduduk apabila sering menjadi buruan untuk dijadikan hidangan berkhasiat.


Sinsilog biasanya menghuni lubang batu di sepanjang sungai dan cara mengesan serta menangkap belut gergasi ini memerlukan pengalaman dan kemahiran khas kerana tubuhnya yang licin serta berlendir selain sifatnya agak agresif apabila diganggu. Penduduk kampung biasanya menggunakan sejenis panah bermata tajam yang diikat dengan tali tangsi sebelum menyelam di celah batu di dasar sungai bagi memburu haiwan ini. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!