Wednesday, April 30, 2014

[Gambar] Dia dilabel lelaki paling kotor di Eropah (dan kisah disebaliknya)



[Gambar] Dia dilabel lelaki paling kotor di Eropah | Lelaki tidak berumah ini dilabel “lelaki paling kotor di Eropah” kerana tidur dalam timbunan abu sampah yang panas. Ludvik Dolezal, 58 membakar apa saja yang dijumpai untuk dijadikan “tempat tidur selesa” sebelum merangkak ke atasnya untuk melelapkan mata. Dolezal yang dikenali oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu sebagai syaitan dalam kisah dongeng berkata: “Tahun lalu saya berhenti bekerja. Sejak itu saya tinggal di sini dengan unggun api. “Setiap malam saya baring di atas abu panas dalam baju dan menggunakan abu sebagai bahan memanaskan badan. Saya kelihatan teruk selepas itu. “Saya mempunyai pelbagai kelengkapan sebelum ini - jaket, but, tilam dan selimut. Namun, saya bakar semua untuk memastikan api tidak padam.

“Ramai orang membantu saya, kadang-kala mereka membawa sesuatu seperti tayar lama dan saya akan membakarnya.” Menurutnya, dia akan membiarkan api berterusan sepanjang hari sehinggalah dia masuk tidur pada jam 7.30 malam.“Kebanyakan benda yang dibakar adalah kayu dari semak berdekatan. “Ia harus kering untuk dibakar. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibakar, saya terpaksa menggunakan kapak dan meotong papan di sekeliling bangsal tempat saya berteduh,” katanya ketika ditemui.


Dolezal mengaku dia menghadapi kesukaran bernafas. Saya menghisap rokok setiap masa, saya menghabiskan sebungkus rokok sehari. Ia membantu saya. Saya bernafas lebih baik apabila menghisap rokok. Menurutnya, dia mendapat bantuan kira-kira RM444 daripada kerajaan Czech setiap bulan. Bagaimanapun, pegawai kerajaan tidak memberikan dia wang itu sekali gus kerana khuatir dia akan membakarnya. Sebaliknya, mereka memberi duit berkenaan kepada kedai yang dikunjungi Dolezal setiap hari untuk membeli makanan. - AFP




.

Pengajaran Berguna Selepas ditipu Dalam Urusan Tukar Beli Telefon Bimbit Dalam Talian (Online)


Pengajaran Berguna Selepas ditipu Dalam Urusan Tukar Beli Telefon Bimbit Dalam Talian (Online) | Seorang mahasiswi, Nur Syamimi Abd Shukor mendapat pengajaran berguna selepas ditipu dalam urusan tukar beli telefon bimbit Samsung Galaxy Note yang baru dipakainya selama seminggu kepada model terbaharu menerusi sebuah portal dalam talian. Nur Syamimi, 22, membeli telefon bimbit tersebut pada Januari tetapi menyedari ia telefon pintar palsu dari Korea Selatan. "Saya amat kecewa apabila jurujual menafikan dakwaan saya tetapi harapan kembali cerah selepas seorang lagi jurujual secara dalam talian yang mendakwa mengenali jurujual yang berurusan dengan saya sebelum ini sanggup menggantikan telefon bimbit itu.

"Dia berjanji menjual semula telefon bimbit tersebut untuk saya dan menggantikan ia dengan Samsung Galaxy Note II yang baharu dengan bayaran tambahan sebanyak RM500," katanya kepada pemberita di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini, Selasa. Nur Syamimi berkata jurujual kedua amat menyakinkannya. Jadi dia berhasrat membeli telefon pintar lain - model Lenovo S930 - untuk rakannya. "Saya mengirim telefon pintar Galaxy Note itu kepadanya dan memasukkan wang deposit RM500 selain RM880 untuk telefon bimbit Lenovo pada Februari. Namun selepas itu, dia enggan menjawab panggilan atau mesej yang saya hantar," katanya. Selepas kes itu didengar, Presiden TTPM, Bernard John Kanny mengarahkan jurujual terbabit untuk mengembalikan kesemua wang berjumlah RM2,100 termasuk telefon pintar Samsung Galaxy Note kepada Nur Syamimi dalam tempoh 14 hari. Jurujual tersebut tidak hadir semasa sesi pendengaran kes.

Dalam kes berasingan, TTPM menyerahkan semula wang sebanyak RM2,939 kepada L/Kpl Nurazyati Aini Aziz, 27, kerana menerima komputer riba rosak yang dibelinya dari sebuah kedai elektronik di Bukit Indah di sini, Julai tahun lalu. Kpl Nurazyati berkata, selepas beberapa minggu digunakan, komputer tersebut tidak boleh mewujudkan sambungan Internet secara konsisten. "Saya cuba menggunakan Internet tanpa wayar di beberapa lokasi termasuk capaian Internet berkelajuan tinggi, tetapi komputer tersebut akan menunjukkan sambungan 'terhad' selepas beberapa minit digunakan. "Selain dihantar untuk dibaiki sebanyak tiga kali pada Ogos dan September tahun lalu dan Januari tahun ini, masalah sama masih berlaku," katanya selepas selesai sesi pendengaran kes. -Mstar




.

Kejam! Pelajar sekolah agama mati ditumbuk rakan


Kejam! Pelajar sekolah agama mati ditumbuk rakan | Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi. Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka. "Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital. Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang. Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka. Beliau berkat,a rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya. - Bernama




.

Kalau sudah belum sampai ajalnya



Kalau sudah belum sampai ajalnya | SEORANG pemandu lori, Li Feng terselamat selepas tertusuk kayu dalam kemalangan di lebuh raya di bandar Kaifeng, wilayah Henan, China. Nasib menyebelahinya apabila kayu sepanjang 6 meter itu tidak terkena di hati dan jantungnya. Ketika kejadian lori dipandu Li, 40, dipercayai melanggar sebuah tiang lampu sebelum muatan kayu yang dibawanya itu menggelongsor sehingga menikam dadanya. Selepas dibedah, doktor Chung Peng mendapati, kayu itu hanya mengenai bahagian perut, limpa dan paru-paru kirinya sahaja. “Risiko ditanggung pesakit kini kemungkinan berlaku jangkitan berpunca daripada sisa dan serpihan kayu itu,” katanya di petik The Mirror News Sementara itu, jurucakap polis Li Wu berkata, kejadian itu berpunca daripada muatan lebihan yang dibawa menyebabkan lori tersebut tidak stabil. -AP




.

Pemain dram Scorpion hina Muslim dan lakukan perbuatan tidak senonoh di Dubai



Pemain dram Scorpion hina Muslim dan lakukan perbuatan tidak senonoh di Dubai | Pemain dram kumpulan Scorpions James Kottak dipenjara sebulan di Dubai kerana mabuk, menghina Muslim dan membuat isyarat lucah ke arah sekumpulan orang, selain membuka seluar di lapangan terbang. Pemuzik AS itu juga didapati bersalah menghina anggota polis tempatan. Kottak ditahan di lapangan terbang di Dubai pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Russia ke Bahrain untuk mengadakan konsert sempena pertandingan Formula 1.

Dia turut didenda Dh2,000 (RM1,780) kerana meminum arak. Kottak akan diusir dari negara itu sebaik saja selesai menjalani hukuman. Ketika perbicaraan Kottak mengaku mengambil arak tetapi menafikan dia membuat isyarat lucah serta berkelakuan tidak senonoh. Peguam belanya pula mendakwa, Kottak tidak bertindak keterlaluan, sebaliknya cuma mahu menunjukkan tatu di belakang tubuhnya. -AP




.

Ibu kejam, lahirkan anak dan cuba mengepam bayi itu dalam tandas



Ibu kejam, lahirkan anak dan cuba mengepam bayi itu dalam tandas | Seorang bayi baru lahir berjaya diselamatkan selepas ibu yang melahirkannya cuba mengepam bayi berkenaan ke dalam tandas. Wanita itu tidak menyedari dia mengandung dan pergi ke sebuah hospital di China kerana sakit perut. Dia melahirkan bayi berkenaan ketika berada di dalam tandas. Menurut Doktor Gao Yuwen yang sedang bertugas, dia terdengar seseorang menjerit di koridor hospital pada kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan).

“Saya meluru keluar dan melihat beberapa orang berkumpul di luar tandas. “Seorang wanita sibuk mengetuk pintu, meminta wanita di dalam tandas supaya membukanya. “Tidak lama kedengaran tangisan bayi menangis dari dalam tandas.” Selepas gagal memujuk wanita berkenaan membuka tandas itu, seorang pengawal keselamatan memecahkan pintunya. Gao memberitahu: “Saya nampak bayi itu menangis di dalam mangkuk tandas dengan tali pusat masih ‘terlekat’ pada ibunya sebelum saya menyelamatkannya.” Kedua-dua ibu dan anak berada dilaporkan baik - Agensi




.

Info : Syarat pelajar guna BB1M diperketat


Info : Syarat pelajar guna BB1M diperketat | Kelonggaran untuk mahasiswa menggunakan 20 peratus daripada nilai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku, dimansuhkan berkuat kuasa 1 Mei ini. Ia susulan garis panduan BB1M yang diperkemas dan diperketatkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan pemberiannya mencapai matlamat. Garis panduan itu juga dapat memudahkan pekedai buku dan mahasiswa serta diguna dengan sebaik-baiknya selaras dengan objektif insentif terbabit.


Perketat peraturan 

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian berkenaan turut memaklumkan, BB1M kini hanya boleh digunakan untuk pembelian buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah. Garis panduan yang diperkemaskan itu turut memperketatkan peraturan kepada pekedai buku. Mana-mana pekedai buku yang didapati bersalah menyalahgunakan BB1M akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan menyertai program BB1M selama tiga tahun berturut-turut. Ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada, iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalahgunakan BB1M. Adalah diharapkan tidak akan berlaku kekeliruan antara pekedai buku dan mahasiswa dalam pindaan garis panduan BB1M ini, katanya. Kementerian amat memandang serius sebarang penyalahgunaan BB1M dan menghargai aduan berkaitan perkara itu. Ringan beban pelajar

Maklumat lanjut mengenai pindaan garis panduan terbabit boleh didapati melalui portal rasmi kementerian di www.moe.gov.my, manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Urus Setia BB1M melalui e-mel, bb1m@moe.gov.my. Kerajaan memperkenalkan BB1M sejak 2012 yang setakat ini dimanfaatkan oleh lebih 3.9 juta mahasiswa prauniversiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peruntukan RM890 juta. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan insentif itu untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi tahun 2014, peruntukan sejumlah RM325 juta telah diluluskan oleh kerajaan untuk menjayakan pemberian BB1M kepada 1.3 juta mahasiswa.-BH




.

Bakal menantu yang mengaku bergelar Datuk dicari kerana menipu bakal mentua malah melarikan tunangnya



Bakal menantu yang mengaku bergelar Datuk dicari kerana menipu bakal mentua malah melarikan tunangnya | Seorang lelaki yang mengaku dirinya bergelar Datuk bukan saja menipu bakal mentuanya sehingga kerugian ribuan ringgit, malah sanggup melarikan anak gadis pasangan terbabit yang juga tunangnya selepas tembelangnya diketahui mangsa. Lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun didakwa melarikan tunangnya, Fatin Nursyamimi, 19, sejak 13 Mac lalu serta menipu keluarga gadis berkenaan menyebabkan kerugian RM4,000, gagal dikesan hingga kini. Difahamkan lelaki berkenaan sering menipu orang ramai sejak 2009 membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, malah pernah menghadapi 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 2011.

Malah, identiti lelaki berkenaan dipaparkan sebagai pesalah rasuah dalam laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain beberapa penipuannya turut didedahkan dalam laman blog sejak Februari lalu.Mangsa, Ramlan Abu Hassan, 45, dari Kampung Kempadang, di sini, berkata, keluarganya bukan saja kerugian wang tunai akibat diperdaya lelaki berkenaan, malah lebih malang anak gadisnya turut dilarikan.-HM





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!