Thursday, May 1, 2014

[Gambar] Ada yang tak kena pada seorang pemain Arsenal ini..



[Gambar] Ada yang tak kena pada seorang pemain Arsenal ini.. | APAKAH sebenarnya yang bermain di naluri bekas pemain Arsenal, Gervinho? Selain gaya rambut yang pelik, pemain sayap Roma itu juga ada kalanya dilihat cuba membawa dirinya sebagai wanita. Terbaharu, Gervinho dikesan memakai kasut wanita ketika menghadiri jamuan makan malam di Itali.


Berdasarkan gambar itu, persoalan yang pernah timbul berhubung naluri 'wanita' pemain itu kembali hangat diperkatakan. Bagaimanapun, banyak pihak yang beranggapan bahawa Gervinho hanya cuba membawa kelainan dalam pemakaian. Pemakaian dan gaya rambut pemain bola sepak antara yang sering ditiru masyarakat dunia termasuk gaya bekas bintang Real Madrid, David Bekham. -AP




.

Ketahui bagaimana Brunei melaksanakan hukum hudud


Ketahui bagaimana Brunei melaksanakan hukum hudud | Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu. Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. “Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun. “Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya. -SH



.

[Gambar] Akibat terlalu banyak pembedahan plastik.. Sebelum dan selepas..



[Gambar] Akibat terlalu banyak pembedahan plastik.. Sebelum dan selepas.. | Seorang bintang filem porno Jepun yang melakukan terlampau banyak pembedahan plastik akhirnya kelihatan seperti Dobby, orang bunian (elf) dalam filem Harry Potter. Rina Nanase bagaimanapun berkata, mereka yang menggelarnya Dobby mencemburui hasil pembedahan itu. Pelakon berusia 25 tahun ini menggunakan nama samaran Rumi Kanda dalam rakaman video lucahnya, tidak berahsia dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan mengubah bentuk wajahnya. Rina melakukan beberapa pembedahan pada mata, hidung dan dagu.


Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya. Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.


Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya. “Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina. Gambar disiar ini menyebabkan dia digelar Dobby. Bagaimanapun, terdapat beberapa komen positif mengenai wajah terbarunya itu dalam laman media sosial. Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok. Sebelum pembedahan rupanya lebih baik.” Peminat lain pula menulis: “Dia mempunyai masalah pemakanan.”-AP




.

Lelaki mati direjam kerana dikatakan mengamalkan sihir



Lelaki mati direjam kerana dikatakan mengamalkan sihir | Seorang lelaki dipukul dan direjam sehingga mati oleh kira-kira 600 penduduk selepas mereka menuduhnya mengamalkan sihir. Penduduk kampung menuduh Pov Sovann, 36 membunuh beberapa warga tua selama dua tahun melalui sihir, lapor polis. Dia mati dalam serangan selama enam jam. Mulanya, kira-kira 200 orang terlibat dalam serangan di kampung di dareah Bati di wilayah Takeo, selatan Kemboja, sebelum beratus-ratus lagi penduduk menyertai serangan itu. Polis berkata mereka tidak mampu menghentikan serangan itu, lapor akhbar Cambodia Daily.

Polis percaya kematian seorang wanita tua berusia 54 tahun mencetuskan serangan itu. Jurucakap polis daerah Bati, Khut Lo berkata, “Orang saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu ramai penduduk yang bersenjatakan batu dan mereka bertindak ganas.” Ketua polis daerah, Ngann Sary pula berkata, “Kumpulan itu memaksa ambulans beredar.” Menurutnya, penduduk percaya seramai tujuh orang, warga tua, mati tiba-tiba sepanjang dua tahun lalu. Mereka kemudian menyalahkan Sovan, yang mengamalkan perubatan tradisional selama beberapa tahun. - Agensi





.

Pelakon Filem Terbaru Star Wars Episod VII Yang Akan di Tayangkan Di Pawagam Pada 18 Disember 2015 Kini Didedahkan



Pelakon Filem Terbaru Star Wars Episod VII Yang Akan di Tayangkan Di Pawagam Pada 18 Disember 2015 Kini Didedahkan | SELEPAS berbulan-bulan menjadi bahan spekulasi akhirnya barisan pelakon-pelakon filem Star Wars Episod VII diumumkan oleh penerbit filem francais tersebut Walt Disney dan Lucasfilm yang antara lain turut menyaksikan hero dan heroin asal seperti Harrison Ford (Han Solo), Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2) kembali untuk membawa watak masing-masing. Ia adalah berita yang sudah pastinya akan mengembirakan para peminat setia filem ini yang sememangnya mahukan pelakon-pelakon asal kembali dalam episod VII ini. Laman web rasmi Star Wars turut mengumumkan senarai beberapa pelakon baru seperti John Boyega, Daisy Ridley, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson dan Max von Sydow. Filem terbaru ini akan diarahkan oleh JJ Abrams dan dijadual untuk ditayangkan di pawagam mulai 18 Disember 2015.

Pihak penerbit turut mengeluarkan sekeping foto yang menunjukkan JJ Abrams sedang duduk berbincang dengan barisan pelakon-pelakonnya termasuklah Ford, Fisher, Hamill, Anthony Daniels, Peter Mayhew dan ramai lagi. Ini adalah filem pertama Star Wars selepas Disney mengambil alih kesemua kepentingan francais daripada George Lucas dan berjanji akan menerbitkan episod baru setiap dua tahun mulai 2015. Ketika filem pertama Star Wars muncul di pawagam pada 1977, hampir kesemua pelakon utamanya berusia dalam lingkungan 20an dan 30an tetapi kini Harrison Ford sudah pun berusia 71 tahun, Mark Hamill, 62, dan Carrie Fisher, 57 dan Peter Mayhew, 69. Dengan pemilihan para pelakon selesai, pengambaran akan bermula Mei ini dengan plot cerita bermula 30 tahun selepas Return of the Jedi yang diterbitkan pada 1983.

Ia adalah filem terakhir Star Wars (iaitu episod VI) sebelum kisah ini kembali ke belakang dalam bentuk prekuel dengan Episod I, II dan III. Tidak sepertimana filem-filem yang lain, filem Star Wars bermula dengan Episod IV terlebih dahulu iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah filem moden Hollywood. Ia kemudian diikuti oleh Episod V dan VI. Selepas terhenti selama berbelas tahun, Lucas kemudiannya memulakan pengambaran untuk Episod I, II dan III yang menceritakan bagaimana guru Luke Skywalker iaitu Obi Wan Kenobi melatih bapanya Anakin daripada seorang padawan menjadi Jedi sepenuhnya sebelum Anakin mentransformasikan dirinya menjadi Darth Vader dan mengkhianati perjuangan pahlawan-pahlawan Jedi sebagai pelindung cakrawala dan berguru dengan ilmu hitam dalam Episod III.

Episod tersebut berakhir dengan Obi Wan membawa Luke yang masih bayi secara diam-diam ke planet asal keluarganya untuk dipelihara oleh pakciknya tanpa diketahui dan disedari oleh Anakin yang telah bertukar menjadi Darth Vader sepenuhnya. Natalie Portman, Liam Neeson dan Ewan McGregor merupakan bintang-bintang utama dalam filem prekuel Star Wars, Episod I:The Phantom Menace (1999) manakala Hayden Christensen kemudiannya menyertai filem ini sebagai Anakin Skywalker dalam Episod II:Attack Of The Clones (2002) dan Episod III: Revenge Of The Sith (2005).

Jalan cerita Episod VII kini ditulis oleh penulis skrip asal Star Wars iaitu Lawrence Kasdan dan JJ Abrams sendiri hasil daripada draf awal yang disediakan oleh penulis skrip muda yang sedang mencipta nama sekarang Michael Arndt. Kasdan sebelum ini menulis jalan cerita Episod V: The Empire Strikes Back dan Episod VI:Return Of The Jedi. Sebahagian besar pengambaran akan dilakukan di Pinewood Studio, London. George Lucas iaitu pencipta cerita asal Star Wars masih memainkan peranan utama sebagai pakar runding dalam projek terbaru ini. Plot cerita masih dirahsiakan tetapi adalah dijangkakan yang beberapa lagi pengumuman penting akan dibuat menjelang 4 Mei ini yang dikenali oleh para peminat cerita ini di seluruh dunia sebagai 'Hari Star Wars'. -AP





.

Inilah pesawat pertama mendarat di KLIA2


Inilah pesawat pertama mendarat di KLIA2 | Malindo Air hari ini mengumumkan penerbangan OD1027 dari Kota Kinabalu akan menjadi yang pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas tengah malam. Penerbangan itu dijadualkan mendarat pada 12:05 pagi di landasan terminal klia2 yang akan menjadi hari bersejarah bagi Malindo Air dan industri penerbangan Malaysia. "Kami sangat gembira tentang penerbangan pertama ini kerana kami telah bekerjasama rapat dengan Malaysia Airports Holdings Bhd dan Kementerian Pengangkutan untuk menyaksikan pendaratan itu sebagai hasil kejayaan usaha keras mereka. "Kemudahan di klia2 dibina dengan amat baik sekali dan setanding dengan standard bertaraf dunia dan akan menyediakan pengalaman lapangan terbang yang mengujakan kepada penumpang kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pembukaan klia2 melengkapkan kempen Melawat Malaysia tahun ini dan menambah bahawa perjalanan tambang rendah dengan nilai tokokan merupakan satu trend pada hari ini. "Ia permulaan yang baik bagi klia2, industri pelancongan dan syarikat penerbangan seperti Malindo Air," kata Chandran. Syarikat penerbangan hibrid itu, yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, menawarkan tambang murah dengan tokokan nilai dan mempunyai rangkaian perkhidmatan penumpang berjadual di Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan India. - Bernama




.

Tragedi!! Lelaki hilang akal kerana cinta ditolak


Tragedi!! Lelaki hilang akal kerana cinta ditolak | Akibat cintanya ditolak, seorang lelaki hilang akal sehingga tergamak menikam kenalan wanitanya sehingga mati sebelum nekad membunuh diri beberapa jam kemudian dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Kelana Jaya. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek ditemui mati oleh sepasukan polis yang mencarinya susulan penemuan mayat seorang wanita dikenali sebagai Salmah Lok, 43 tahun di sebuah rumah di Jalan 9A/12, Sungei Way beberapa jam sebelum itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit ditemui mati oleh orang awam yang segera menghubungi polis kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Sabah ditikam beberapa kali di bahagian perut menggunakan sebilah gunting," katanya di sini.Menurutnya polis kemudian memperoleh maklumat mengenai suspek hasil temubual dengan beberapa saksi kejadian dan rakan mangsa. "Bagaimanapun sebaik tiba di alamat suspek, mayatnya ditemui di bumbung stor flat berkenaan setelah dipercayai terjun dari tingkat 11," katanya. Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Kematian Mengejut (SDR). -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!