Friday, May 2, 2014

MENANTU DATIN IZZAH - ALINA HAIZAR




MENANTU DATIN IZZAH - ALINA HAIZAR | Serius, novel yang satu ni memang menarik untuk dijadikan koleksi.. Pada mulanya, Datin Izzah yang terdesak meminta pertolongan daripada Ain Safiah untuk menjaga nenek dan Aiman Sabri, kerana terpaksa keluar negara diatas sebab yang tidak dapat dielakkan menjadikan Ain Safiah 'pembantu rumah' yang dilihat sungguh cekap melakukan kerjanya. Kerja yang sementara, menjadi berlarutan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam untuk anak-anak Datin Izzah.

Aiman Sabri memang sangat sayangkan Ain Safiah. Begitu juga Aqeem Amiruddin yang sudah bertunang. Bagi Aqram Faiz pula, walaupun dia anak bongsu, lebih muda dan masih belajar, dia tanpa segan silu menyatakan hasrat menjadikan Ain Safiah pasangan hidupnya. Bagaimana pula dengan anak sulung, Amar Haziq yang mempunyai cita-cita tinggi, memang langsung takkan pandang Ain Safiah. Namun kehadiran dan karenah Ain Safiah menjadikan Amar Haziq benar-benar tidak keruan. Sekembalinya Datin Izzah, dia nekad menjadikan Ain Safiah menantunya, tidak kira jadi isteri untuk anaknya yang mana satu. Namun dihari mereka merisik ke rumah keluarga Ain Safiah, mereka mendapat satu kejutan besar yang tidak disangka.

Siapakah yang bakal menjadi suami Ain Safiah? Dan tercapaikah impian Datin Izzah untuk menjadikan Ain Safiah menantunya?


'Adakah sudah terlambat
untuk kau tahu yang aku
sebenarnya mencintaimu?' 




Tajuk : Menantu Datin Izzah
Penulis : Alina Haizar
Halaman : 818 muka surat
Harga : RM32/RM29




P/S - Fully recommended By Lulu Caldina




.


Masalah serius kepada kesihatan dan perubatan manusia



Masalah serius kepada kesihatan dan perubatan manusia | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa antibiotik semakin hilang keupayaan untuk melawan jangkitan penyakit. Keadaan ini yang mungkin menyebabkan masalah kebal ubat yang lebih serius dalam tempoh terdekat. “Masalahnya begitu serius hinggakan ia mengancam pencapaian dalam perubatan moden," kata WHO dalam satu laporan yang diterbitkan Rabu lalu. Menurut laporan itu, jika perkembangan sekarang berterusan, jangkitan kecil yang dirawat kini mungkin tidak boleh diubati dan menyebabkan kematian.


Ancaman serius 

“Tanpa tindakan bersepadu oleh pelbagai pihak dalam kadar segera, dunia sedang menuju ke ancaman antibiotik, apabila jangkitan biasa dan kecederaan kecil yang boleh dirawat sejak beberapa dekad lalu menjadi masalah kesihatan yang boleh membunuh," kata Penolong Ketua Pengarah Kesihatan Keselamatan WHO Keiji Fukuda.

Inilah sebabnya novel 'Perempuan Nan Bercinta' diharamkan oleh KDN



Inilah sebabnya novel 'Perempuan Nan Bercinta' diharamkan oleh KDN | Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan novel 'Perempuan Nan Bercinta' karya Faisal Tehrani kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam. KDN menyatakan Perintah Larangan itu berkuat kuasa pada 9 April lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam adalah dilarang secara mutlak di seluruh negara. KDN mengeluarkan perintah larangan terhadap novel itu kerana ia mengandungi unsur mempertikai dan memperlekeh hadis diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang seolah-olah mendiskriminasi wanita, selain ia mendewakan Ahlul Bayt secara berlebihan.

Novel itu juga menafikan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab yang diterima selain mengandungi unsur seolah-olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab. Menurut KDN, keputusan itu dibuat bagi menghalang cubaan menyuntik propaganda Syiah menerusi karya kreatif yag mungkin disasarkan kepada golongan akademik dan remaja. "Ia juga mungkin boleh mendatangkan implikasi negatif dengan mengelirukan pegangan syariat Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) umat Islam di negara ini dan memberi implikasi serius dari sudut keselamatan dan sosial masyarakat Islam di Malaysia. "Pertembungan dua aliran antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah juga dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan umat Islam," kata KDN dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut KDN, larangan penerbitan itu adalah bertepatan dengan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 5 Mei 1996, yang antara lain memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Sehubungan itu, sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. Novel berkenaan diterbitkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Bhd serta dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Bhd. -Mstar



.

Kejam!! Biar anak mati kebuluran kerana nak jual organ anak itu



Kejam!! Biar anak mati kebuluran kerana nak jual organ anak itu | Pasangan suami isteri yang dituduh membiarkan anak angkat mereka kebuluran sehingga mati semalam merayu atas sabitan cuai dikenakan, kata sumber mahkamah. Matthew dan Grace Huang hadir di mahkamah dan sumber berkata, pendakwa hanya dimaklumkan mengenai hukuman penjara tiga tahun itu pada 27 Mac lalu. Menurutnya, prosiding diadakan semalam hanyalah untuk formaliti. Pasangan suami isteri keturunan Asia itu ditahan pada Januari 2013 selepas anak perempuan mereka, Gloria, 8, meninggal dunia. Gloria yang diambil daripada keluarga asalnya di Ghana didakwa mati akibat masalah pemakanan yang dialami sejak bayi.

Bagaimanapun penyiasat mendapati kanak-kanak malang berkenaan sengaja dibiarkan mati bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit menjual organnya. Mereka dibebaskan November tahun lalu sementara siasatan dijalankan tetapi dihalang meninggalkan Qatar. Terdahulu pendakwa memohon mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas kedua-dua tertuduh. Mereka juga didenda RM12,300 setiap seorang dan akan diusir sebaik saja menamatkan hukuman. - Agensi




.

Gadis 22 Tahun Maut Akibat Letupan Bom Keretapi



Gadis 22 Tahun Maut Akibat Letupan Bom Keretapi  | Seorang gadis maut selepas dua biji bom yang diletakkan di atas sebuah keretapi di sini meletup pada Rabu. Selain mangsa berusia 22 tahun itu, dua lagi cedera parah manakala tujuh penumpang lain mengalami kecederaan ringan. Ketika Kejadian keretapi dari Banglore dalam perjalanan lewat malam ke Chennai. Kejadian tersebut dipercayai berkaitan dengan pilihan raya umum di negara itu. "Sekurang-kurangnya dua penumpang mengalami kecederaan parah manakala tujuh cedera ringan dalam letupan ini," kata pengawai kanan stesen keretapi tersebut kepada pemberita. -AP




.

Terkini!! Hubungan pelakon Diana Danielle dengan ibunya


Terkini!! Hubungan pelakon Diana Danielle dengan ibunya | Pelakon jelita, Diana Danielle dilaporkan sudah berbaik semula dengan ibunya, Norsiah Ramli yang sebelum ini hubungan mereka dikatakan keruh akibat krisis yang turut melibatkan suaminya, Farid Kamil. Desas-desus mengatakan hubungan anak-beranak ini sudah kembali jernih apabila dilihat ibu kepada aktres jelita ini memuat naik sekeping gambar di laman sosial Facebooknya baru-baru ini. Gambar tersebut melihatkan anaknya, Diana yang manis mengenakan tudung bersama-sama penyanyi manis yang sudah berhijrah, Mizz Nina yang berada di majlis Tahlil untuk Allahyarham Jeremy Little yang meninggal dunia baru-baru ini.

Norsiah turut menyelitkan nota yang berbunyi "Kakak bersama Mizz Nina di rumah Mummy. Tahlil untuk arwah Jeremy yang diadakan semalam. Al-Fatihah", jelas memaparkan hubungan mereka yang kembali pulih. Terdahulu, krisis keluarga ini bermula apabila Farid telah mengeluarkan beberapa status di laman Twitternya yang berbunyi sinis seolah-olah ditujukan kepada Norsiah di mana Farid telah menyatakan yang dia sudah 4 tahun bersabar dengan kerenah ibu mertuanya itu.

Selain itu, Farid turut melarang Norsiah daripada bertemu Diana dan cahaya matanya dan turut meletakkan syarat supaya Norsiah berjumpanya terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan mereka berdua. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga hubungan mereka kembali pulih seperti biasa dan melupakan sengketa lama demi keharmonian dan kebahagian dapat dikecapi oleh keluarga ini di dunia mahu pun di akhirat.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!