Saturday, May 3, 2014

Single pertama Michael Jackson selepas mati dilancarkan



Single pertama Michael Jackson selepas mati dilancarkan | Single pertama dari album penyanyi Michael Jackson selepas kematiannya dilancarkan di majlis Anugerah Muzik iHeartRadio semalam, lebih awal daripada penerbitan rekod itu yang dijadual hujung bulan ini. “Love Never Felt So Good“ yang ditulis dan dirakam oleh Jackson pada 1983, adalah single pertama dalam album ‘Xscape’ yang diterbitkan pada 13 Mei oleh Epic Records dengan kerjasama estet penyanyi itu. Lagu berkenaan boleh dibeli mulai semalam. Album itu menampilkan lapan lagu yang dirakam antara 1983 dan 1999. Sehubungan itu, penyanyi Justin Timberlake mendedahkan dia turut menyanyi dalam “Love Never Felt So Good“ menerusi Instagram semalam.

Sementara itu, Usher menyanyikan lagu itu di majlis Anugerah Muzik iHeartRadio Music Awards di Auditorium Shrine, Los Angeles, semalam. Jackson dikenali sebagai Raja Pop dan antara artis yang sangat berpengaruh dalam industri muzik, rekodnya terjual di seluruh dunia sebanyak 1 bilion. Dia mati pada 2009 ketika berusia 50 tahun di Los Angeles kerana pengambilan dadah jenis anestetik propofol. Dadah itu diberi oleh doktor peribadinya semasa berlatih untuk 50 siri konsert kemunculan semulanya di London. - Reuters




.

Rakaman video telefon bimbit pelajar merupakan detik akhir sebelum feri karam


Rakaman video telefon bimbit pelajar merupakan detik akhir sebelum feri karam  | Satu rakaman video telefon bimbit pelajar yang menaiki feri Korea Selatan sejurus sebelum ia karam dan tenggelam menunjukkan mereka ketawa dan masih berjenaka mengenai ‘Titanic’ ketika feri terbabit mulai senget. Lebih menyayat hati apabila mengetahui bahawa video terbabit dirakamkan seorang pelajar berusia 17 tahun yang mayatnya kemudian ditemui dalam feri yang tenggelam itu bersama telefon bimbitnya. “Hei, selamatkan saya,” gurau seorang pelajar lelaki manakala yang lain mencadangkan pastinya seronok jika video itu dapat diletakkan di Facebook kemudian. “Ia seperti Titanic,” kata yang lain ketika Sewol yang seberat 6,825 tan mulai senget ke satu bahagian.-AP




.

Pengurus baru Manchester United selepas David Moyes


Pengurus baru Manchester United selepas David Moyes | JURULATIH Belanda Louis van Gaal bakal diumumkan sebagai pengurus Manchester United baru, minggu depan. Pengumuman itu dijangka dibuat selepas perlawanan terakhir United menentang Hull City di Old Trafford, minggu depan. Val Gaal, 62, akan mengambil alih selepas kempen Piala Dunia Belanda berakhir di Brazil, Julai ini. United kini di bawah pengurusan Ryan Giggs yang dilantik pengendali sementara selepas David Moyes dipecat.

Giggs dibantu jurulatih lain seperti Paul Scholes, Nicky Butt dan Phil Neville. Namun, van Gaal mungkin akan membawa pasukan jurulatihnya sendiri ke Old Trafford termasuk pembantu jurulatih Belanda Patrick Kluivert, jurulatih penjaga gol Frans Hoek, fisioterapis Jos van Dijk dan penganalisis video Max Reckers. - DM




.

Gambar perkahwinan Pelakon Popular Filipina, Jericho Rosales dan Kim Jones



Gambar perkahwinan Pelakon Popular Filipina, Jericho Rosales dan Kim Jones | Aktor popular Filipina, Jericho Rosales selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, blogger, model dan pengacara TV terkenal, Kim Jones, kelmarin. Majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu berlangsung pada jam 4 petang di Hotel Shang Ri La, Pulau Boracay, Filipina. Jika Jericho, 34, segak dengan sut rona pastel, Kim, 26, pula tampil menawan dengan gaun warna putih pada majlis bertemakan perkahwinan di tepi pantai yang menjadi impian pasangan kekasih berkenaan.


Dalam pertemuan eksklusif bersama wakil Rap ketika penggambaran drama bersiri Kusinero Cinta di Melbourne baru-baru ini, pemilik nama sebenar, Jericho Vibar Rosales mengakui hatinya terbuka untuk bercinta semula selepas bertemu dengan Kim pada 2011. “Kami diperkenalkan seorang rakan dalam satu majlis. Hanya dua bulan selepas pertemuan itu barulah Kim menghantar Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk bertanya khabar.-AP





.

[Gambar] Lelaki lepaskan geram tendang dan pecahkan pintu kaca ATM kerana terperangkap didalam selama 10 minit


[Gambar] Lelaki lepaskan geram tendang dan pecahkan pintu kaca ATM kerana terperangkap didalam selama 10 minit | Seorang lelaki yang panik selepas terperangkap dalam bilik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melepaskan geram dengan menendang dan memecahkan pintu kaca bilik berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di Tanjung Bungah di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, lelaki berkenaan masuk ke bilik ATM terbabit untuk mengeluarkan wang namun tidak menyedari pintu kaca permis itu mengalami masalah teknikal. Dia kemudian cuba mengeluarkan wang namun mesin ATM tidak berfungsi. Lelaki itu kemudian cuba keluar dari bilik ATM itu bagaimanapun pintu terbabit tertutup secara automatik.

Akhirnya pintu bilik ATM berjaya dibuka selepas beberapa kali ditolak. Dia yang berang mengambil tindakan menendang dan menolak pintu kaca berkenaan hingga pecah sebelum beredar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan terperangkap dalam bilik ATM itu kira-kira 10 minit. Menurutnya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan lelaki terbabit memecahkan pintu kaca premis itu kerana mahu keluar selepas terperangkap.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!