Sunday, May 4, 2014

Kejam!! Satu insiden menakutkan di Amerika, remaja 14 tahun maut berebut teman lelaki



Kejam!! Satu insiden menakutkan di Amerika, remaja 14 tahun maut berebut teman lelaki  | Dalam satu insiden menakutkan di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan 14 tahun menembak mati remaja perempuan sebaya akibat pergaduhan bermula daripada Facebook untuk merebut seorang remaja lelaki. Pertikaian antara dua remaja perempuan dalam Facebook itu adalah berkaitan seorang remaja lelaki. Ia berakhir apabila seorang daripada mereka menembak pesaingnya di tempat letak kereta di selatan Chicago, menurut polis.

Endia Martin ditembak mati ketika pergaduhan yang berlaku selepas waktu sekolah di luar rumahnya, menurut Chicago Tribune. Seorang pelajar yang didakwa dalam kes pembunuhan Endia hadir di mahkamah juvana kelmarin. “Saya akan mengenakan seseorang,”menurut kiriman Twitter remaja wanita yang didakwa sebelum pertembungan yang mengorbankan mangsa pada Isnin lalu. -AP

Luahan hati seorang mualaf yang menghadapi pelbagai dugaan hidup dengan sabar



Luahan hati seorang mualaf yang menghadapi pelbagai dugaan hidup dengan sabar | Nur yang dapat dilihatnya mungkin tidak menjanjikan kebahagiaan dengan mata kasar selepas bukan saja meninggalkan kehidupan mewah malah terpaksa hidup sebatang kara akibat dibuang keluarga hingga terpaksa menjalani kehidupan umpama pelarian dan hidup bergelandangan. Selepas mengucap dua kalimah syahadah sejak setahun lalu, Syed Mohd Asri Abdullah, 25, terpaksa ‘berperang’ dengan kemahuan diri dan tuntutan agama menyebabkan kehidupannya kini terumbang-ambing selepas meninggalkan pekerjaan lamanya sebagai penarik kereta di utara Semenanjung.

Walaupun mendapat pembelaan kerana ditempatkan di rumah Baitulmal milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bandar raya ini, dia sekali lagi diuji selepas mendakwa diusir penghuni lain gara-gara tindakannya enggan bersekongkol dengan mereka yang masih mengamalkan cara hidup lama yang meminum arak.

Menurutnya, selepas diusir, dia cuba mencari pekerjaan dan berteduh sementara di sebuah masjid di Seksyen 19, di sini, namun selepas beberapa hari bermalam, di situ, beberapa lelaki yang mendakwa pengurusan masjid mula memberi kata dua kepadanya agar tidak terus bermalam rumah Allah itu.“Saya faham dengan situasi mereka mungkin kehadiran saya dengan imej yang sebegini kurang disenangi. Saya tidak menyalahkan sesiapa lagipun mungkin ini sudah takdir saya, pasti ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya. -Metro




.

Lelaki yang dianggap menjadi pelindung, rupa-rupanya bakal membawa detik hitam bagi seorang isteri..


Lelaki yang dianggap menjadi pelindung, rupa-rupanya bakal membawa detik hitam bagi seorang isteri.. | Pada mulanya dia menyangka kehadiran seorang lelaki dalam hidup mampu menjadi pelindung, namun sebaliknya perkahwinan dengan duda berkenaan akhirnya menjadi detik hitam apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV. Sejak itu, hidup Aisyah (bukan nama sebenar), 46, bagai tenggelam punca kerana lelaki yang menjadi harapan untuk tempatnya berlindung sebenarnya pembawa virus HIV dan penyakit berkenaan dirahsiakan sehinggalah dia dijangkiti.

“Dia yang menggelarkan dirinya sebagai penyelamat keluarga saya, tetapi merahsiakan status dirinya sebagai pembawa virus HIV. “Saya hanya menyedari dijangkiti virus berkenaan kira-kira dua bulan sebelum dia meninggal dunia. “Kini saya nekad meneruskan kehidupan demi masa depan anak perempuan saya berusia 14 tahun hasil perkahwinan pertama saya sebelum ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.-HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!