Monday, May 5, 2014

Penemuan Mayat Bayi Lelaki Dalam Beg Tepi Tali Air Di Kota Baharu


Penemuan Mayat Bayi Lelaki Dalam Beg Tepi Tali Air Di Kota Baharu  | Mayat bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan bernyawa dan cukup sifat ditemui dalam beg kain di tepi tali air di Jalan Dusun Muda di sini, petang Ahad. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. "Hasil bedah siasat mendapati bayi yang dibalut dengan tuala itu dilahirkan secara normal dan dalam keadaan bernyawa sebelum ditemui mati. "Terdapat penerimaan susu dalam badan bayi. Paru-parunya kembang serta saluran darah dari tali pusatnya tertutup menunjukkan bayi itu dilahirkan dalam keadaan bernyawa.

 "Bagaimanapun terdapat kesan kecederaan dengan sedikit pendarahan pada bahagian belakang kepala bayi itu yang berkemungkinan berlaku akibat bayi itu dilahirkan dalam keadaan ibunya berdiri atau kerana bayi itu dicampak ke tali air," katanya. Azham berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat. Beberapa orang penduduk mendakwa melihat seorang wanita yang mencurigakan sebelum itu. "Kami nampak seorang wanita berjubah yang berjalan kaki dalam keadaan perlahan dan dilihat memeluk sesuatu di tepi tali air sebelum kami dikejutkan dengan penemuan bayi berkenaan," kata mereka. -Mstar




.

Seniman Negara Datuk Aziz Sattar dikejarkan ke Hospital Kajang


  
Seniman Negara Datuk Aziz Sattar dikejarkan ke Hospital Kajang | Seniman negara Datuk Aziz Sattar, 89, yang dikejarkan ke Hospital Kajang, jam 10 malam semalam akibat sakit jantung, berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. Perkara ini disahkan oleh anaknya Sandakiah, 44. Menurutnya, keadaan bapanya stabil tetapi doktor masih mahu menahannya untuk beberapa hari lagi bagi memastikan beliau benar-benar sembuh. Katanya, ayahnya berada dalam keadaan sedar dan mampu bercakap tetapi berada dalam keadaan lemah. -Metro




.

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cipta sejarah dalam jenayah di Britain


Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cipta sejarah dalam jenayah di Britain | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi rakyat Britain paling muda dalam sejarah jenayah negara itu apabila didakwa membunuh dalam masa terdekat. Remaja yang identitinya dirahsiakan atas alasan undang-undang itu didakwa kerana memecah masuk ke kediaman Mark Thomas dan menyebabkan kematian lelaki berusia 39 tahun itu. Kanak-kanak itu kini masih ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Wimbledon. Pasukan polis menemui mayat Thomas dengan kesan kecederaan serius akibat ditikam pada paru-paru di kediamannya di Roehampton, barat laut London pada 22 April lalu.

Susulan kejadian itu, remaja berusia 15 tahun telah didakwa, manakala seorang lagi rakannya berusia 17 tahun dibebaskan atas jaminan selepas ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian sama, Ketua Detektif Jenayah Berat Scotland Yard, Charlie King, berkata masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan berhubung kejadian itu dan pihaknya masih menyiasat pelbagai kemungkinan yang mendorong kejadian itu berlaku. "Penduduk setempat turut membantu polis dengan memberi maklumat mengenai individu yang dilihat berada di sekitar kawasan kejadian. "Bagaimanapun, bagi sesiapa yang mempunyai maklumat yang lebih terperinci dan kukuh diminta segera hubungi kami," katanya. -AP




.

Mahkamah jatuhkan hukuman rejam keatas seorang pembantu rumah yang berzina


Mahkamah jatuhkan hukuman rejam keatas seorang pembantu rumah yang berzina  | Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman rejam sampai mati ke atas seorang pembantu rumah warga Asia selepas dia didapati bersalah berzina. Pembantu rumah berkenaan yang sudah berkahwin sebelum ini dikejarkan ke hospital apabila dia mengadu mengalami sakit perut. Ujian mendapati dia hamil selepas tidur dengan lelaki lain. Menurut laporan akhbar semalam, pembantu rumah berkenaan mengaku bersalah kerana perbuatan zina dan hakim mengenakan hukuman yang setimpal berdasarkan pengakuannya, selaras dengan undang-undang Islam. Ini kali pertama selepas beberapa tahun seseorang dikenakan hukuman rejam sehingga mati dalam kes sedemikian di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Bagaimanapun, jurucakap mahkamah berkata, pembantu rumah berkenaan boleh mengemukakan rayuan. - Agensi




.

[Gambar] Penemuan mengejutkan, jerung zaman purba di Florida



[Gambar] Penemuan mengejutkan, jerung zaman purba di Florida | NELAYAN di Teluk Mexico terkejut apabila pukatnya bukan saja penuh dengan hasil tangkapan udang, malahan turut memerangkap seekor jerung yang dikenali sebagai goblin shark kerana rupanya yang buruk. Dianggarkan sepanjang enam meter itu, spesis yang jarang ditemui sejak lebih 10 tahun lalu itu terperangkap dalam pukat udang di perairan barat Florida, Amerika Syarikat. Berwarna merah jambu gelap, nelayan itu terkejut apabila pukat udangnya turut diselit dengan jerung zaman purba itu. "Ia memiliki paruh panjang dengan gigi yang tajam, bagaikan fosil hidup. "Saya tidak tahu apakah ia terutama apabila melihat rupa dan giginya," kata nelayan, Carl Moore.


Bagaimanapun, saintis kecewa apabila Moore melepaskan jerung berkenaan selepas merakamkan gambarkan. Berdasarkan gambar itu, saintis berpendapat ia spesis jerung betina yang hidup di laut dalam dan boleh berubah warna kepada hitam jika berhadapan ancaman. Paruhnya dikatakan berupaya mengesan mangsa walaupun dalam situasi ia tidak dapat melihat atau mendengar. Spesis jerung goblin ini memakan ikan, termasuk jerung dan pari, selain ketam, udang serta hidupan laut lain. Moore menangkap jerung itu pada 19 April lalu, bagaimanapun hanya melaporkan kepada National Oceanic and Atmospheric Administration pada Jumaat. -AP




.

Hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian, dia terkorban dalam satu kemalangan


Hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian, dia terkorban dalam satu kemalangan  | Hasrat seorang pekerja gedung pakaian untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Bukit Piatu, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Mohd Azhar Hassan, 27, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabit kemalangan itu. Bapa mangsa Hassan Baba, 72, berkata, dia yang dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya bergegas ke tempat kejadian dan setibanya di lokasi, mayat Mohd Azhar sudah dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. “Arwah jarang pulang ke rumah saya di Cheng, di sini dan tinggal bersama ibu angkatnya di Kampung Bukit Pulau, Melaka. Kali terakhir dia balik rumah sebulan lalu.

“Malah, Mohd Azhar ada menyatakan hasrat untuk berkahwin penghujung tahun ini, namun semua itu tinggal kenangan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam. Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan kejadian itu namun terkilan kerana sudah agak lama tidak menemui anaknya itu. Sementara itu, sumber berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas arwah dikatakan cuba mengelak kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan tong gas. “Berikutan kemalangan itu, motosikal Yamaha LC135 ditunggang mangsa terseret dan merempuh pula motosikal ditunggang wanita yang juga rakan sekerjanya.

“Berikutan kemalangan itu, Mohd Azhar maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala wanita berkenaan hanya cedera ringan,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, wanita berusia 24 tahun yang turut terbabit kemalangan itu mengandung enam bulan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Beliau berkata, mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pulau. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman mengesahkan mengenai kemalangan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!