Thursday, May 8, 2014

[Gambar] Anak kambing 8 kaki dilahirkan di Croatia


[Gambar] Anak kambing 8 kaki dilahirkan di Croatia | Seekor anak kambing berkaki lapan telah dilahirkan di sebuah ladang di Kutjevo, Croatia baru-baru ini. Portal berita Britain, The Mail Online melaporkan, anak kambing itu adalah milik seorang peladang bernama Zoran Paparic.Ibu anak kambing itu yang dinamakan Sarka telah selamat melahirkan anak kambing berkaki lapan itu yang juga didapati memiliki organ jantan dan betina. Portal itu melaporkan yang Paparic pada mulanya ingat yang Sarka telah melahirkan anak kembar tetapi selepas mengamati dengan teliti dia mula menyedari yang Sarka hanya melahirkan seekor anak berkaki lapan.


"Bila saya mengira kaki anak kambing itu saya dapati ia ada lapan kaki tapi pada mulanya saya ingat saya berada dalam keadaan ilusi lalu pergi mendapatkan jiran saya untuk memastikan yang saya tidak gila," katanya lagi.Paparic berkata yang dia ingin memelihara anak kambing itu jika ia terus hidup sambil menyifatkannya sebagai satu keajaiban. Pakar haiwan berkata, punca anak kambing itu berkaki lapan adalah kerana kembarnya tidak membesar menjadi seekor anak yang sempurna.


Mereka ragu-ragu yang anak kambing itu akan mampu bertahan untuk terus menjalani kehidupan yang sempurna tetapi jika ia berjaya mengharungi minggu pertama ini dengan jayanya ada kemungkinan ia akan dapat hidup untuk tempoh dua atau tiga tahun. Anak kambing itu belum dapat berjalan kerana masih lemah.-AP




.

Kerana Hudud, Sultan Brunei digesa jual hotel miliknya di USA yang didiami golongan kaya dan selebriti



Kerana Hudud, Sultan Brunei digesa jual hotel miliknya di USA yang didiami golongan kaya dan selebriti | Beverly Hills mendesak Sultan Brunei supaya menjual sebuah hotel di bandar di Amerika Syarikat yang didiami golongan kaya dan selebriti, selepas baginda memperkenalkan kanun keseksaan yang menggabungkan undang-undang syariah Islam, kata pegawai pada Khamis. Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan hartawan perniagaan Richard Branson turut mendesak untuk memboikot rangkaian itu, yang memiliki Hotel Beverly Hills. Tetapi ketua Dorchester Collection merupakan rangkaian hotel itu berkata, pelaksanaan hukuman itu disifatkan tidak munasabah dan hanya akan memberi kesan buruk kepada kakitangan hotel.

"Tindakan yang diambil itu perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan mata pencarian kesemua mereka (kakitangan)," kata Christopher Cowdray memberitahu ahli majlis perundangan bandar Beverly Hills pada mesyuarat majlis malam Selasa. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada minggu lalu mengumumkan bahawa baginda akan meneruskan dengan pelaksanaan hukum hudud, walaupun mendapat kritikan di negara itu mahu pun peringkat antarabangsa. Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi pada Khamis lalu, dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk hukuman potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.


Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mata pada fasa ketiga. Majlis Perbandaran Beverly Hills meluluskan satu resolusi pada Selasa yang "mengutuk kerajaan Brunei bagi siri undang-undang yang mengenakan hukuman yang sangat keras, termasuk rejam sehingga mati bagi homoseksual dan zina." "Resolusi ini menggesa kerajaan (Brunei) untuk mengubah undang-undang mereka atau untuk melepaskan pemilikan Beverly Hills Hotel bagi memisahkanhotel ikonik yang ketika ini merupakan milik mereka," tambah Datuk Bandar, Lili Rosse. Sultan Hassanal Bolkiah memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rom.

Majlis perbandaran berkata, mereka akan menghantar resolusi kepada Jabatan Negara bagi meminta Washington untuk "mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutuk dasar kerajaan Brunei." Amerika Syarikat telah "menyampaikan kebimbangan kita secara peribadi kepada kerajaan Brunei," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki pada Selasa, tetapi ia tidak akan mengikuti usaha untuk memboikot rangkaian hotel mewah milik Sultan Brunei. Datuk Bandar Beverly Hills menyifatkan undang-undang baharu itu sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak berperikemanusiaan." "Mereka mesti memenuhi sokongan kuat untuk hak asasi manusia rakyat Brunei," katanya. - AFP




.

[Gambar] Puting beliung api atau lebih dikenali 'api syaitan' melanda CHILICOTHE, Missouri



[Gambar] Puting beliung api atau lebih dikenali 'api syaitan' melanda CHILICOTHE, Missouri | Satu kejadian yang kadangkala dikenali sebagai 'api syaitan', lapor portal berita KMBC.com kelmarin. Gambar 'api syaitan' itu merupakan puting beliung api berlaku apabila seorang petani membakar kawasan tanamannya pada Sabtu lalu. Seorang pemandu, Janae Copelin sempat merakamkan gambar tersebut dan menyiarkannya di laman bergambar Instagram. Ketika kejadian, Copelin memandu sebuah kereta di sebuah lebuh raya. Puting beliung itu berlaku apabila terdapat angin kencang. - Agensi




.

Mangsa kemalangan ini melakukan sesuatu yang pelik ketika menunggu kehadiran ambulans


Mangsa kemalangan ini melakukan sesuatu yang pelik ketika menunggu kehadiran ambulans | Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans. Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar. Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.

"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis. Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu. "Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan. Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge.-AP




.

Mayat bayi lelaki ditemui dalam keadaan terduduk dalam pam tandas


Mayat bayi lelaki ditemui dalam keadaan terduduk dalam pam tandas  | Mayat bayi lelaki dipercayai lahir tidak cukup bulan ditemui dalam keadaan terduduk dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, semalam. Ia ditemui seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan di klinik itu kira-kira jam 9.10 pagi. Difahamkan, wanita itu membuka penutup bahagian pam apabila ia gagal berfungsi, lalu menemui mayat itu. Dia memaklumkan kejadian terbabit kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mayat bayi terbabit dipercayai berusia sehari. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat bayi seberat 1.7 kilogram itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. “Keterangan saksi akan direkodkan, manakala sistem kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti untuk mengenal pasti identiti pelaku. “Senarai pelawat dan pesakit turut diperiksa dan sampel DNA mayat bayi itu dikumpulkan bagi memudahkan polis mengesan ibunya,” katanya. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!