Sunday, May 11, 2014

Zoo ini buat sesuatu yang sangat berbeza untuk menarik lebih ramai pengunjung


Zoo ini buat sesuatu yang sangat berbeza untuk menarik lebih ramai pengunjung | APABILA harimau berada hanya beberapa kaki di atas pengunjung, ia pastinya memberi satu pengalaman baharu kepada pengunjung dan juga haiwan tersebut. Zoo Philadelphia, sebuah zoo tertua di Pennsylvania kini melancarkan tarikan terbaharu yang membolehkan harimau berjalan di dalam sebuah laluan tertutup kira-kira 4.2 meter dari aras tanah. Penjaga zoo Kay Buffamonte berkata, laluan seperti konsep pentas peragaan tersebut mula dibuka Sabtu lalu dan dua ekor harimau Wiz serta Dimitri telah pun melaluinya beberapa kali.


"Sebelum ini kumpulan haiwan itu hanya berhadapan dengan manusia dari dalam kandang, namun kini ia lebih terdedah kepada dunia luar dan pada tempat lebih tinggi,"katanya dipetik Daily Mail Selain itu, projek bernilai AS$2.3 juta (RM7.4 juta) ini juga bertujuan meningkatkan kesejahteraan haiwan selain memberi ruang yang lebih banyak untuk haiwan itu bergerak setiap hari. -AP




.

Cara pengusaha bengkel mengaut untung


Cara pengusaha bengkel mengaut untung  | Kira-kira separuh atau RM10 daripada RM20 bilion pendapatan tahunan industri automotif negara yang dijana melalui jualan alat ganti adalah hasil penjualan alat ganti tiruan oleh segelintir pengusaha bengkel di seluruh negara. Pengarah Urusan Koperasi Pengusaha Bengkel Kenderaan Malaysia Berhad (KOBENGKEL), Hasri Hassan yang mendedahkan perkara itu berkata, alat ganti tiruan itu kebanyakannya diperoleh daripada negara jiran seperti China dan Taiwan.

“Sesetengah pengusaha bengkel terpaksa menjualnya bukan kerana mahu mengaut untung, tetapi faktor desakan pengguna turut memainkan peranan kerana mahukan alat ganti lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding alat ganti tulen. "Kebanyakan pengguna kenderaan nampaknya mementingkan harga dan bukannya mengutamakan keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan masyuarat agung pertama KOBENGKEL. -Metro



P/S - Sekadar gambar hiasan



.

Identiti penumpang jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X


Identiti penumpang jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X | Polis mengesahkan penumpang yang meninggal dunia dalam pesawat AirAsiaX bagi penerbangan D7 17, malam tadi, adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 64 tahun. Difahamkan, wanita warga emas itu mengambil penerbangan AirAsiaX untuk pulang ke Jakarta, Indonesia namun, terpaksa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) terlebih dahulu, malam semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepan, Superintendan Mohd Yusof Awang ketika dihubungi. Menurutnya, pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

"Sehingga ini, mayat mangsa masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Serdang bagi menunggu proses bedah siasat. "Ahli keluarga mangsa di Indonesia sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya. Penumpang berkenaan meninggal dunia ketika berada dalam pesawat yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah. Jurucakap AirAsiaX dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga mangsa.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!