Tuesday, May 13, 2014

Lelaki bergelar 'catman' jadikan singa sebagai anak angkat



Lelaki bergelar 'catman' jadikan singa sebagai anak angkat | SEORANG lelaki di Cape Coral, Florida, Amerika Syarikat tidak gentar tinggal sebumbung dengan seekor singa gunung seberat 90 kilogram. Mario Infanti, 63, yang mendapat gelaran Catman ini telah memelihara Sasha sejak dari kecil seperti anak sendiri lapor DailyMail. "Sasha seperti sebahagian daripada keluarga kami. Saya sanggup buat apa sahaja untuknya seperti seorang bapa," katanya. Gitaris profesional tersebut mendedahkan dia pernah berhasrat untuk memiliki seekor 'kucing' besar selepas menonton filem Tarzan ketika zaman kanak-kanak.


 "Akhirnya, saya dapat merealisasikan impian itu dan kami turut menyediakan tempat tinggal berkeluasan 278 meter persegi yang boleh mengakses kolam renang dan tempat permainannya," jelasnya agi. Menurutnya, kadangkala Sasha akan berkelakuan ganas apabila ia terlalu teruja ketika sedang bermain dengan mereka. Infanti telah menghabiskan lebih AS$118,000 (RM381,000) untuk penjagaan Sasha termasuk tempat tinggal haiwan tersebut yang menelan kos sebanyak AS$33,700 (RM109,000). -AP




.

Remaja gantung diri hingga mati selepas diarah ibunya tutup akaun Facebook (FB)



Remaja gantung diri hingga mati selepas diarah ibunya tutup akaun Facebook (FB) | Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB). Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu. Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar. “Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian. Beberapa jam kemudian - selepas Mohana pulang - dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa. Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. - Agensi




.

Kenali pembantu pengadil bola sepak jelita yang menjadi sensasi internet


Kenali pembantu pengadil bola sepak jelita yang menjadi sensasi internet | Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak. Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini. Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil kelmarin.


 Menurut Uliana yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi. "Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak," katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. - Agensi



.

Pelakon Liyana Jasmay lahir anak perempuan secara normal



Pelakon Liyana Jasmay lahir anak perempuan secara normal | Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi perempuan, malam tadi. Liyana, 26, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Berita kelahiran itu disahkan ibunya Habsah Simpon. "Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. "Kira-kira jam 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya. Bagaimanapun, Liyana masih belum mengumumkan nama pilihan untuk bayi sulung itu. Liyana berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis di Hotel Seri Pacific, di sini.



.

[Gambar] Pelajar kolej bunuh diri akibat tekanan perasaan menghadapi peperiksaan


Pelajar kolej bunuh diri akibat tekanan perasaan menghadapi peperiksaan | ‘Mak, ayah, jaga diri baik-baik’. Demikian nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan seorang wanita yang juga pelajar kolej ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala dan perut di tepi Bangunan UMNO, Jalan Macalister, di sini, semalam. Difahamkan, akibat tekanan perasaan untuk menghadapi peperiksaan, pelajar berkenaan disyaki terjun dari Bangunan UMNO sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan telentang dan berlumuran darah pada jam 8.05 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati mangsa, Tieu Hooi Theng, 20-an, dari Taman Mesra, Butterworth dipercayai bertindak demikian akibat tekanan yang dihadapi ketika menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang ramai dengan kecederaan teruk di kepala dan perut dipercayai akibat terjatuh ke atas bumbung zink di bahagian parkir di tepi bangunan berkenaan. Katanya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, polis menemui sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga di tingkat 18 bangunan berkenaan. “Mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari koridor tangga di tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh. “Polis turut menemui beberapa barang milik mangsa termasuk kasut, telefon bimbit dan kunci kereta serta kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran Bangunan UMNO. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!