Wednesday, May 14, 2014

Gempar!! Kelahiran kambing dengan muka manusia di Turki



Gempar!! Kelahiran kambing dengan muka manusia di Turki | MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan Izmir, Turki. Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati. Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia di dalam filem sains fiksyen. Anak kambing tersebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing. -AP




.

Sedih!! Raungan seorang lelaki melihat rakan baiknya maut dalam kemalangan


Sedih!! Raungan seorang lelaki melihat rakan baiknya maut dalam kemalangan | “Kami jadi sahabat karib sejak usia tujuh tahun, saya tak dapat terima yang dia maut dalam kemalangan,” raungan seorang lelaki apabila melihat rakan baiknya meninggal akibat kemalangan, semalam. Lelaki yang dikenali sebagi Raj tidak dapat mengawal perasaan dan dilihat beberapa kali mencium rakannya yang terbaring kaku di tepi jalan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Difahamkan, kedua-dua kenderaan itu dari arah Queensbay menghala ke Georgetown.

Mangsa, LS Revaneswaran, 20, yang cedera parah di leher dan kaki disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sayuti berkata, dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Persiaran Gurney dan tiba-tiba terdengar dentuman serta berasa kereta bergoyang. “Apabila melihat cermin sisi sebelah kiri, baru saya menyedari berlaku kemalangan. “Saya nampak mangsa dan rakannya melambung dari motosikal dan terus berhenti kenderaan di tepi jalan,” katanya. -SH




.

[Gambar] Bangunan hotel 7 tingkat kini condong di Korea Selatan



Bangunan hotel 7 tingkat kini condong di Korea Selatan | Sebuah bangunan setinggi tujuh tingkat yang kini condong di bandar ini dibimbangi akan runtuh. Bangunan yang akan dijadikan hotel itu mula runtuh pada pagi Isnin lalu. Pembinaan bangunan tersebut sepatutnya disiapkan dalam tempoh sebulan lagi. Satu lagi bangunan hotel yang terletak bersebelahan dengan bangunan yang condong itu tidak runtuh. Pakar-pakar menganggap kejadian mungkin berpunca akibat kelemahan struktur bangunan dan pergerakan tanah. - Agensi

Awas!! Teknik terbaharu rompak bagasi baju



 Teknik terbaharu rompak bagasi baju | Seorang pakar kunci dan pengembara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bagaimana bagasi baju begitu mudah dibuka tanpa menjejaskan mangga kunci yang dipasang kepada bagasi dengan hanya menggunakan sebatang pen. “Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya. Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen.

Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya. Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat.

Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang. Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang. Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta.





.

Seorang lelaki, guna cara pelik untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarga


Seorang lelaki, guna cara pelik untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarga | Seorang lelaki, Xie Shuiping, menggunakan cara pelik untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarganya apabila menerima bayaran supaya dipukul sesiapa yang tertekan dan mahu “melepaskan geram.” Xie, 48, tidak pernah kekurangan pelanggan untuk tujuan itu. Baru-baru ini kehadirannya di Wuhan di wilayah Hubei menarik perhatian ramai apabila dia menawarkan perutnya menjadi tempat melepaskan amarah penduduk tempatan. Xie mendakwa mampu meraih sekurang-kurangnya 20,000 yuan (RM10,400) sebulan hasil pukulan pelanggannya dari seluruh China.“Saya tidak takut dipukul. “Apa yang saya bimbangkan ialah jika tidak menerima bayaran,” katanya.


Menurut Xie, rahsia “kegagahannya” itu disebabkan amalan qigong - seni mempertahankan diri tradisional - yang memfokuskan terhadap kawalan pernafasan yang dipelajari sejak berusia 10 tahun. Dia mengakui isterinya tidak bersetuju keputusannya mencari pendapatan dengan cara itu, namun Xie tidak menghiraukannya. “Pada saya tidak salah kalau saya dipukul demi mencari rezeki untuk keluarga saya. “Itulah yang paling penting bagi saya - menyara keluarga saya,” katanya. - Agensi




.

[Gambar] Punca kemalangan yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyebabkan keretakan tangan kanan



Punca kemalangan yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyebabkan keretakan tangan kanan | Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keretakan di tangan kanan, berdekatan bahu apabila kereta yang dinaiki bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi, terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas, di sini kira-kira jam 10 malam tadi. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua mereka dalam keadaan selamat dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pakar Damansara.

 “Sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama keluarga,” katanya. Difahamkan kejadian berlaku berpunca daripada sebuah kereta yang tidak menyedari laluan di lokasi kejadian berubah dan secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar bersama empat lagi penumpang lain. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!