Thursday, May 15, 2014

[Gambar] Pesawat MAS dirempuh kereta jenis Viva, dan penerbangan ke Myanmar terpaksa di tunda


[Gambar] Pesawat MAS dirempuh kereta jenis Viva, dan penerbangan ke Myanmar terpaksa di tunda | Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan insiden kereta lapangan terbang jenis Perodua Viva berlanggar dengan bahagian badan pesawat B737-800 miliknya menyebabkan penerbangan MH740 ke Yangon, Myanmar terpaksa ditunda selama 40 minit pagi tadi. Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera di lokasi segera melakukan pemeriksaan awal dan mendapati tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan risiko terhadap struktur pesawat.


"Bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dibenarkan berlepas agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan MAS petang tadi. Difahamkan pemandu kereta milik vendor berkenaan juga telah diambil tindakan. Akibat kejadian itu, penerbangan yang dijadual berlepas 10.05 pagi itu terpaksa ditunda dan penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya pada jam 10.45 pagi. -Metro




.

Pelajar Tingkatan Empat maut selepas dirempuh seorang guru dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sungai Pinang


Pelajar Tingkatan Empat maut selepas dirempuh seorang guru dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sungai Pinang | Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh seorang guru dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sungai Pinang, Jalan Jelapang, Chalok, di sini pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Khalid Rusydan Hamat, 16, dari Kampung Jelapang di sini, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Jelapang menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok manakala sebuah kereta Perodua Myvi pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan kereta dipandu guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini."Ketika kejadian, mangsa sedang mendaki bukit sementara guru terbabit sedang menurui bukit sebelum kedua-duanya bertembung di tengah jalan. "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala guru terbabit hanya cedera ringan," katanya. -Metro




.

Kanak-kanak lelaki parah selepas rumah mainan mereka diterbangkan angin, lima meter di udara


Kanak-kanak lelaki parah selepas rumah mainan mereka diterbangkan angin, lima meter di udara | Dua kanak-kanak lelaki parah selepas rumah mainan mereka diterbangkan angin sekurang-kurangnya lima meter di udara, lapor media semalam. Kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu mengalami kecederaan serius, termasuk seorang daripadanya di kepala. Seorang daripada mereka terjatuh ke atas kereta yang diparkir manakala rakannya terjatuh di atas kaki lima. Sementara itu, seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang turut berada di dalam rumah udara mainan itu bernasib baik kerana terjatuh sebaik saja struktur diperbuat daripada getah itu terangkat diterbangkan angin. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang di pekarangan sebuah apartmen di South Glens Falls.

Polis peronda South Glens Falls David Gifford tidak dapat mengulas keadaan mangsa, namun budak yang jatuh ke atas kaki lima dilaporkan sedar dan mampu bercakap ketika dibawa ke hospital. Katanya, rumah mainan itu berukuran tiga meter panjang dan lebar ditemui polis di pekarangan sekolah agak jauh dari situ. “Menurut saksi, angin tiba-tiba bertiup kencang dan mengangkat struktur berkenaan. “Memang ini kejadian yang tidak dijangka sama sekali,” katanya. Sementara itu penduduk di blok apartmen berkenaan, Taylor Seymour berkata, ketika kejadian angin kuat yang tiba-tiba bertiup mengakibatkan struktur berkenaan terangkat dan berpusing seperti dilanda puting beliung kecil.

“Saya melihat seorang daripada budak berkenaan terjatuh di atas kereta manakala seorang lagi terjatuh di kaki lima berhampiran. “Memang ia mengerikan, apabila rumah mainan itu naik semakin tinggi. “Selepas kanan-kanak terbabit terjatuh, rumah mainan itu terbang melepasi apartmen kami dan pokok-pokok yang ada,” katanya. Seorang elajar Emily Boucher sempat merakamkan gambar rumah permainan itu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang bersiap untuk beriadah di sekolahnya. Emily dan keluarganya memberi hak eksklusif gambar itu kepada akhbar Post-Star dan hasil daripada bayaran gambar berkenaan akan didermakan kepada keluarga mangsa. Difahamkan, rumah permainan itu dimiliki seorang penduduk apartmen terbabit yang meletakkannya di situ untuk kegunaan kanak-kanak di kejiranan berkenaan. Struktur itu diikat pada tanah menggunakan batang kayu.- Agensi





.

Cara seorang bapa memberi pengajaran kepada anaknya yang cuai



Cara seorang bapa memberi pengajaran kepada anaknya yang cuai | Seorang bapa di Scotland bertindak menjual bahagian-bahagian sebuah kereta Honda Civic 1.4 miliknya di laman perniagaan Gumtree, hanya pada harga 1 peni (RM0.05) bagi memberi pengajaran kepada anaknya, selepas kereta yang dipandu anak lelakinya itu terlibat dalam kemalangan, baru-baru, ini. Steve Clark, dari Kampung Monikie dekat Angus bertindak demikian bertujuan untuk memalukan dan mengajar anaknya, selain berharap tindakan itu dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa lain supaya memastikan anak-anak mereka memandu secara berhemah.

"“Oleh kerana anak lelaki saya menganggap dirinya seperti Colin McRae, seorang pemandu kereta rali Scotland, saya mengambil keputusan menjual sebuah kereta Honda Civic 1.4 keluaran tahun 2000 untuk dijadikan alat ganti. “Dia mungkin terlalu sukar mengawal kereta itu. Dia hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukannya. Dia akan berjalan kaki selepas ini bagi tempoh yang panjang," kata Clark dalam iklan pada laman web itu, sebagaimana dilaporkan Mail Online. Ketika kejadian, anak Clark, Nathanial yang baru berusia 17 tahun dan baru mendapat lesen memandu pada awal bulan ini, memandu kereta itu di Bonnyton Road sebelum terlibat dalam kemalangan, namun dia tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Clark berkata, dia suka melakukan sesuatu perkara di luar kotak dan merasakan tindakannya memuatnaik iklan itu melalui atas talian merupakan cara terbaik bagi memalukan anaknya. Malah, kata Clark, dia dan isterinya menerima puluhan mesej tanda sokongan daripada ibu bapa lain atas tindakannya itu. “Tindakan itu hanya bagi menyedarkan orang ramai dan memaklumkan kepada mereka tentang perkara sebenar, terutamanya bila anak masing-masing keluar memandu dan bagaimana perasaan ibu bapa yang duduk di rumah menunggu mereka atau tertanya-tanya sama ada mereka akan pulang ke rumah atau tidak,'' katanya.

Abang Nathanial, Nicholas, 27, ketika menunjukkan iklan itu kepada adiknya selepas lima jam dimuatnaik berkata, adiknya begitu terkejut dan malu selepas iklan tersebut mendapat perhatian banyak pihak. Clark berkata, sejak iklan itu dimuatnaik kelmarin, dia menerima banyak panggilan termasuk daripada individu yang menawarkannya beberapa kotak biskut sebagai pertukaran dengan bahagian-bahagian kenderaan itu, malah dia turut ditawarkan wang sebanyak 250 pound (RM1,361) dan 370 pound (RM2,015) bagi membeli bahagian-bahagian kereta tersebut. -AP




.

Mayat mangsa kemalangan dihantar ke hospital tanpa kepala yang tertinggal di tempat kejadian



Mayat mangsa kemalangan dihantar ke hospital tanpa kepala yang tertinggal di tempat kejadian | Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang. Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan. Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!