Monday, May 19, 2014

Terkini!! Gambar Kucing Diikat Di Parkir KLCC Tersebar


Terkini!! Gambar Kucing Diikat Di Parkir KLCC Tersebar | Gambar kucing di atas lantai dengan kaki belakangnya diikat di tempat letak kereta KLCC telah tersebar di internet. Menurut seorang pengguna Facebook, Mandy Chow, kucing tersebut bertindak garang dan mempertahankan diri apabila dia cuba untuk menyelamatkannya. "Saya bukan seseorang yang tahu mengenai kucing. Adakah seseorang yang mempunyai pengalaman dengan kucing (di luar sana) yang boleh menyelamatkannya?" dia membuat paparan di halaman Facebooknya pada Ahad. Seorang lagi pengguna internet Tati Tot Tot mengulas: "Ikatan ini mengganggu peredaran darah ke kaki, dan kakinya bengkak." Beberapa pencinta haiwan cuba mencari haiwan itu tetapi tidak berjaya. Post ini dikongsi di laman Facebook 'Malaysian Dogs Deserve Better'. Sehingga kini masih tidak diketahui sama ada kucing itu telah diselamatkan. -Mstar




.

Cekal hati lelaki yang kehilangan kedua belah tangan, namun masih mampu tunjuk kebolehan diri


Cekal hati lelaki yang kehilangan kedua belah tangan, namun masih mampu tunjuk kebolehan diri  | Kehilangan kedua-dua belah tangan akibat kemalangan yang dialami ketika berusia 10 tahun, tidak pernah menjadi penghalang kepada seorang lelaki kurang upaya untuk bermain pingpong dengan baik. Laman web oddity central melaporkan, warganegara Mesir, Ibrahim Hamato bermain ping pong dengan hanya menggunakan mulutnya, serta mampu mengalahkan mana-mana pemain amatur sukan tersebut dengan mudah. "Saya amat gemar bermain pingpong, namun selepas mengalami kecelakaan jalan raya pada usia 10 tahun, saya tidak lagi aktif bersukan. "Hanya selepas tiga tahun kemalangan itu berlaku, saya mula bermain pingpong tetapi dengan menggunakan mulut. Walaupun agak sukar pada awalnya, lama-kelamaan perkara tersebut menjadi mudah," jelasnya.

Ibrahim menyifatkan, menjadi tetamu kehormat dalam Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia yang berlangsung di Tokyo bulan lalu, merupakan pencapaian terbaiknya sejak menceburi sukan tersebut. Katanya, ketika berada di Tokyo, dia diberi kesempatan untuk bermain bersama beberapa orang pemain handalan dunia dan pengalaman itu merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. "Jemputan itu merupakan hadiah kepada kecekalan saya untuk terus berjuang dalam sukan ini. Saya mahu tunjukkan kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan yang tinggi," ujarnya.




.

Aksi pelik seorang peminat bila berhadapan dengan artis



Aksi pelik seorang peminat bila berhadapan dengan artis | Aktres terkenal, America Ferrera terkejut selepas seorang lelaki masuk ke dalam kain yang dipakainya ketika menghadiri Festival Filem Cannes di sini pada Jumaat lalu. Lelaki dari Ukraine tersebut, Vitalii Sediuk merangkak dan memasukkan kepalanya ke dalam kain Ferrera ketika wanita itu bersama beberapa artis lain bergambar pada acara karpet merah. Beberapa pengawal keselamatan yang menyaksikan perkara itu bertindak menarik Sediuk tetapi lelaki berkenaan terus memegang kaki Ferrera menyebabkan aktres tersebut terkejut.


Ferrera, 30, yang mempromosikan filem terbarunya, How to Train Your Dragon 2 kelihatan tenang dan mampu tersenyum selepas kejadian itu. Sediuk sebelum ini pernah dihukum penjara kerana suka membuat lawak dengan beberapa artis terkenal termasuklah Bradley Cooper, Leonardo DiCaprio dan Adele. Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith apabila cuba mencium pelakon itu ketika tayangan perdana filem Men in Black III di Moscow, Rusia pada tahun 2012. - Agensi




.

Kenali pengulas dan pelapor sukan terkenal negara, Datuk Rahim Razali yang kini umum persaraan


Kenali pengulas dan pelapor sukan terkenal negara, Datuk Rahim Razali yang kini umum persaraan | Pengulas dan pelapor sukan terkenal negara, Datuk Rahim Razali, 75, mengumumkan persaraannya dalam bidang berkenaan selepas kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk aktif seperti sebelum ini. Sepanjang pembabitan dalam bidang berkenaan, beliau pernah diberi peluang sebagai pengulas Sukan Olimpik sebanyak lima kali, bola sepak Piala Dunia enam kali dan Hoki Piala Dunia empat kali selain Sukan Sea, Sukan Asia dan Piala Thomas de–ngan penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Menurut Rahim, pelbagai isu, pengalaman dan perjalanan dilalui sebagai pengulas sukan radio dan televisyen bermula 1965 termasuk kejohanan tempatan dan antarabangsa yang turut mengisi rentetan kisah hidupnya sebagai pencinta sukan tanah air.

“Apa pun, itu semua kenangan manis saya sebagai perantara untuk memberi maklumat dan menyampaikan perjalanan sukan itu untuk disalurkan kepada peminat dan rakyat Malaysia sepanjang kerjaya yang dianggap amat mencabar ini.“Keadaan kesihatan yang sukar dijangka terutama selepas menjalani pembedahan otak beberapa bulan lalu antara faktor utama saya bersara dalam bidang ini,” katanya. Berita Rahim yang dilaporkan mengalami pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) dan menjalani rawatan pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway Petaling Jaya sebelum ini amat mengejutkan peminat dan pengikut setianya. Malah, peminat dan rakan pengulas sukan turut mendoakan kesihatannya segera pulih seperti yang diluahkan menerusi pelbagai saluran komunikasi termasuk media sosial ketika itu.

Menurut Rahim, setakat ini, kesihatannya kembali pada tahap memuaskan. “Alhamdulillah, kesihatan saya bertambah baik dan sebaik pulih, saya sempat berlakon dalam satu drama purba di Melaka baru-baru ini. “Pastinya, saya berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam bidang berkenaan selagi termampu. Namun saya menarik diri dalam bidang pengulasan sukan, walaupun minat dalam arena itu tidak pernah padam,” kata ikon sukan terbabit. Anak kelahiran Ipoh, Perak yang mempunyai tiga anak dan tujuh cucu itu bersyukur kerana isterinya, Datin Salmiah Abd Mukmin, 69, sentiasa memberi sokongan sepanjang pembabitannya dalam lakonan, pengarahan mahupun dalam bidang penyiaran.

terkini

Menurutnya, pengalaman paling diingati sepanjang kerjaya penyiaran televisyen pastinya ketika perlawanan tinju heavyweight membabitkan jaguh dunia, Muhammad Ali dan Joe Bugner di Kuala Lumpur pada 1975. “Ia kekal dalam ingatan hingga kini dan pastinya peristiwa itu tidak lagi akan berulang, sebaliknya hanya tinggal sejarah Perlawanan itu amat menarik malah sudah pasti peminat sukan era 70-an tidak akan melupakan perlawanan bersejarah yang amat manis untuk dikenang,” katanya. Rahim yang turut melahirkan rasa bangga atas kemunculan ramai pengulas sukan baru di Malaysia berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan padu kepada mereka untuk berjaya serta perlu menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat menerusi gaya dan teknik penyampaian berkesan.

Katanya, beliau sedia memberi nasihat dan panda–ngan kepada mana-mana pihak terutama generasi baru yang terbabit dalam bidang berkenaan, terutama jika kesihatan mengizinkan. Sambil mengharapkan mereka tabah dan sentiasa positif, dia tidak menganggap ia satu kesukaran mendapatkan maklumat dan terpaksa lebih kerap turun padang untuk memperoleh fakta. “Saya turut menaruh kepercayaan pengulas kini mampu lebih berjaya daripada apa yang pernah saya nikmati dengan syarat mereka terus belajar dengan konsisten mencari idea baru untuk kemajuan kerjaya masing-masing. “Harapan saya semoga sukan negara akan terus dihormati di kancah saingan dunia selain turut mencadangkan pembabitan serius penduduk terhadap sukan baru untuk turut cemerlang seperti dibuktikan dalam arena hoki, skuasy dan badminton,” katanya.

Mengimbas latar belakangnya, bekas pelajar Sekolah Menengah Anderson Ipoh itu dilihat amat gigih dan bijak mengendalikan segmen sukan sepanjang kerjaya yang diterokainya. Ulasan dan fakta yang diberikannya nyata melekat di jiwa pengikut sukan negara sehingga ada di antara mereka sentiasa menanti kemunculannya menerusi gaya dan suara asli yang sukar ditandingi. Bermula secara sambilan berikutan bekerja di Malayan Tobacco sekitar 1964, beliau jelas menguasai minda peminat menerusi pembabitan awalnya sehingga suaranya amat sinonim dengan dunia sukan tanah air.

Walaupun amat teruja menanti kehadiran Piala Dunia 2014 Brazil, beliau yang pernah terbabit dalam pengulasan kejohanan berprestij terbabit tetap mengikuti perkembangan sukan dengan memilih tuan rumah muncul juara edisi kali ini. Mula berjinak-jinak menjadi penulis skrip drama sejak 1950-an selain berpengalaman luas dalam lakonan drama dan pengarahan flem. Beliau yang pernah berlakon teater di University Theatre Dub, Brighton Theatre Group Australia Broadcasting Commission 1963, mengakui kembali berlakon sekali gus melepaskan kerinduan sebagai pengulas sukan. Antara anugerah diraih–nya termasuk pelakon terbaik 2007, pengarah terbaik dan skrip terbaik (1986 dan 1981) serta sutradara terbaik dan lakon layar terbaik 1984. -Metro




.

Lelaki ini mengakui diri nabi utusan tuhan untuk mengaburi kelakuan jahatnya



Lelaki ini mengakui diri nabi utusan tuhan untuk mengaburi kelakuan jahatnya | Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘nabi’ dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran. Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit. Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan.

Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras. “Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya,” katanya. Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan. Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing. Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.

Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu. Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian. Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring. Dia kemudian merogol mangsa. Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!