Thursday, May 22, 2014

Padah ponteng sekolah??


Padah ponteng sekolah?? | Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu. Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci. Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan 'Hydraulic Cutter' untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit. "Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan. "Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu," katanya. -Metro




.

Gambar dan khabar terkini Aishwarya Rai



Gambar dan khabar terkini Aishwarya Rai | Aktres Aishwarya Rai yang kini menghadiri Festival Filem Cannes ke-67 khabarnya akan mengumumkan kemunculannya di layar perak selepas empat tahun berehat melahirkan anak sulungnya, Aaradhya Bachchan yang kini berusia dua tahun. Bekas Ratu Cantik Dunia itu ditemani ibunya, Brinda Rai dan turut membawa Aaradhya bersama dan ia juga kali ke-13 Aishwarya berjalan di karpet merah festival filem itu. Aishwarya memang tidak boleh berpisah dengan si kecil itu sehingga dia sanggup memperlahankan kerjaya seninya. Dia juga turut menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah. Sungguh bertuah Aaradhya kerana dia juga adalah cucu kesayangan datuknya iaitu aktor legenda Amitabh Bachchan.

Duta L’Oreal Paris itu dikatakan bersetuju untuk berlakon dengan pengarah Sanjay Gupta yang akan menerbitkan filem aksi seram. “Bagaimanapun filem itu tidak akan diterbitkan pada masa terdekat kerana dia perlu menguruskan badannya yang agak gempal selepas melahirkan Aaradhya. Filem itu dijangka diterbitkan tahun depan kerana Sanjay ada dua filem yang perlu disiapkannya terlebih dulu. “Aishwarya perlu tampil kurus dan seksi dalam filem aksi seram itu. Oleh itu dia perlu membuat banyak persediaan ke arah itu,” kata­ sumber berkenaan. -AP




.

Misteri kucing bawa pulang beg plastik berisi ganja ke pintu rumah


Misteri kucing bawa pulang beg plastik berisi ganja ke pintu rumah  | Seorang wanita terkejut apabila kucingnya membawa pulang beg plastik berisi ganja seberat lima gram ke pintu rumahnya di St Ashmore, New Zealand. Wanita hanya mahu dikenali sebagai Fluffy itu segera menghubungi polis sejurus mendapat tahu kandungan plastik berkenaan, lapor BBC. “Saya sangka ia membawa balik bangkai tikus atau burung tetapi selepas diperiksa ia adalah ganja mampat,” katanya. Pegawai polis Dunedin, Reece Munro berkata, nilai ganja berkenaan sekitar NZ$150 (RM445) dan siasatan masih dijalankan. -AP




.

Bapa pukul anak sampai mati kerana tiru kerja sekolah rakan



Bapa pukul anak sampai mati kerana tiru kerja sekolah rakan | Seorang budak perempuan berusia 11 tahun di China dipukul hingga mati oleh bapanya kerana meniru kerja rumah rakan sekelasnya, lapor media tempatan semalam. Lelaki terbabit mengarahkan budak perempuan berkenaan melutut, mengikat tangan mangsa dan memukul mangsa, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Bapa berkenaan kemudian membawa anaknya itu ke hospital selepas mendapati mangsa berhenti bernafas tetapi budak terbabit disahkan meninggal dunia keesokan harinya, lapor Xinhua.

Doktor di hospital di Hangzhou mendapati kesan lebam dan kecederaan di leher dan belakang tubuh mangsa selain tanda tercekik selama kira-kira lima minit, lapor Xiandai Jinbao. Terdahulu bulan ini, gambar grafik seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari wilayah Guangdong didakwa dipukul ibu tirinya tersebar meluas di halaman media sosial China, dengan kebanyakan pengguna menggesa undang-undang tegas terhadap penderaan kanak-kanak. - AFP




.

Isteri terkejut temui mayat suami sudah berulat di rumah



Isteri terkejut temui mayat suami sudah berulat di rumah | Seorang wanita yang baru pulang melawat anaknya di Australia terkejut apabila menemui mayat suaminya sudah berulat di dalam rumah terletak di Taman Wawasan, Puchong, di sini. Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa berusia 54 tahun yang juga seorang ahli perniagaan dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya sejak lapan hari lalu berdasar keadaan mayatnya. Sumber polis berkata, isteri mangsa yang berusia 50-an tiba di rumah jam 11 pagi sebelum terhidu bau busuk dari dalam kediamannya itu. Menurutnya, wanita terbabit bagaimanapun terkejut apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan berulat dan membengkak di dalam tandas bilik utama kediaman mereka. “Wanita terbabit sebelum ini bimbang apabila gagal menghubungi suaminya ketika dia berada di Australia,” katanya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!