Friday, May 23, 2014

15 orang yang paling popular di Facebook



15 orang yang paling popular di Facebook | Disember yang lalu, Facebook telah mengumumkan, ada 845 juta orang yang mengakses laman itu sekali sebulan. Namun tahukah Anda, diantara orang seramai itu, siapa yang paling popular? Tidak mengejutkan, jika beberapa orang yang terkenal di jejaring sosial ini adalah selebriti, jurnalis, pemain muzik, pemimpin politik dan orang penting lainnya. Setelah dilakukan siasatan melalui laman publik Facebook, ditemukan ada 15 orang yang paling popular dari seluruh dunia. Ketika berita ini ditulis, berikut merupakan senarainya..

1. Eminem di posisi pertama dengan penggemar mencapai 54,644,112 
2. Rihana 53.402.379
3. Lady Gaga 49,225,680
4. Shakira 47,947,783
5. Michael Jackson 46,650,509
6. Justin Bieber 41,375,097
7. Cristiano Ronaldo 41,378,593
8. Katy Perry 40,965,167
9. Bob Marley 37,338,249
10. Akon 36,987,367
11. Lil Wayne 36,006,538
12. Beyonce 33,616,331
13. Lionel Messi 33,123,495
14. Megan Fox 32,293,237
15.  Avril Lavigne 31,389,951


-HuffPost




.

Escalator Yang Tertinggi Didunia



Escalator Yang Tertinggi Didunia | The Umeda Sky Building adalah bangunan ketujuh tertinggi di Osaka City, Jepun, dan salah satu ciri kota yang paling dikenali. Terdiri dari dua menara setinggi 40 tingkat. Menghubungkan dua rekaan menonjol, dengan jambatan dan eskalator melintas diantara dua atrium dan mencipta ruang lebar di tengah. Ketika menaiki escalator terasa seperti melayang ke langit. Merupakan cara paling murah untuk melihat seluruh bandar, hanya dengan 10 USD.


Anda bayar ¥ 700 (sekitar $ 6) untuk membeli tiket lift kaca sehingga berada di puncak. Lalu anda menaiki eskalator yang terkenal ini ke atas. Pemandangan yang benar-benar menakjubkan, sehingga tidak terasa berada di ketinggian 550 kaki di udara saat berada di escalator ini. Di atas, ada dek observasi standard, dengan teropong yang membolehkan anda melihat dan zoom pada tempat-tempat yang menarik. -AP




.

Jadual penerbangan di Lapangan Terbang ini berdasarkan pasang surut laut


Jadual penerbangan di Lapangan Terbang ini berdasarkan pasang surut laut | Lapangan terbang ini memiliki landasan berlepas berupa pantai. Keunikannya ini merupakan hanya satu-satunya di dunia. Jadual penerbangan pesawatnya pun amat bergantung dari ketinggian air pasang di pantai tersebut karena mungkin saja dalam sehari landasan akan terendam oleh air pasang. Hal lainnya yang lebih ekstrem adalah pantai ini terbuka untuk umum. Tetapi ketika angin bertiup sangat kencang, lapangan terbang ini tidak beroperasi.


Para pelancong yang sedang bermain di pinggir pantai harus berhati-hati apabila lapangan terbang dibuka sebab bila-bila saja pesawat akan berlepas dan mendarat. Jadi harus sentiasa mendengarkan pengumuman yang disampaikan oleh petugas lapangan terbang melalui pembesar suara bila mana pesawat akan lepas landas atau mendarat. Meskipun letaknya sangat ekstrem, Barra Airport ini diakui di seluruh dunia. Di pantai ini memiliki 3 runway (landasan berlepas) yang ditandakan dengan palang kayu di hujungnya. Lebih gila lagi, penerbangan malam hari juga akan dilakukan di lapangan terbang ini apabila ada keadaan darurat yang mendesak. -AP




.

Wanita Bertemu Keluarga Selepas 10 Tahun Diculik



Wanita Bertemu Keluarga Selepas 10 Tahun Diculik  | SEORANG wanita yang diculik selama 10 tahun berjaya bertemu ahli keluarganya. Wanita tersebut hilang ketika masih remaja dan mendakwa ibu kepada bekas teman lelaki menculiknya dengan memberi dadah pada tahun 2004 dan memaksa dia berkahwin dengan anaknya itu sebelum melahirkan anak pada tahun 2012. Jelas pihak Polis Santa Ana, Isidro Garcia,41, ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes culik dan rogol, pencabulan serta pemalsuan dokumen. Polis menyifatkan tempoh sedekad yang dilalui mangsa tersebut merupakan satu kes penderaan mental, fizikal dan seks.

Mangsa dipindahkan sebanyak empat kali dan diberi identiti palsu baharu bagi mengelak dia ditemui ahli keluarga dan pihak berkuasa. Garcia memberitahu mangsa itu bahawa ahli keluarganya sudah berhenti mencari dan jika dia cuba menghubungi ahli keluarga, dia akan dihantar pulang. "Selepas bertahun-tahun didera dari segi mental dan fizikal, dia berpeluang untuk melarikan diri," jelas kenyataan polis. Bagaimanapun jiran Garcia terkejut dengan berita tersebut dan menyifatkan mereka adalah pasangan bahagia bersama seorang anak perempuan, malah sentiasa mengadakan pasti di rumahnya.

"Dia melayan perempuan itu seperti seorang ratu. Dia akan cuba yang terbaik untuk melakukan apa sahaja apa yang dimahukan pasangannya," jelas Maria Sanchez dalam bahasa Sepanyol. Wanita berusia 25 tahun yang identitinya itu dirahsiakan mula menghubungi pihak berkuasa pada Isnin lalu, hari yang sama Garcia ditangkap. Polis berkata, wanita itu menemui pihaknya selepas bertemu dengan kakaknya di Facebook. Pertuduhan kepada Garcia dijangka bermula Khamis. -AP




.

[Gambar] Murid sekolah tempuh detik cemas bila kaki tersepit penutup longkang



[Gambar] Murid sekolah tempuh detik cemas bila kaki tersepit penutup longkang | Seorang murid perempuan sebuah sekolah rendah di Sentul di sini, menempuh detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang di hadapan kelasnya. Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sentul terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kaki kiri mangsa berusia 12 tahun itu. Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku apabila mangsa terpijak besi itu hingga menyebabkan lututnya tersangkut dan gagal keluar daripada longkang kecil berkenaan.

Menurutnya, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.12 pagi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.“Sepasukan lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Abdul Halim Hassan tiba di sekolah itu pada jam 11.20 pagi. “Pemeriksaan kemudian mendapati lutut mangsa tersepit pada besi penutup longkang. Kami terpaksa meletakkan minyak sebelum cuba memusingkan tubuh mangsa. Keseluruhan kaki kiri mangsa akhirnya dapat dikeluarkan dalam masa kurang tiga minit,” katanya di sini, semalam, Menurutnya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan atau bengkak teruk. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!