Sunday, May 25, 2014

Kisah OKU yang jadi jutawan sekelip mata di India



Kisah OKU yang jadi jutawan sekelip mata di India | Vinod Thakur, jejaka kelainan upaya (OKU) yang masyhur dan menjadi jutawan sekelip mata selepas menyertai program realiti televisyen India, berkata tarian membantunya bertemu cinta, kekayaan dan kebahagiaan. Pertama kali kelibatnya di pentas, dia dilihat duduk bersilang kaki di atas lantai, beberapa saat kemudian, dengan menggunakan dua lengannya yang kuat dia berdiri di atas tangannya. Baharulah penonton menyedari, penari berusia 23 tahun ini rupanya tidak mempunyai kaki.


“Saya masih tak percaya kehidupan saya kini,” kata warga Delhi itu selepas persembahan mengagumkan di ibu negara India. “Memang gila. Tak lama dulu, nak simpan Rs1,000 (RM18) pun susah. Sekarang saya seorang jutawan.” katanya yang kini memiliki rumah dua tingkat, berkahwin dengan cinta sejati, Raksha Rathore, 19, dan merantau ke seluruh dunia.-AP




.

Terkini!! Bekas pelumba Moto3 negara maut nahas di Kota Tinggi



Terkini!! Bekas pelumba Moto3 negara maut nahas di Kota Tinggi | Bekas pelumba Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik maut selepas Modenas Kriss yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sengat di sini jam 8.30 pagi tadi. Husni Aizat, 20, dikatakan dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke FELDA Air Tawar 1 dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan FELDA Air Tawar 2.-BH




.

Elaun baru khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar



Elaun baru khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun baharu khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup. Presidennya, Azih Muda berkata, Elaun Bandar itu yang dicadangkan antara RM400-RM500 sebulan pasti dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

"Sudah sampai masanya untuk kerajaan memperkenalkan elaun ini kerana kita khuatir jika kita tidak bantu mereka, tumpuan terhadap kerja akan terganggu apabila penjawat awam ini memilih untuk melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama-sama penjawat awam negeri Terengganu yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di sini hari ini. - Bernama



.

Tentera Laut AS temui badan kapal hilang


Tentera Laut AS temui badan kapal hilang | Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat dilaporkan menemui badan kapal layar UK Cheeki Rafiki yang hilang sejak 15 Mei lalu di utara Laut Atlantik, semalam. Menurut pengawal pantai AS, perenang pasukan penyelamat telah mengetuk badan kapal untuk memastikan mangsa masih hidup namun tiada jawapan. “Rakit keselamatan yang ada di dalam kapal tersebut tidak digunakan dan masih dalam keadaan baik,” katanya yang dipetik portal BBC, hari ini. Difahamkan, kapal tersebut dilayari oleh empat kru iaitu Paul Goslin, 56, dari West Camel, Somerset; Steve Warren, 52, dari Bridgwater, Somerset; Andrew Bridge, 22, dari Farnham, Surrey; dan James Male, 22, dari Romsey, Hampshire.

Kapal layar tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari Antigua ke Britain selepas menyertai Minggu Pelayaran Antigua di St. Paul pada 15 Mei lalu. Operasi menyelamat yang melibatkan dua pesawat dan dua kapal air dikerah sebaik sahaja hubungan komunikasi kapal tersebut dan menara kawalan terputus. Dalam pada itu, keluarga mangsa yang telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa kekal bertenang sebaik sahaja menerima berita tragedi tersebut. “Kami tahu mereka masih hidup di luar sana, sebagai ahli keluarga, kami harus sentiasa berfikiran positif,” kata salah seorang ayah mangsa, Graham Male. Penemuan pasukan penyelamat mendapati tingkap badan kapal tersebut telah pecah dan kabin kapal layar tersebut telah dipenuhi air. -AP



.

NADZERI Mustafa, orang pertama berkanu pergi balik Perlis-Johor



NADZERI Mustafa, orang pertama berkanu pergi balik Perlis-Johor | NADZERI Mustafa semalam mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama menamatkan dayungan kanu secara solo menyusuri pantai barat Semenanjung Malaysia dari Perlis ke Johor dan balik sejauh 2,000km. Anak jati Perlis itu menamatkan misi tersebut dalam masa 61 hari iaitu dua hari lebih awal. Beliau tiba di Denai Larian Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis di Sungai Pengkalan Asam di sini kira-kira 11.45 pagi. Ketibaan Nadzeri, 51, disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ramli Dai, dan kira-kira 500 orang penduduk tempatan dan peminat kanu.

Nadzeri memulakan dayungan pada 25 Mac lepas dalam program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Perlis bersempena Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014 yang bermula hari ini. Beliau berdayung tanpa diiringi pasukan penyelamat di laut dan darat tiba di Dangga Bay, Johor pada 20 April lepas dan kemudian memulakan perjalanan balik ke Perlis pada hari berikutnya. Bapa kepada tiga anak berusia antara 18 dan 24 dari Jelempuk itu berkata beliau membuat persiapan memantapkan fizikal dan mental selama tiga tahun dan misi yang dibawa antaranya mempromosi Sukma Perlis, keamanan sejagat serta Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Di setiap persinggahan saya mendapatkan tandatangani orang-orang yang simpati dengan tragedi pesawat MAS MH370. Misi ini juga untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu mencipta rekod seperti bangsa asing," kata Nadzeri yang mengusahakan perkhidmatan pelancongan di Kuala Lumpur. Katanya selain pengalaman pahit yang mengancam nyawa beliau turut terhibur kerana berpeluang melalui pengalaman-pengalaman lucu dan sukar dilupakan di sepanjang lapan negeri yang dilalui. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!