Monday, May 26, 2014

Cara Unik Jepun Menangani Krisis Populasi Yang Mencatatkan Kadar Kelahiran Paling Rendah


Cara Unik Jepun Menangani Krisis Populasi Yang Mencatatkan Kadar Kelahiran Paling Rendah | Jepun kini berhadapan dengan krisis populasi apabila mencatatkan kadar kelahiran paling rendah sejak 1899 tahun lalu. Pada 2013, Jepun mempunyai jumlah warga tua yang tinggi iaitu 244,000 orang, manakala kadar kelahirannya menurun kepada 1.03 juta tahun lalu, angka yang membimbangkan negara itu. Sehubungan itu, kerajaan Jepun mengarahkan menteri wanitanya, Yuriko Koike merangka pelan untuk menangani situasi itu. Antara penyelesaiannya yang akan dilakukan adalah dengan menjodohkan lebih ramai pasangan menerusi kaedah kuno iaitu mencari jodoh untuk anggota tentera yang masih bujang dengan wanita di seluruh pelusuk Jepun.

Malahan, Perdana Menteri, Shinzo Abe memperuntukkan 3 billion yen untuk bajet tahun fiskal 2014 bagi program meningkatkan kadar kelahiran sebagai salah satu strategi menangani krisis populasi negara itu. Buat pertama kalinya, pada 7 Julai ini kerajaan Jepun akan menganjurkan pesta bertemu jodoh membabitkan 40 pasangan dengan harapan ia berakhirnya ikatan perkahwinan. "Situasinya serius sekali ketika ini dan untuk memastikan negara mempunyai populasi generasi muda yang lebih ramai, kita perlu menggalakkan rakyat untuk berkahwin. "Sekurang-kurangnya 600,000 perkahwinan dicatatkan tahun lalu dan sasarannya adalah sehingga sejuta menjelang 2020," katanya.

Koike yang juga ketua Liga Parlimen Machikon-Konkatsu meletakkan sasaran itu sebaik kumpulan itu dibentuk untuk menangani krisis populasi yang makin meruncing itu, tahun lalu. Minggu ini, kumpulan ini akan mengadakan persidangan membabitkan menteri kanan, pegawai di kerajaan tempatan dan syarikat penemu jodoh untuk merangka strategi bagi menggalakkan generasi muda Jepun yang ramai berkahwin dan mendapat zuriat. Walaupun ia misi yang sukar, tetapi kerajaannya tetap akan berusaha menanganinya dengan membabitkan semua pihak dari ahli politik, syarikat swasta dan masyarakat. -AP




.

Tarikh bajet 2015 dibentangkan di Parlimen



Tarikh bajet 2015 dibentangkan di Parlimen | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2015 akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini. Najib berkata, kerajaan akan berusaha memastikan ekonomi terus tumbuh sementara agenda reformasi fiskal tidak dipinggirkan. "Kita jangkakan defisit fiskal akan menurun kepada 3.5 peratus tahun ini dan mencapai bajet yang seimbang pada 2020," katanya berucap dalam majlis konsultasi Bajet 2015 di sini hari ini. - Utusan



.

Babak dramatik.. Lelaki selamatkan bayi 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan


Babak dramatik.. Lelaki selamatkan bayi 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan | Stesen televisyen China, CCTV berjaya merakamkan babak dramatik seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan seorang bayi berumur 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar Zhongshan di wilayah ini, baru-baru ini. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut bayi tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.

Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online. Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat bayi berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya. Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika bayi itu terjatuh.

Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut bayi itu selepas kanak-kanak itu terjatuh. “Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya. “Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan bayi itu, tanpa mengharapkan apa-apa,'' katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ. -DM



.

Dia diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas kerana OKU



Dia diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas kerana OKU | Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun memakai baju biru diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas tidak diendahkan orang ramai yang lalu-lalang. Lakhan Kale dikatakan mengidap penyakit cerebral palsy dan epilepsi, menyebabkan dia tidak mampu mendengar dan bercakap. Bagi memastikan Lakhan selamat ketika neneknya bekerja, dia diikat sebelum wanita itu pergi menjual alat permainan dan kalungan bunga di tepi jalan di bandar itu. Sakhubai Kale, 66, yang membesarkan Lakhan di jalan berhampiran perhentian bas tidak mempunyai rumah berkata:

“Apa lagi yang mampu dilakukan saya? Dia tidak boleh bercakap, bagaimana dia boleh memberitahu orang lain jika dia tersesat?”. Sakhubai memberitahu media dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Lakhan setelah budak itu kematian bapanya beberapa tahun lalu dan emaknya lari meninggalkan keluarga. Gambar Lakhan diikat yang disiarkan dalam akhbar minggu ini mencetuskan kebimbangan antara pertubuhan kebajikan dan polis yang menyelamatkannya dan membawanya ke pusat jagaan kendalian kerajaan.

Namun, kumpulan aktivis berkata nasib Lakhan yang hidup di jalanan tidak mengejutkan kerana negara itu kekurangan kemudahan untuk membantu golongan kurang upaya yang ditindas. Ketika Sakhubai dan cucu perempuannya Rekha, 12, mencari rezeki, Lakhan sering merayau di jalan raya dan tidak ada siapa yang mempedulikannya. Pada sebelah malam malam, Sakhubai akan mengikat kaki Lakhan pada kakinya ketika mereka tidur bagi memastikan cucunya itu tidak melarikan diri. - AFP

Susulan penarikan 2 produk coklat jenama Cadburry Dairy Milk di pasaran


Susulan penarikan 2 produk coklat jenama Cadburry Dairy Milk di pasaran | Peniaga di sekitar ibu negara sudah mula menghentikan jualan dua produk coklat jenama Cadbury Dairy Milk selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan coklat itu mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi. Dua produk berkenaan adalah Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Tinjauan semalam mendapati kebanyakan kedai runcit, pasar raya dan stesen minyak di sini sudah menghentikan jualan dua produk berkenaan serta merta kepada pelanggan. Pekerja kedai serbaneka, Siti Mariam Abdullah, 20, berkata pihaknya kini sedang menunggu ketibaan syarikat pengeluar, Cadbury Confectionery Malaysia (M) Sdn Bhd, untuk mengambil produk berkenaan selepas arahan menghentikan jualan coklat itu dikeluarkan sejak malam kelmarin.

“Wakil syarikat Cadbury datang ada pada jam 11.30 pagi bagi memastikan sama ada kami sudah menghentikan jualan kepada pelanggan,” katanya. “Kami juga dimaklumkan supaya menyimpan coklat itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan,” katanya. Bagi seorang lagi penyelia kedai makanan, Norizah Jiman, 28, dia juga masih menunggu arahan berkenaan tarikh mengembalikan coklat itu kepada pengeluar. “Walaupun arahan rasmi dari pihak atasan belum dikeluarkan, tetapi premis kami telah pun menghentikan jualan memandangkan majoriti pelanggan kami adalah orang Islam,” katanya. Sementara itu, orang ramai melahirkan kebimbangan terhadap status halal produk coklat Cadbury Dairy Milk walaupun hanya dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!