Wednesday, May 28, 2014

Pelakon Abby Abadi fail permohonan cerai


Pelakon Abby Abadi fail permohonan cerai | Pelakon Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok. Difahamkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi. Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.

 Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik. "Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. - Utusan



.

Artis ini membuat pengakuan yang mengejutkan



Artis ini membuat pengakuan yang mengejutkan | Seorang artis Norway mendakwa memakan daging tulang pinggulnya dan menyifatkannya sama seperti daging ‘biri-biri liar.’ Akhbar Local melaporkan Alexander Selvik Wengshoel, 25 dilahirkan dengan kecacatan pinggul perlu menjalani pembedahan menggantikan salah satu pinggulnya. Dia merakamkan proses pembedahan itu dan mempamerkan tulang pinggul yang dibuang pada satu pameran seni di Oslo. Di pameran itu, Wengshoel memberitahu media dia memakan sebahagian daging yang melekat pada tulang pinggulnya itu. Artis itu memberitahu dia merebus tulang untuk meleraikan daging berkenaan dan kemudian memakannya bersama kentang dan segelas wain.

“Saya menyediakan makan malam itu sendiri ketika teman wanita saya tiada di rumah dan memutuskan untuk menikmati saat terbaik hanya bersama tulang pinggul saya,” katanya menurut Local. Ketika ditanya sama ada Wengshoel cuba menipu, artis itu dengan tegas berkata: “Saya bercakap benar. Wengshoel juga menyifatkan proses mengunyah dan memakan daging pinggulnya itu sebagai satu terapi. “Tulang pinggul itu memberikan saya masalah selama lebih 20 tahun dan memakan dagingnya mungkin boleh melegakan saya,” katanya.

Mujur Wengshoel melakukannya seorang diri. Pada 2012, seorang artis Jepun, Mao Sugiyama didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh selepas didakwa memasak dan menyajikan sebahagian kemaluannya kepada sekumpulan kanibal yang membayar kira-kira RM750 untuk menikmati sajian berkenaan. Walaupun Wengshoel berkata, daging pinggulnya itu sama rasanya seperti ‘biri-biri liar,’ beberapa orang yang pernah memakan daging manusia berkata, rasanya berbeza. Kanibal warga Jerman yang didapati bersalah kerana membunuh berkata pada 2007, daging manusia sama rasanya dengan daging babi tetapi lebih liat. Dan pada 1920-an, wartawan William Seabrook menulis, daging manusia yang dimakannya ketika menghabiskan masa bersama kumpulan kanibal di barat Afrika mempunyai rasa yang lazat. -AP




.

[Gambar] Pelumba basikal triathlon parah dalam nahas



[Gambar] Pelumba basikal triathlon parah dalam nahas | Pemenang pingat emas Sukan SEA, Kimberly Yap cedera dalam satu insiden di Penchala Link ketika mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya pada Rabu. Difahamkan, basikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai Toyota Harrier. Kimberly dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk mendapat rawatan. Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Laporan imbasan CT menunjukkan tiada kerosakan pada organ pentingnya. Menurut doktor, Kimberly mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis. Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 pagi selepas di berbasikal melepasi sebuah terowong.

Misteri kejadian bunuh diri beramai-ramai di China kini terjawab


Misteri kejadian bunuh diri beramai-ramai di China kini terjawab | Berpuluh-puluh warga tua China membunuh diri untuk mengelak daripada undang-undang mengharamkan pengebumian yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Keputusan drastik itu diambil bagi memastikan kematian mereka sempat didaftar sebelum 1 Jun ini apabila pihak berkuasa wilayah Anhui menutup semua tanah perkuburan. Mayat mereka yang mati selepas tarikh berkenaan akan dibakar kerana masalah kekurangan tanah. Pihak berkuasa berkata, tanah perkuburan mengambil ruang yang banyak. Bagi menyampaikan mesej berkenaan, pegawai majlis mengunjungi pusat pengurusan mayat untuk memusnahkan keranda.

Tindakan kejam demikian hanya meningkatkan lagi jumlah kes bunuh diri dalam kalangan warga tua kerana mahu memastikan mayat mereka sempat ditanam. Media tempatan melaporkan puluhan kes warga tua wilayah itu membunuh diri kerana mahu mayat mereka layak ditanam. Undang-undang yang hendak dilaksanakan itu tidak memberikan impak besar kepada penduduk bandar, tetapi di kawasan luar bandar pembakaran mayat dianggap hina dan tidak dipersetujui ramai. - AP




.

[Gambar] Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lepaskan beberapa das tembakan di Lahad Datu


[Gambar] Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lepaskan beberapa das tembakan di Lahad Datu | Seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di depan sebuah kedai 24 jam di bandar Lahad Datu di sini, awal pagi tadi. Kejadian jam 4.45 pagi itu dipercayai berlaku akibat salah faham antara dua anggota tentera berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan. Anggota tentera terbabit meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, manakala dua lagi orang awam berkenaan yang masing-masing cedera di kaki dan bahu dirawat di hospital sama dengan keadaan mereka dilaporkan stabil.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata polis masih mengesan seorang anggota tentera yang melarikan diri sebaik kejadian itu. Beliau juga menegaskan, setakat ini hanya seorang anggota tentera maut dan tiada maklumat mengatakan seorang lagi anggota keselamatan itu cedera dalam kejadian berkenaan. "Kita masih menyiasat jenis senjata yang digunakan. Laporan sebelum ini mengatakan suspek menggunakan M-16 bukan dari polis, kita masih menyiasat," katanya. Difahamkan, dua orang awam itu ditembak ketika cuba meleraikan pertelingkahan antara dua anggota tentera terbabit. -BH





.

Penemuan menggemparkan sekumpulan pelajar ketika lawatan ke tapak Morro de Arica


Penemuan menggemparkan sekumpulan pelajar ketika lawatan ke tapak Morro de Arica | Sekumpulan pelajar menemui mumia berusia 7,000 tahun ketika dalam perjalanan ke utara Chile, lapor media tempatan pada Selasa. Akhbar La Tercera melaporkan bahawa penemuan itu berlaku secara kebetulan pada Sabtu lalu ketika lawatan ke tapak Morro de Arica oleh sekumpulan pelajar tempatan.


Mereka yang mendaftar di bengkel arkeologi melaksanakan kerja-kerja penggalian apabila seorang daripada mereka menemui objek pelik. Menurut laporan, artifak arkeologi purba itu ditolak ke permukaan berikutan gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian itu April lalu. Penganjur lawatan, Hans Neira berkata selepas penemuan mumia itu, kawasan berkenaan perlu diisytiharkan sebagai zon yang dilindungi. -AP




.

Wanita itu dibunuh kerana memilih jodoh sendiri dianggap menjatuhkan maruah keluarga



Wanita itu dibunuh kerana memilih jodoh sendiri dianggap menjatuhkan maruah keluarga | Seorang wanita berusia 25 tahun dibaling dengan batu sehingga mati kerana dia berkahwin dengan kekasihnya, kata polis. Menurut seorang pegawai kanan polis, Umer Cheema, wanita itu, Farzana Iqbal pada mulanya tiba di luar sebuah Mahkamah Tinggi di sini. Bagaimanapun, sekumpulan lelaki membaling batu ke arahnya menyebabkan dia meninggal dunia. Umer berkata, bapa, dua orang abang dan bekas tunangnya antara yang menyerang Farzana. Polis berkata, Farzana cedera parah di kepala dan diumumkan meninggal dunia di sebuah hospital. "Semua suspek kecuali bapanya melarikan diri. Dia mengaku membunuh anak perempuannya," kata Cheema.


Menurutnya, pembunuhan itu dilakukan disebabkan maruah keluarga. Kebanyakan keluarga Pakistan berpendapat seorang wanita yang berkahwin dengan pilihan sendiri menjatuhkan maruah keluarga. Farzana bertunang dengan sepupunya tetapi berkahwin dengan lelaki lain, jelas Cheema. Keluarganya telah membuat aduan di sebuah mahkamah dengan mendakwa anaknya itu diculik. Cheema berkata, Farzana perlu datang ke mahkamah untuk berhujah bahawa dia telah berkahwin dengan kerelaannya sendiri. Kumpulan hak asasi Pakistan, Yayasan Aurat menyatakan, kira-kira 1,000 wanita Pakistan dibunuh pada setiap tahun oleh keluarga mereka kerana maruah. - Reuters




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!