Thursday, May 29, 2014

[Gambar/Video] Bukti kewujudan buaya di Sungai Klang



[Gambar/Video] Bukti kewujudan buaya di Sungai Klang | Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Fadhlan HelangPutih mendakwa telah merakam kelibat seekor buaya di Sungai Klang pada Ahad lalu. Pendedahan itu dibuat selepas individu tersebut mendakwa berjaya merakam kelibat buaya semasa berhenti di laluan motosikal Lebuhraya Shah Alam (Kesas) semasa dalam perjalanan dari Klang ke USJ.Dalam entrinya, Fadhlan HelangPutih mendakwa, rakaman itu dibuat pada pukul 2.50 petang (14.50) dengan disaksikan oleh empat penunggang motosikal lain.


 "Pernah drgr (dengar) org kata sg.klang ada buaya tapi aku tak caye (percaya).... Erm... Skrg sendiri yg lihat..... Uh!!!!! Benar rupanya...... "Kebetulan naik moto (tunggang motosikal) dari klg (Klang) nk ke usj... Namapak (nampak) penungang lain jegok2 bawah tu... Try ar jegok nampak ekor binatang berenang2 masuk bawah jembatan tapi ekor tu aku yakin buaya... "Jd ambik fon.. G (pergi) ke sebelah jembatan... Yes!! Dapat rakam.... Erm... Hope korg sebarkan video ni kerna jgn pula ada anak2 atau sesiapa yg sangkan," jelasnya dalam entri tersebut. Entri lelaki yang tinggal di Klang itu kemudian mendapat sebanyak 2,225 kongsi (share) dan tujuh komen daripada rakan-rakanya sehingga pukul 10.30 pagi Khamis. -Mstar




.

Hah, inilah penangan bola sepak piala dunia


Hah, inilah penangan bola sepak piala dunia | Seorang warga emas, Marilza Guimaraes da Silva menghiasi bilik tidurnya dengan warna-warna bendera pasukan bola sepak Brazil. Silva yang berusia 63 tahun turut menggunakan cadar bendera Brazil yang menyelimuti tilam di atas katil bilik tidurnya. Dia juga meletakkan langsir yang mempunyai corak warna bendera Brazil.


Bendera Brazil mempunyai warna hijau, kuning, putih dan biru. Silva turut memakai jersi berwarna kuning dan seluar panjang biru. Skuad Brazil akan bertanding pada Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung di negara ini pada 12 Jun hingga 13 Julai depan. - Agensi




.

Mr Bean Selamatkan Nyawa Pemandu McLaren F1 Yang Terlibat Dengan Kemalangan


Mr Bean Selamatkan Nyawa Pemandu McLaren F1 Yang Terlibat Dengan Kemalangan  | KETIKA membawa watak sebagai Mr Bean, Rowan Atkinson seorang yang dilihat tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya sering ditertawakan masyarakat dunia. Namun, pada Selasa, pelakon itu telah menyelamatkan nyawa seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam kemalangan di Tuscany, Itali.Mr. Bean, 59, merupakan individu pertama yang membantu menyelamatkan pemandu kereta jenis McLaren F1 selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok.

Pemandu kereta itu hilang kawalan ketika sedang memecut dengan kelajuan 240 batu-sejam sebelum merempuh pokok sehingga meyebabkan kenderaan berkenaan terbalik.Semasa kemalangan, Atkinson merupakan salah seorang daripada peserta konvoi permotoran yang melalui perkampungan Tuscany. Dia bukan sahaja menyelamatkan lelaki itu tetapi turut membantu memungut serpihan kereta sukan tersebut dan memberikan keterangan sebagai saksi kepada polis.

Pemandu kereta sukan itu telah diterbangkan ke hospital di Pisa menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Pada 2011, Atkinson terselamat daripada maut selepas kereta sukan miliknya juga jenis McLaren F1 terbabas dan merempuh pokok di Northamptonshire.Kereta kesayangannya mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan perbelanjaan sebanyak £910,000 untuk dibaik pulih. Dengan perbelanjaan itu, kereta sukan Mr Bean telah direkodkan sebagai kereta yang menelan kos tertinggi di Britain untuk diperbaiki selepas terlibat dalam kemalangan. -AP




.

Suami Abby Abadi Lakukan Dua Kali Lafaz Cerai



Suami Abby Abadi Lakukan Dua Kali Lafaz Cerai  | Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah. Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai dan mengakui terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah. "Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. "Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah," jelas Abby kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah, Muhammad Noor Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi "Aku ceraikan kau" dan diikuti "Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku" pada 9 Mei lalu. Jelas Abby, SMS yang dihantar kira-kira pukul 10.25 pagi itu dibuat oleh defendan selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya ekoran suaminya itu tidak pulang ke rumah.

"Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. "Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej," katanya kepada mahkamah. Muhammad Noor Farhan ketika disoal balas oleh Shaiful Azli mengakui ada menghantar SMS berkenaan dan memang berniat untuk menceraikan isterinya itu. Sementara itu, Abby ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu, dia reda dengan ketentuan terhadap perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan namun masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik. -Mstar



.

[Gambar] Tindakan anggota polis letak kaki di Hajar Aswad menimbulkan kemarahan orang ramai



[Gambar] Tindakan anggota polis letak kaki di Hajar Aswad menimbulkan kemarahan orang ramai | Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah marah terhadap gelagat seorang anggota polis yang meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, di sini baru-baru ini. Menurut laman web arabnew,com, gabenor itu menggesa Ketua Polis Mekah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan atas perbuatannya itu. Perbuatan anggota polis tersebut yang meletakkan kakinya di kawasan Hajar Aswad itu tersebar luas di media sosial.

Putera Mishaal mengarahkan ketua polis supaya mengadakan kempen kesedaran khas kepada anggota keselamatan, tentera dan pegawai awam yang bekerja di kedua-dua masjid suci (Masjidil Haram dan Masjid Nabi) bagi menghormati kesucian di kawasan sekitar kedua-dua masjid itu serta berurusan dengan jemaah secara sopan. Beberapa orang penulis blog Arab Saudi, mengutuk tindakan anggota polis itu dengan berkata, seseorang yang tidak menghormati tempat-tempat suci tidak harus dilantik bagi menguatkuasakan undang-undang dan berkawal di tempat suci.

Seorang lagi penulis blog yang merupakan seorang pelajar di United Kingdom di bawah Program Biasiswa Luar Negeri, Raja Abdullah, menggesa pegawai-pegawai keselamatan supaya mempelajari daripada pengawal diraja Britain yang sanggup berdiri beberapa jam seperti berhala. "Kita perlu mempunyai satu pasukan khas untuk berkawal di kedua-dua masjid suci yang mempunyai kecerdasan fizikal dan memakai uniform tentera terutama yang direka khas untuk disesuaikan dengan tempat suci," katanya. Beliau berkata, anggota polis yang bertugas di kedua-dua masjid itu juga perlu diberikan latihan khas untuk menangani jemaah secara sopan. -AP




.

Walaupun sudah 4 tahun bercerai dan masih tinggal sebumbung, duda ini masih tidak serik


Walaupun sudah 4 tahun bercerai dan masih tinggal sebumbung, duda ini masih tidak serik | Meskipun sudah bercerai sejak empat tahun tahun, seorang lelaki berusia 50-an masih berterusan berdendam dengan bekas isteri hingga cuba menolak wanita itu dari tingkat lapan rumah mereka di Jalan Puchong, di sini kelmarin. Difahamkan, pasangan itu masih tinggal sebumbung berikutan lelaki itu tiada pekerjaan tetap dan merayu kepada bekas isterinya untuk membenarkan dia menumpang di rumah itu. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Maisarah, 49, berkata, dia bercerai dengan bekas suaminya akibat tidak tahan dengan perangai panas barannya namun akibat kasihan, dia masih membenarkan lelaki itu yang tidak mempunyai tempat tinggal menyewa sebuah bilik di rumahnya.

Katanya, meskipun sudah bercerai lelaki itu tetap meneruskan perangai panas barannya malah dia pernah ditampar apabila meminta dia tidak membazir elektrik dan air berikutan dia seorang saja yang bekerja untuk menanggung dua orang anak dan lelaki berkenaan. “Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, saya cuba menegur sikap bekas suami yang masih tidak berkerja hingga saya terpaksa menanggungnya. Teguran saya itu menyebabkan bekas suaminya itu cuba menolaknya ketika berada di balkoni rumah namun saya sempat berpaut pada rod besi balkoni. “Selepas menjerit meminta tolong, anak sulung saya yang berusia 16 tahun yang kebetulan berada di rumah menolong saya dengan bantuan jiran lain manakala bekas suaminya itu melarikan diri,” katanya. Menurutnya, dia yang cedera di tangan, kepala dan kaki kiri akibat kejadian itu mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Petaling. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!