Friday, May 30, 2014

Reaksi terkini Cadbury Malaysia



Reaksi terkini Cadbury Malaysia | Cadbury Malaysia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai apa-apa bahan berunsurkan babi di dalam dua coklat keluaran syarikat itu sebaliknya berpegang teguh kepada pensijilan halal yang diperolehi. Ketua Unit Hal Ehwal Korporatnya Raja Zalina Raja Safran dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi berkata, walaupun telah menarik balik kedua-dua produknya itu secara proaktif dan sukarela, Cadbury sentiasa mempraktikkan standard tertinggi dalam pelabelan produknya. “Cadbury Malaysia ingin memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kami amat tertumpu terhadap menyelesaikan kebimbangan yang membawa kepada penarikan balik dua produk Cadbury Coklat Susu secara proaktif di Malaysia.

“Kami akan terus memberikan kerjasama positif kepada pihak berkuasa dalam masa menunggu keputusan analisis dari Kementerian Kesihatan yang dijalankan oleh JAKIM bagi produk berkenaan dan rantai bekalan yang berkaitannya,” kata kenyataan itu. Tambah beliau, syarikat turut menyokong tindakan positif Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membantu membina pemahaman tentang produk Cadbury yang boleh dimakan tanpa was-was dan mengekalkan status halal. “Kami juga kekal komited mematuhi garis panduan peraturan halal JAKIM seperti yang ditetapkan Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia dalam menyediakan rangkaian produk yang berkualiti kepada pelanggan,” katanya. Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel 175 gram yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam 175 gram bertarikh luput 15 Januari 2015 disahkan positif mengandungi kesan DNA khinzir. -Metro




.

[Gambar] Peminat tumbuk muka Pelakon Brad Pitt ketika tayangan perdana filem Maleficent



[Gambar] Peminat tumbuk muka Pelakon Brad Pitt ketika tayangan perdana filem Maleficent | Pelakon Brad Pitt ditumbuk di muka malam kelmarin ketika menandatangani autograf peminatnya pada tayangan perdana filem Maleficent lakonan pasangannya, Angelina Jolie. Seorang lelaki tiba-tiba melompat melepasi halangan di luar Teater El Capitan dan menyerang aktor itu pada penayangan pertama filem berkenaan, kata anggota polis Los Angeles, Sarjan Leonard Calderon, menurut CNN.


Tidak terganggu 


CNN berkata, Pitt atau Jolie tidak terganggu dengan kejadian itu. Polis menahan suspek yang dikenali sebagai Vitalii Sediuk, 25, menurut Los Angeles Times. Ia berkata, motif serangan tidak diketahui. Menurut CNN, penyerang boleh didakwa cuba mencederakan. -AFP




.

Tindakan berlebihan bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo ini sebenarnya sudah dirancang awal


Tindakan berlebihan bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo ini sebenarnya sudah dirancang awal | SAMBUTAN gol bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo ketika menentang Atletico Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah sebenarnya telah dirancang untuk dirakam kamera sebelum perlawanan bermula. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang wartawan Sepanyol terkenal, Jose Felix Diaz.

Ronaldo menanggalkan jersinya selepas menjaringkan penalti untuk membantu Real Madridi menewaskan Atletico 4-1 pada masa tambahan di Lisbon. Diaz berkata, sambutan gol Ronaldo sebenarnya dirancang untuk dirakam kamera yang akan digunakan dalam filem 'Ronaldo: The Movie', sebuah projek bagi membantu mempromosikan jenama CR7. "Cristiano Ronaldo meraikan gol keempatnya untuk Real Madrid secara 'berlebihan' ketika aksi final di Lisbon.

Hanya segelintir pihak memahami mengapa dan Atlectico marah terhadap tindakan pemain kebangsaan Portugal itu. "Sebabnya adalah berkaitan dengan sukan itu sendiri dan untuk tujuan pemasaran jenama CR7. Tindakan itu dirakam oleh kamera khas yang akan digunakan dalam filem:' Ronaldo, The Movie.' "Ronaldo tahu dimana kedudukan kamera tersebut dan berlari ke arahnya untuk meraikan gol tersebut," kata Diaz. -AP




.

Misteri wanita hidapi sakit luar biasa sejak 10 tahun didedahkan selepas menjalani X-ray



Misteri wanita hidapi sakit luar biasa sejak 10 tahun didedahkan selepas menjalani X-ray | Seorang wanita yang mengalami sakit luar biasa sejak 10 tahun lalu mendapati dalam badannya mempunyai sembilan pin dan jarum selepas menjalani ujian X-ray, lapor akhbar MailOnline semalam. Beberapa doktor yang memeriksa Alatan Hsia mendapati pin dan jarum berkenaan terdapat pada bahagian paru-paru, hati, kaki dan berhampiran dengan jantung. Dalam pada itu, wanita itu yang merupakan penggembala lembu berkata, dia pernah melalui situasi perkahwinan yang teruk sebelum ini. "Bekas suaminya saya, Chung Hsiao selalu memukul saya. Pada akhir tahun 2002, saya ke rumah ibu bapa saya untuk mengelak daripada dia.


 "Pada suatu hari, apabila saya berada di sana dan kedua orang tua saya keluar, dia datang dan memukul saya. Dia menjerit: "Jika kamu tidak pulang ke rumah, saya akan membunuh kamu. Saya dipukul hingga koma," jelasnya. Apabila Hsia tersedar daripada koma lima hari selepas itu, ibu bapanya memberitahu yang mereka menemui sembilan jarum di sisinya ketika kejadian berlaku. "Saya percaya selepas memasukkan sedikit jarum ke dalam badan saya, dia kemudian melarikan diri dan membiarkan selebihnya di atas lantai," katanya lagi. Bagaimanapun, wanita itu kini memerlukan kos sebanyak £17,000 (RM91,372) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pin dan jarum-jarum tersebut. - Agensi




.

Kanak-kanak perempuan hilang di pusat beli belah ditemui mati dalam keadaan mengerikan



Kanak-kanak perempuan hilang di pusat beli belah ditemui mati dalam keadaan mengerikan | Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi. Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. "Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya. Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!