Saturday, May 31, 2014

[Gambar] Mayat suspek pembunuhan budak perempuan ditemui di Sunway



[Gambar] Mayat suspek pembunuhan budak perempuan ditemui di Sunway | Satu mayat lelaki dipercayai suspek pembunuhan kejam membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun, kelmarin, ditemui terapung berhampiran Tol Bandar Sunway, kira-kira 4 petang ini. Mayat berusia 27 tahun terbabit ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Selangor yang menjalankan misi mencari sejak hari kejadian.


Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi memberitahu pihak polis belum mengenalpasti mayat terbabit adalah suspek. Katanya, pasukan forensik masih berada di lokasi mayat ditemui untuk pengesahan dan tidak menolak kemungkinan mayat itu ada suspek yang diburu berdasarkan corak baju.




.

[Gambar] Budak perempuan jatuh dari tingkat 3 pusat beli-belah di ibu negara



[Gambar] Budak perempuan jatuh dari tingkat 3 pusat beli-belah | Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari Tingkat 3, di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, petang tadi. Mangsa, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, parah apabila bahagian belakang kepalanya pecah dalam kejadian jam 2 petang itu. Difahamkan, semasa kejadian, bapa mangsa dipercayai terlepas pandang dan mendapati anaknya sudah jatuh ke tingkat bawah. Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk bedah siasat. -BH




.

Punca amalan perkahwinan kanak-kanak berlaku



Punca amalan perkahwinan kanak-kanak berlaku | Sebagai sebuah negara yang mencatatkan kadar perkahwinan kanak-kanak tertinggi di dunia, Niger sedang berusaha untuk hentikan amalan itu kerana dikhuatiri permasalahan itu tidak ada penghujungnya. Antara faktor yang dikenalpasti berlakunya perkara itu disebabkan oleh masalah kemiskinan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Malah keadaan semakin parah apabila negara itu juga mempunyai kadar kelahiran tertinggi di dunia dan kedudukan negara itu paling rendah dalam indeks Pembangunan Manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di tangga 187 daripada 187 kedudukan. Statistik mendapati 24 peratus daripada gadis yang mencecah umur 15 tahun akan dikahwinkan manakala 80 peratus pula apabila menjangkau 18 tahun, lapor BBC.

Namun amalan perkahwinan kanak-kanak sudah menebal dalam masyarakat negara itu susulan pemberian mahar (wang hantaran) yang lumayan sekali gus meringankan beban sara hidup keluarga. Tidak hairanlah wujudnya ketakutan bahawa jika anak gadis mereka tidak dikahwinkan segera, mereka bimbang anak meningkat remaja itu akan hamil sebelum berkahwin dan ia sendiri disuarakan oleh seorang ibu dari negara tersebut. Selain kemiskinan, kekurangan pendidikan dalam masyarakat di Niger juga punca utama perkahwinan kanak-kanak masih dipraktikkan sehingga ke hari ini apabila anak-anak gadis mereka tidak dibenarkan ke sekolah.

Apabila kerajaan Niger cuba memberikan perlindungan lebih kepada kaum hawa ini, ia mendapat tentangan yang hebat daripada ulama terkemuka di negara itu. Menurut seorang tenaga pengajar sekolah agama di Agadez, Sheikh Abbas Yahaya bahawa perkahwinan perlu bergantung kepada kematangan fizikal pasangan. "Jika kedua-dua pasangan matang mereka layak berkahwin, kerana dalam agama Islam walaupun pada usia sembilan tahun, jika gadis itu adalah dalam keadaan yang sesuai dia boleh dapat berkahwin,” katanya pada media antarabangsa, semalam. Dalam pada itu, bagi menangani masalah perkahwinan kanak-kanak itu, Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) telah berkempen untuk melakukan perubahan dengan menjalankan program kesedaran di bandar-bandar dan kampung-kampung . Ketua Pegawai perlindungan kanak-kanak di Niger, Brigitte Sonnois berkata, perkahwinan kanak-kanak mesti ditangani dengan meluas pada masa akan datang. -AP




.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA - AULIA IMAN



JIKA MAWAR PUDAR WARNA - AULIA IMAN | Pada mulanya, Amira yang tidak menerima Taufiq sebagai suami, memang agak memberontak berhadapan dengan kenyataan itu. Ya, maruahnya sudah tercemar dek kerana kepercayaannya pada cinta seorang lelaki, malah lebih sadis, dia ditinggalkan oleh Asyraf, di hari bahagia yang tak lama lagi menjelang.

Selepas bergelar isteri Taufiq, Amira memang yakin lelaki yang sudah punya kekasih hati, merangkap tunang itu menerimanya semata-mata disebabkan harta yang disogokkan oleh orang tua Amira. Mengahwini Taufiq menjadikan hidup dan sikap Amira berubah 360 darjah. Hari demi hari Taufiq mula terasa isterinya itu punya tempat yang istimewa didalam hatinya. Namun bagaimana pula dengan Adila, tunangnya yang mula menagih janji untuk memeterai cinta mereka ke alam perkahwinan?? Dan kehadiran kekasih lama Amira yang ingin kembali meraih cinta menjadikan keadaan semakin kusut. Mungkinkah kesilapan terbesar mereka, adalah menyembunyikan perkahwinan mereka?



Tajuk : Jika mawar pudar warna
Penulis : Aulia Iman
Halaman : 794 muka surat
Harga : RM29/RM32




P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

Maklumat penuh kejayaan pembebasan dua mangsa culik di Semporna


 Maklumat penuh kejayaan pembebasan dua mangsa culik di Semporna | Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat. "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita. "Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan. "Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka. "Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini. April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah diculik dari resort Singamata Reef, berhampiran Semporna. Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan.

Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu. Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat. Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia. Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian. Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Gao dan Marcy dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!