Tuesday, June 3, 2014

Menakjubkan!! Burung yang terbang tanpa henti selama 6 bulan



Menakjubkan!! Burung yang terbang tanpa henti selama 6 bulan | Beratnya tidak sampai 1/2 kg. Bila sayapnya merentang hanya 22 inci - setara 55 cm. Namun mampu terbang selama 6 bulan tak berhenti. Inilah burung Alpine swifts. Berkembang biak di Swiss, lalu bermigrasi ke Afrika Barat pada musim sejuk dan akhirnya kembali lagi ke Swiss. Sebelumnya ramai pakar meragui pendedahan tersebut. Dari hasil penilitian terbaru, seperti ditulis Smithsonian Magazine, burung Alpine sift boleh terbang lalu menyambar makanan - berupa serangga kecil - untuk terbang lagi sambil mengunyah. Cara ini boleh membuatkannya tetap segar dalam perjalanan sejauh 3000 km menuju Swiss. -AP




.

Penemuan baru, planet berbatu lebih besar berbanding Bumi



Penemuan baru, planet berbatu lebih besar berbanding Bumi  | Ahli astronomi menemui planet berbatu terbaharu di sebalik sistem solar dengan berat lebih 17 kali ganda berbanding Bumi dan saiz dua kali lebih besar, kata saintis hari ini. Planet terbaharu itu dipanggil "mega-Earth" berputar di sekeliling bintang Kepler-10, terletak kira-kira 560 tahun cahaya dari Bumi di buruj utara langit. Penemuan itu diumumkan pada mesyuarat Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di sini mencetuskan kejutan kerana bagaimana sebuah planet yang besar dan dipercayai terdapat sebahagian besar gas, tidak berbatu keras seperti Bumi atau Marikh - Reuters

Sambutan pembentukan negeri ke-29 di India



Sambutan pembentukan negeri ke-29 di India | India menyambut pembentukan negeri baharu yang ke-29, Telangana selepas Andhra Pradesh dipisahkan menjadi dua negeri, hari ini, sekali gus akan ditadbir oleh kerajaan negeri sendiri. Rangkaian berita Al-Jazeera melaporkan, K. Chandrasekhar Rao dari Parti Telangana Rashtra Samithi (TRS), mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pertama Telangana di negeri yang dihuni kira-kira 35 juta orang di 10 daerah itu. Gabenor Andhra Pradesh, Ekkadu Srinivasan Lakshminarasimhan pula dilantik memegang jawatan yang sama di negeri baharu itu. Perdana Menteri India yang baharu, Narendra Modi melalui laman sosial Twitter turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Chandrasekhar atas pelantikan tersebut.

Pembentukan negeri baharu itu dibuat selepas penduduk Telangana yang terletak di selatan India, menuntut pemisahan dilakukan sejak negara ini merdeka pada 1947 kerana mendakwa sering didiskriminasi dalam pengagihan dana kerajaan, bekalan air dan pekerjaan. Sehubungan itu, ketua Jawatankuasa Tindakan Bersama Telangana, M. Kodandaram berkata, kewujudan negeri berkenaan merupakan detik bersejarah bagi penduduk Telangana yang mahu ditadbir oleh kerajaan negeri sendiri. Tambahnya, kerajaan baharu yang dipilih berdasarkan pilihan raya baru-baru ini perlu menunaikan manifesto yang menyaksikan pembentukan Telangana. "Kami sangat gembira kerana sudah banyak pengorbanan dibuat untuk menjadikan Telangana sebagai sebuah negeri," katanya. "Kini, rakyat negeri ini mahu pembangunan yang pesat dan pengagihan sama-rata hasil negeri daripada kerajaan pusat," katanya. -AP



.

Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal lebur oleh Raptor dari Korea Selatan


 Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal lebur oleh Raptor dari Korea Selatan | Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal tergugat dengan kewujudan robot Velicoraptor dari Korea Selatan yang dicipta mampu memecut melebihi kepantasan Bolt, iaitu 44.2 kilometer sejam. Robot yang dinamakan Raptor itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Lanjutan Sains dan Teknologi, Korea Selatan yang menggunakan dua kaki logam dan dipasang komponen yang mampu menyerap hentakan seperti tendon Achilles, lapor laman web, inquisitr.com. Ini membolehkan Raptor mencapai kelajuan sebanyak 45.9 kilometer sejam di atas mesin senaman treadmill, sekali gus menewaskan rekod Bolt.

Sebelum Raptor, syarikat teknologi, Boston Dynamics pernah mencipta robot Cheetah dengan ciri-ciri haiwan terpantas di dunia itu yang mampu mencapai rekod maksimum pecutan sebanyak 45.5 kilometer sejam. Namun, kedua-dua robot itu hanya boleh memecut di atas treadmill selepas dipasang di atas landasan supaya robot tidak terjatuh. Tahun lalu, Bolt dilaporkan pernah memenangi perlumbaan dengan sebuah bas dalam satu pameran serta bertanding dengan tiga pelari pecut Jamaica, Mario Forsythe, Kimmari Roach, dan Daniel Bailey.


Pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik itu turut berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. "Satu daripada matlamat utama saya ialah untuk menyertai Sukan Olimpik di Rio pada 2016 dan memenangi acara olahraga seperti sebelum ini. "Saya mahu menjadi atlet pertama yang mempertahankan pingat emas sebanyak tiga kali berturut-turut dalam acara berkenaan," katanya yang mungkin akan bersara selepas sukan Olimpik itu. -AP




.

Frank Lampard umum tinggalkan Chelsea selepas 13 tahun sarung jersi kelab


Frank Lampard umum tinggalkan Chelsea selepas 13 tahun sarung jersi kelab | Penjaring terbanyak Chelsea, Frank Lampard mengumumkan dirinya akan meninggalkan Stamford Bridge selepas 13 tahun menyarung jersi kelab berkenaan. Pemain tengah skuad Piala Dunia England itu yang menyertai Chelsea selepas berhijrah dari West Ham United pada 2001 dengan bayaran 11 juta pound (AS$18.43 juta) menjaringkan 209 gol dalam semua pertandingan untuk Chelsea.


"Apapun cabaran selepas ini, saya akan selalu berada di antara anda dan Chelsea sentiasa terpahat dalam hati saya," katanya kepada penyokong kelab itu dalam kenyataan. Lampard yang akan berusia 36 tahun pada 20 Jun ini dan menjadi penolong kapten England pada Piala Dunia di Brazil dikaitkan dengan perpindahan ke New York City bagi aksi Major League Soccer. - Reuters




.

[Gambar] Treler jatuh gaung dekat Gopeng, 2 maut



[Gambar] Treler jatuh gaung dekat Gopeng, 2 maut  | Dua maut apabila treler yang dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di KM300.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara di sini kira-kira jam 10.15 malam tadi. Dalam kejadian itu, kelindan lori kontena itu yang masih belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian manakala pemandunya yang dikenali sebagai Mohd Mustafa Syafie, 36,, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata treler yang membawa muatan alat ganti kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan dipercayai hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian lalu terjunam ke dalam gaung di sebelah kiri jalan. "Mangsa yang tersepit ditempat duduk sebelah pemandu maut ditempat kejadian akibat cedera parah. "Sementara pemandu treler yang cedera di muka dan beberapa anggota badan dibawa ke HRPB tetapi disahkan meninggal dunia ketika dirawat di situ," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-BH




.

Kerana bebola ikan, kanak-kanak lelaki maut tercekik


Kerana bebola ikan, kanak-kanak lelaki maut tercekik | Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai akibat sesak nafas kerana tercekik bebola ikan dalam kejadian di Taman Sejati Indah di sini, petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang tadi ketika mangsa berusia empat tahun sedang makan tengah hari bersama ahli keluarganya. Difahamkan, bebola ikan bersaiz sebesar duit syiling 50 sen lama itu tersangkut di kerongkong ketika mangsa mahu menelannya hingga mengalami kesukaran bernafas. Sumber berkata, ibu mangsa berusia 30-an dengan bantuan ahli keluarga cuba mengeluarkan bebola ikan terbabit tetapi gagal lalu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bakar Arang berhampiran.

Menurutnya, bebola ikan terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan, namun keadaan mangsa dilaporkan tenat lalu dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut. "Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Jabatan Kecemasan HSAH pada jam 3.53 petang oleh doktor yang merawatnya. Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat," katanya. Sementara itu, jurucakap polis yang dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!