Wednesday, June 4, 2014

Bila tiba piala dunia, ada pelbagai cara untuk buat ramalan keputusan, termasuk menggunakan haiwan



Bila tiba piala dunia, ada pelbagai cara untuk buat ramalan keputusan, termasuk menggunakan haiwan | Sekumpulan anak panda akan digunakan untuk meramalkan keputusan kejohanan bola sepak Piala Dunia. Agensi berita Xinhua melaporkan, beruang berkenaan akan meramalkan pemenang sesuatu perlawanan dengan memilih makanan dari bakul yang disediakan dan memanjat pokok di pangkalan pemeliharaan panda di Sichuan. China berharap haiwan berkenaan akan dapat menandingi kemampuan dan populariti Paul, sotong Jerman yang meramalkan dengan betul keputusan beberapa perlawanan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan sesungutnya.


Pada perlawanan peringkat kumpulan, panda berusia antara satu dua tahun akan memilih makanan dari tiga bakul buluh, mewakili sama ada menang, kalah atau seri. Untuk pusingan kalah mati, haiwan itu akan memilih pemenang dengan memanjat pokok yang ditanda dengan bendera kebangsaan negara yang bertanding. Mereka bagaimanapun mempunyai perjalanan yang jauh untuk menandingi Paul yang berjaya meramalkan keputusan perlawanan dengan memilih tiram daripada dua kotak yang bertanda bendera negara peserta.Sotong berkenaan mati pada 2010. - AFP

Populariti isteri Putera William, Kate Middleton bakal tergugat?



Populariti isteri Putera William, Kate Middleton bakal tergugat apabila Puteri Sepanyol, Letizia Ortiz yang tidak kurang jelita akan ditabalkan menjadi permaisuri negara ini. Ini berikutan penurunan takhta Raja Sepanyol, Juan Carlos semalam yang akan digantikan oleh anak lelakinya, Putera Felipe de Borbon, 46, yang juga merupakan suami kepada Ortiz, lapor laman web, Mail Online. Ortiz yang merupakan antara kerabat diraja paling terkenal di Eropah, berkahwin dengan Borbon pada November 2003 selepas menjalin hubungan cinta selama setahun. Perkahwinan itu merupakan yang kedua buat Ortiz selepas bercerai dengan bekas suaminya, Alonso Guerrero Pérez yang merupakan seorang guru sekolah tinggi pada 1999.

 Puteri berkenaan yang berasal dari wilayah Asturias merupakan anak sulung kepada wartawan, Jesus Jose Ortiz Álvarez dan jururawat, Maria de la Paloma Roca­solano Rodriguez. Beliau mendapat pendidikan di sebuah sekolah tinggi awam dan merupakan graduan ijazah sarjana muda di Universiti Complutense Madrid, sebelum mendapatkan ijazah sarjana di Institut Penyelidikan Kewartawanan Audiovisual. Tidak seperti Middleton, Ortiz cemerlang dalam kariernya sebagai wartawan dan pemberita televisyen yang membuat liputan tentang pe­ristiwa bersejarah seperti peperangan di Iraq serta pernah membuat liputan secara langsung di Ground Zero, Amerika Syarikat (AS) dalam kejadian serangan pada 11 September 2001.

Namun, beliau meletak jawatan untuk berkahwin dengan Borbon dan pasangan diraja itu dikurniakan dua orang puteri. Ortiz dilihat sebagai satu nafas baharu dalam monarki diraja Sepanyol disebabkan pendekatan mo­den beliau sebagai seorang puteri. Malah, Ortiz bakal menjadi permaisuri Sepanyol pertama yang pernah bercerai dalam sejarah keluarga diraja negara ini. Jelitawan itu turut mendapat kiritikan daripada media apabila beliau dilihat sebagai seorang yang dingin dalam beberapa perkara. -AP




.

Menakjubkan!! Pulau kecil ini memiliki 7 gunung



Menakjubkan!! Pulau kecil ini memiliki 7 gunung | Ada yang unik di Kepulauan Aleutian. Selain jadi titik paling timur sekaligus paling barat di Amerika Syarikat, pulau ini memiliki tujuh gunung, sesuai erti namanya, Semisopochnoi. Bukan sebarangan jika pulau itu dinamakan demikian. Semisopochnoi Island (Russian: Семисопочный artinya: "memiliki tujuh gunung). Pulau ini memang memiliki tujuh gunung. Puncak gunung tersebut adalah Cerberus, Sugarloaf, Lakeshore Cone, Anvil, Pochnoi, Ragged Top, dan Three-quarter Cone. Wilayah tertinggi di pulau tersebut adalah Anvil yang memiliki tinggi 1221 meter. Gunung Api Cerberus setinggi 774 meter dan wilayah gunung berapinya tumbuh dari dasar laut.

Aktiviti gunung berapi yang paling aktif adalah Cerberus. Letusan besar gunung tersebut terakhir terjadi pada tahun 1873. Sementara itu, letusan terakhir yang terjadi di pulau ini adalah Sugarloaf, pada tahun 1987. Sejauh 2050 kilometer dari wilayah Anchorage, Alaska, pulau ini tidak memiliki mamalia darat asli. Semisopochnoi sangat penting peranannya sebagai tempat bersarang semulajadi bagi burung-burung di wilayah Pasifik Utara. -AP




.

[Gambar] Cubaan seludup 66 ekor burung dalam seluar??



[Gambar] Cubaan seludup 66 ekor burung dalam seluar?? | Seorang lelaki ditangkap selepas cuba menyeludup 66 ekor burung kelicap di dalam seluar panjangnya keluar ke Amerika Syarikat dari Cuba semalam. Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di pusat bandar Cuba dan dikesan selepas terdapat beberapa benjolan yang kelihatan mencurigakan pada seluarnya. Selepas ditahan oleh Kastam, suspek mendakwa dia hanya menyembunyikan seekor burung merpati sebagai satu hadiah kepada cucu lelakinya. - Agensi



.

Haikal tempuh pengalaman mengejutkan, jadi saksi kejadian bunuh diri



Haikal tempuh pengalaman mengejutkan, jadi saksi kejadian bunuh diri | “Saya sangkakan anak patung jatuh melayang dari tingkat atas bangunan. Namun, saya tergamam apabila seorang wanita jatuh terhempas mati betul-betul di hadapan saya,” kata saksi kejadian bunuh diri yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 25. Dalam kejadian jam 4.07 petang semalam, mangsa, Woo Kwan Ti, 26, dikatakan terjun dari tingkat tujuh Bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak, di sini. Haikal yang ditemui berkata, dia sempat melihat kelibat objek jatuh dari atas kepalanya tanpa menyangka ia adalah manusia. Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut apabila tubuh mangsa terhempas di kaki lima tingkat bawah bangunan itu tidak jauh dari lokasi dia berdiri.“Saya tergamam seketika, namun segera mendapatkan bantuan orang ramai. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada organ dalaman,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Taman Mulia Bandar Tun Razak, Cheras. Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri sebelum ini, namun gagal kerana sempat diselamatkan ahli keluarganya. “Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami masalah psikiatri sejak lima tahun lalu. “Ibunya turut mengesahkan perkara itu dan mangsa sering mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya. Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke PPUKM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga mangsa. -Metro
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!