Thursday, June 5, 2014

Kerana cinta, dia sanggup membahayakan diri



Kerana cinta, dia sanggup membahayakan diri | Kerana cinta, seorang janda beranak dua sanggup membahayakan dirinya dengan menyeludup dadah jenis syabu seberat 25.3 gram yang disembunyi di dalam kemaluannya di penjara Banceuy, lapor media semalam. Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada salah seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek. Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit. - Agensi



.

Archie Outlaw hidapi penyakit genetik yang hanya dihidapi kira-kira 35 orang sahaja di seluruh dunia



Archie Outlaw hidapi penyakit genetik yang hanya dihidapi kira-kira 35 orang sahaja di seluruh dunia | Kebiasaannya, kebanyakan bayi normal dilahirkan dengan memiliki ruang di bahagian dalam tengkorak bagi membolehkan otak membesar dengan sempurna. Tetapi lain pula kisahnya di Britain apabila seorang kanak-kanak, Archie Outlaw yang dilahirkan dengan keadaan otaknya bercantum bersama tengkorak atau dikenali sebagai Frontometaphyseal dysplasia, penyakit genetik yang hanya dihidapi kira-kira 35 orang sahaja di seluruh dunia. Kanak-kanak yang menghidap sindrom tersebut boleh mengalami kerosakan otak atau tekanan terhadap otak selain masalah pembentukan rangka badan dan kesihatan buah pinggang, pundi kencing dan jantung jika tidak dirawat dengan segera.

Ekoran itu, Outlaw, 4, terpaksa bertarung nyawa selama lima jam menjalani pembedahan yang boleh merosakkan otaknya, sehingga meninggalkan kesan jahitan seperti mata gergaji apabila doktor membelah tengkoraknya untuk pembentukan semula tulang kepala budak lelaki itu. Ibunya, Kelly, 32, berkata, dia mula menyedari kecacatan anaknya itu ketika berusia lima bulan apabila Outlaw mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital.

Selain itu, rawatan lanjut doktor mendapati anaknya juga menghadapi masalah pendengaran, penglihatan dan pertuturan disebabkan otaknya yang tidak boleh berkembang. "Bagaimanapun disebabkan faktor usia yang masih kecil, Outlaw perlu menunggu sehingga berusia tiga tahun setengah untuk menjalani pembedahan memisahkan otak daripada tulang tengkoraknya. "Selepas dibedah, kehidupan anak saya lebih baik dan lebih cergas melakukan aktiviti fizikal," katanya kepada Mail Online.





.

Melamar kekasih dengan cara pelik.. mujur teman wanita menerimanya



Melamar kekasih dengan cara pelik.. mujur teman wanita menerimanya | Melamar kekasih untuk berkahwin memang ada banyak caranya, dari datang kerumah kekasih dengan membawa orang tua, makan malam romantis dan lain-lain. Namun nampaknya cara yang biasa tersebut tidak berlaku bagi lelaki ini. Lelaki bernama Lian ini rela berjalan sejauh beberapa kilometer dengan menggunakan baju renang wanita untuk melamar pujaan hatinya. Lelaki yang berumur 40 tahun ini nekad melakukan hal tersebut untuk membuktikan kesungguhan cintanya.


Kekasih Lian yang bernama Liao adalah seorang gadis berusia 30 tahun yang pernah bersekolah diluar negeri dan kini bekerja sebagai akauntan, sedangkan Lian hanya seorang pegawai biasa yang pendapatannya lebih kecil dari kekasihnya. Namun hal itu tidak menganggu hubungan mereka. Perbezaan ekonomi diantara mereka berdua tidak menjadi persoalan. "Sukar untuk mendefinisikan cinta, tapi saya senang dengan kemurnian dan kebaikan hatinya" kata Liao. Lian dan Liao sudah menjalin hubungan asmara selama dua tahun. Ya, Liao menerima lamaran itu.. -AP



.

VolksWagen Beetle Di Buat Dari Kayu



VolksWagen Beetle Di Buat Dari Kayu | Di Bosnia, seorang lelaki bernama Momir Bojic telah berjaya membuat sebuah kereta yang keseluruhannya terbuat dari kayu. Tidak hanya badan kereta saja, bahkan lelaki berumur 72 tahun ini juga mengubah semua bahagian dalaman menggunakan kayu. Kereta yang dikatakan diilhamkan dengan kereta Volkswagen VW Beetle dipilih lelaki tersebut, dan menurutnya idea unik itu sudah bermula sejak tahun 2005.

Berkat kesabaran dan ketelitiannya, Bojic berhasil membuatkan ramai orang kagum. Menurut Hotcarszone, selain mencurahkan waktu dan buah fikirannya, Bojic memerlukan dana yang sangat besar bagi membuatkan impiannya menjadi kenyataan. Malah ketika memandu kereta unik itu, Bojic juga akan mengenakan sebuah topi kayu yang sepadan dengan kereta tersebut. -AP




.

Guru melecur di beberapa anggota badan selepas disiram air panas oleh abang sendiri


Guru melecur di beberapa anggota badan selepas disiram air panas oleh abang sendiri  | Seorang guru wanita melecur di beberapa anggota badan selepas disiram air panas oleh abangnya sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa yang berusia 31 tahun berada dirumahnya sebelum didatangi abangnya itu yang kemudian meminta dia memberikan wang. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek yang juga seorang penagih dadah meminta RM50 kepada adiknya itu namun mangsa enggan memberikannya wang terbabit.

"Abangnya yang berang kemudian merampas telefon bimbit adiknya itu sebelum dia mencurahkan air panas ke badan mangsa. "Suspek kemudian melarikan diri namun polis berjaya menahan lelaki berusia 35 terbabit di rumahnya di Sungai Tiram," katanya. Menurutnya, ujian air kencing mendapati suspek positif syabu dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!